Showing posts with label motivasi. Show all posts
Showing posts with label motivasi. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Kata 65

Assalamualaikum WBT.


15 Jun 2013.

Tiga hari selepas saya keluar dari hospital.

Menjalani kimo-iodine saya yang ke-6.

Menjalani Ablation 100Mci saya yang kedua.

Semalaman saya tidur di wad yang sampai sekarang saya rase seram dan menakutkan.

Perjalanan selepas keluar hospital bukan mudah.

Saya sering merasa loya.muntah.mual dan pening.

Bau makanan buat saya pening.

Makanan masuk dalam badan saya buat saya rasa ingin muntah.

Badan saya letih dan lesu.

Minda saya asyik teringat akan ubat yang saya minum.

Penat.

Perit.

Tetapi itulah ujian untuk saya.

Ujian yang perlu saya tempuhi untuk sihat diakhirnya. InsyaAllah.

Saya harus kuat bukan?
Saya harus lawan bukan?

Doakan saya yea. J
Semoga perkhabaran positif diterima nanti. Amin. InsyaAllah

*tetapi wad dan bilik yang menyeramkan itu memberikan saya beribu pengajaran dan hikmah.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Syukur Alhamdulillah.

Bersangka baik dengan Sang Pencipta kita yea. J




Notakaki : cuti sehingga bulan Julai. Semoga saya kembali kuat.

Sunday, February 17, 2013

Kata 56







Assalamualaikum hai semua!

Hujung minggu kali ini saya bukan berada di Ipoh, bukan di Dahikmah tetapi di Besut. *eh masih bercuti. J

Cuti yang lalu memberi saya kesempatan untuk bertemu dengan saudara mara yang jauh dan dekat.

Memberi saya peluang untuk lebih mengenali, mendekati dan mensyukuri nikmat yang ALLAH SWT berikan.

Dalam satu pertemuan yang singkat, betapa Allah berikan saya ruang dan peluang yang cukup indah saya rasakan.

Pernahkan anda terfikir bahawa harta dan rezeki yang kita ada dan kita kumpul ingin kita serahkan kepada orang lain, bukan kepada orang dari keluarga kita juga?

Pernahkan terlintas di hati anda, suatu hari nanti anda ingin mewakafkan harta yang anda kumpul, harta yang anda simpan kepada orang ramai?

Pernahkah hati-hati kita terlintas untuk memberi sedikit sumbangan kepada orang lain yang lebih memerlukan?

Allahuakbar.

Hati ini milik Allah, Allah yang mencipta manusia maka Allah Maha Mengetahui apakah yang terlintas di dalam sanubari hamba-Nya.

Mungkin hati kecil saya tidak pernah terlintas mengenai perkara sebegitu.

Mungkin hati kecil saya mempersoalkan, kenapa harta yang kita kumpul, kita tidak serahkan kepada orang yang lebih dekat dengan kita. *mungkin kepada anak-anak, cucu, mak ayah, saudara mara, adik beradik dan sebagainya.

Namun,

Hati yang yakin dan percaya bahawa di dalam rezekinya terdapat rezeki dan bahagian orang lain pasti akan tenang dan bahagia.

Saya berjumpa dengan seorang insan mulia yang ingin menubuhkan sebuah yayasan. Yayasan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau memperuntukkan semua dan segala hartanya kepada yayasan itu.

Harta dan rezeki yang diperoleh bukan diberi kepada anak-anak atau cucunya, tetapi diwakafkan kepada yayasan yang dibinanya.

Beliau berkata, “anak-anak boleh mencari harta sendiri. Yang ini bahagian orang lain.

Allahuakbar, hebatkan dia ni.

Segala wang, tanah kebun, tanah semua dijual dan wang yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam yayasan itu.

Saya amat-amat-amat terkejut dan berbangga dengan pilihan yang dibuat.

Bahagianya dia, membahagikan rezekinya kepada orang lain.

Mari semua, kita jadikan dia idola kita.

Tatkala kita mendapat rezeki lebih, jangan lupa memberi walaupun sedikit kepada mereka yang memerlukan.

Mungkin Allah datangkan kita untuk memberikan sesuatu kepada orang lain. J

Ok, sekian sahaja.

Jaga diri, jaga iman, jaga peribadi.


Notakaki : Membahagiakan orang lain akan membuatkan hidup kita lebih bahagia.   :)



Thursday, February 7, 2013

Kata 54


Assalamualaikum semua!



Penulis, masih lagi berada di Ipoh. Sedang menghitung hari untuk pulang ke kampung halaman.

3 Februari 2013.

Hujung minggu. Sekali lagi masa dihabiskan di Dahikmah. Melawat adik-adik kesayangan di sana.

Minggu ini kereta penuh dengan muatan hasil sumbangan insan-insan yang mulia.

Tiba di sana, kami disambut dengan meriah oleh mereka dan menunggu untuk membantu mengangkat barang yang dibawa.

Wajah mereka ceria, wajah mereka gembira.

Usai mengagihkan makanan kepada mereka, kami memulakan kelas seperti biasa.

Rahman, insan yang pernah saya ceritakan dulu datang menghampiri saya. Katanya ‘Kak mimi, jom belajar.

Allah, hati saya gembira. Dia yang mengajak saya. Hadirnya tanpa perlu dipaksa.

Rahman, semoga Allah penuhi hatimu dengan cahaya nur dan semoga peroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.

Rahman turut mengajar adik-adik yang lain menyanyi ABC. Menarik! Riuh sebentar meja batu dengan suara indah mereka.

Kelas terpaksa kami tamatkan lebih awal kerana mereka perlu menghadiri kenduri doa selamat.

Berpeluang membawa mereka menaiki kereta ke majlis itu memberi 1001 kenangan.

Wajah gembira mereka jelas lagi di pandangan mata apabila mulut2 kecil itu berkata ‘nak naik keta Kak Mimi’. Terima kasih Allah, terima kasih ustaz kerana memberikan kesempatan ini.

Usai kenduri, kami pulang semula ke tempat asal kerana khidmat kami diperlukan di padang bagi menguruskan kerja-kerja kepegawaian sempena sukan tahunan.

Yuk, usha gambar!




Awak bantu saya - saya bantu awak!

Go Rahman Go!
Baca sampai boleh!
Smart lah ; trademark Rahman.



Abg Rasyid + Merlin junior
;)
Abg Din & Dahrul.

Kak Anith + Affini.

Ada sesuatu yang istimewa tentang kanak-kanak ini.
Ya Allah berikanlah kefahaman kepadanya dan penuhilah hatinya dengan cahaya Nur-Mu.
Kak Mimi + Dahrul.

Rahman kelas seterusnya!
Air kotak sebagai umpan untuk membaca.

Dua sudah air kotak di dalam tangan.
Kak Susu + Suraya.

TFTN!!!
Sebarkan.. :)


"Ya Allah Engkau berikanlah anak-anak ini kejayaan di dunia dan di akhirat. Kau penuhilah hati-hati mereka dengan cahaya nur-Mu Ya Allah. Ya Allah Engkau berikanlah mereka kefahaman yang tinggi. Mudahkanlah urusan mereka untuk menerima dan memahami ilmu-Mu Ya Allah. Amin Ya Rabbal Alamin."

notakaki : mereka yang istimewa dan sentiasa istimewa. Terima Kasih Allah di atas kesempatan ini. :)


Wednesday, January 30, 2013

Kata 53



Allah yang pegang hati-hati itu,
maka bilamana engkau perlukan sesuatu, mohonlah, berdoalah kepadaNya.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang hati-hati itu sembunyikan.
:)



kredit ; 
http://www.facebook.com/pages/KhadimulQuran/169808083119575?fref=ts

notakaki : Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang!
:)

Sunday, December 30, 2012

Kata 46


Assalamualaikum WBT semua!



Bismillahirahmanirahim.


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau bersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkau Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah : 286)


Tajuk : Bukan senang nak dapat pahala jaga orang sakit.


Frasa di atas pernah dikongsi oleh Dr Safiah kepada saya suatu ketika dahulu. Ketika saya berpeluang untuk menemani mama saya membawa nenek saya ke klinik. Pulang dari klinik sehinggalah berhari-hari saya memikirkan apa maksud tersirat kepada frasa ini. Pernah sekali saya meletakkan frasa ni di status FB meskipun pelbagai persoalan sedang bermain di minda saya.

Namun kini, bila saya mula menginjak dewasa saya mula sedar apa yang dimaksudkan dengan frasa itu. Berada di rumah selama hampir 2 bulan memberikan saya pelbagai ilmu dan pengalaman baharu. Dulu ketika sibuk di kolej, saya tidak berpeluang untuk merasa kehidupan di rumah meskipun saya duduk di rumah sewa. Berada di kolej bermaksud anda sibuk dengan pelbagai tugasan dalam dan luar.

Tetapi apabila berada di rumah, suasananya begitu berbeza! Cuti saya bermula dengan hari perkahwinan kakak saya, berada di sampingnya dan membantu apa yang patut memberikan saya satu pengalaman yang berbeza. Dan, Bersama saya dan keluarga di teratak kami, tinggal nenek saya yang semakin hari semakin uzur. Saya pernah bersama dia ketika dia masih kuat dan bertenaga sehinggalah siapa dia sekarang, berada di sampingnya ibarat saya berada di sisi seorang nenek yang dahulunya memberikan wang saku kepada cucunya untuk ke sekolah sehinggalah cucunya pula yang memberikan wang saku kepadanya untuk belanja.

Nenek saya seorang yang sungguh berbeza dengan waktu dulunya. Dia sudah dimamah usia, wanita yang sering merindui anaknya, cucunya serta cicitnya hanya mampu menatap gambar mereka untuk melepaskan rindu. Wanita yang dahulunya suka memberi sebiji kuih mahupun sebungkus nasi untuk sesiapa sahaja yang datang ke kedainya, namun sekarang dia hanya mampu mengenangkan itu semua.

Nenek saya pernah terkena strok songsang namun Alhamdulillah berjaya di rawat dengan segera. Bermula dari kejadian itu, dia kelihatan lemah dan sakit. Berpeluang untuk menjaganya membuatkan hidup ini lebih bererti. Dia pernah menjaga saya ketika saya sakit. Mungkin ini masanya untuk saya membalasnya. Dia kini tinggal bersama dengan mama. Namun ada ketikanya, mak saudara dan pak saudara saya akan bergilir menjaganya.

Sakitnya semakin teruk, dia sudah lupa dengan apa yang terjadi, kadang-kadang dia akan menjadi seorang yang pendiam, kadang-kadang dia akan menjadi seorang yang kuat makan dan kadang-kadang dia akan menangis sendirian. Dia kerap kali mengatakan dia tidak mampu dan tidak terasa untuk membuang air kecil dan air besar, namun hakikatnya dia sedang lakukannya. Dia makan dengan begitu banyak berhari-hari, namun dia tidak langsung berasa sakit perut.

Dugaan yang perlu mama saya hadapi adalah apabila dia buang air tanpa dia sedari. Saya tahu kondisi mama saya, pulang dari sekolah dalam keadaan yang penat namun terpaksa hadapi semua itu. Ditambah pula dengan mama saya seorang wanita yang tegas dan garang membuatkan dia sering tertekan dengan kejadian itu. Menghadapi situasi itu, buatkan saya terfikir akan frasa di atas. “Bukan mudah nak dapatkan pahala menjaga orang sakit.”

Iye, bukan mudah untuk mendapatkannya, kerana pahala itu akan diperoleh bila mana kita ikhlas, sabar dan redha untuk menjaganya atau menjaga sesiapa sahaja yang sedang sakit.
Secara mudahnya, hidup adalah ujian. Apa sahaja perkara yang datang kepada kita adalah satu bentuk ujian daripada Allah. Ujian untuk kita menjaga orang sakit, meskipun kita tertekan, penat dan selalu sahaja ingin marah, ingat balik apa yang pernah Allah katakan dalam Al-Quran iaitu ‘Aku tidak akan membebani umatKu dengan sesuatu yang tidak dapat mereka pikul.’ Lihat, Allah berikan kita ujian yang mampu kita pikul dan yang mampu kita hadapi.

Saya pernah mendengar cerita mengenai seorang saudara mama saya yang pernah menjaga ibu mertuanya ketika sakit. Ketika Ibu mertuanya sakit, dia dilayan dengan teruk. Segala usaha yang dilakukan oleh menantunya tidak dipandang. Nasi yang tidak enak terus dibaling begitu sahaja. Pelbagai perkara lagi yang berlaku sehingga tidak dapat saya gambarkan apa yang akan terjadi jika kejadian ini berlaku pada nenek saya. Namun, sebelum meninggal dunia, ibu mertuanya sempat meminta maaf kepada menantunya itu. Lihat, saya dapat rasakan betapa beruntungnya menantu itu dan berapa banyak kebaikan yang diperolehnya hanya kerana sabar menjaga ibu mertuanya.

Oleh itu, dalam memperoleh pahala ketika menjaga orang sakit adalah sukar. Sukar jika kita menganggapnya sebagai bebanan hidup kita. Orang sakit sendiri diuji dengan pelbagai perkara dan itulah di nyatakan kepada kita bahawa ambillah hikmah daripada mereka yang sakit, kerana ia adalah salah satu bentuk peringatan kepada kita agar tidak mudah lupa bahawa ALLAH Maha Berkuasa.

Akhirnya, saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi apa sahaja bentuk ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Hadapi dengan tenang, sabar dan redha. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat hikmah. Amin!
Cuti sekolah saya bakal berakhir, mama saya akan tinggal seorang menjaga nenek saya. Saya berdoa dan berharap moga-moga mama serta seluruh kaum keluarga saya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjaga nenek saya. Amin!

“Barang siapa yang diuji oleh ALLAH SWT dan dia bersabar serta redha dengan ujiannya, maka dia akan peroleh hikmah dan pahala dan barangsiapa yang diuji oleh ALLAH SWT namun dia tidak bersabar serta redha ke atasnya, maka sia-sialah semuanya.” 
Dipetik daripada kata-kata imam khutbah jumaat.

Notakaki : to treats yourself use your head but to treats other use your heart.

Monday, December 24, 2012

Kata 45


Assalamualaikum WBT semua!

Tajuk : Berdasarkan kisah orang lain pun mampu menyedarkan kita.


Tips : Cara didik anak-anak di rumah.


Kakak Nurul sepupu saya.

Mempunyai 3 orang anak gadis yang comel-jelita dan menawan.

Situasi satu :-

Iris : Ayah Zim jom main nak? *sambil mengeluarkan dog mainannye.*

Ayah Zim : Ok, jom.

*tiba-tiba Tok Ba keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Tok Ba : Ish, mane boleh main dog. Kan Tok Ba da pesan dog tak boleh main. *sambil gosok kepala*

Iris : Tok Ba ni dog tipu. Mainan je.

Tok Ba : Mainan pun tak boleh, tak elok. Nanti pesan kat bapak jangan beli mainan dog lagi yea.  

Iris : Ok.


# wowww! Adalah First impression saya terhadap situasi yang berlaku depan saya.

Lembutkan cara teguran tok ba tu.

Bila kita bgtau dengan lembut, InsyaAllah mereka yang mendengar pun boleh terima apa yang ingin di sampaikan.

Dan saya suka cara kakak menguruskan anak-anak gadis dia. Walaupun nampak sukar tetapi ia berjalan dengan lancar. *heii, ini bukan post bodek yea.. kihkihkih*

Dan Iris yang akan membaca doa makan serta maknanya sekali dengan lancar. Bijakkan. Dia baru 4 tahun..

Dan teguran demi teguran-kesilapan demi kesilapan ditegur terus berserta dengan alasan yang munasabah! 
Macam melentur buluh dari rebungnya la kan.

Mungkin dalam situasi lain, kita boleh menegur tapi tegurlah dengan cara berhikmah. Baru orang boleh terimakan. J

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.


Iris gadis yang memakai cekak & peace.
di sebelah tu adiknya, Iesha.
tengok comel-jelita-menawan kan mereka.



Dan saya rasa anda-anda semua mungkin banyak lagi pengalaman dari saya kan. Mula-mula bila kita tengok, kita akan biarkan je. Tetapi lama-lama perkara tu pasti akan menguasai diri kita. Bergerak ke hadapan dengan hidup yang lebih positif dan ceria. Jangan anggap masalah sebagai penghalang tetapi anggap masalah sebagai batu loncatan untuk kita.


Peace ..  J

Banyak lagi cerita menarik tentang 3 gadis comel ini di blog Kakak Nurul. Blog yang sungguh fun. Jemput singgah ke blog beliau untuk membaca entry yang best-best. 
http://mummyshe.blogspot.com/



Notakaki : Banyak perkara dalam hidup kita boleh dijadikan panduan dan guru kita. Sentiasa catat apa sahaja perkara yang boleh kita ambil iktibar kerana suatu hari nanti, catatan itu akan kita semak kembali. J.

nota 1 : Ayah Zim  (adik saya), Tok Ba (ayah kakak nurul,datuk Iris & ayah long saya), Iris (anak sulung kakak nurul, cucu tok ba & anak sepupu saya & ayah zim)    


Friday, December 14, 2012

Doa.

Assalamualaikum WBT.


Doa.

Doa senjata orang mukmin.

Allah SWT berfirman ;
“Tuhanmu semua berfirman : Berdoalah engkau semua kepadaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.”
 (Ghafir : 60)

Allah SWT berfirman lagi ;
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu – hai Muhammad – tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu jikalau ia telah memohon kepadaKu.”
 (Al-Baqarah : 186)

Allahuakbar, betapa mulianya Pencipta kitakan.

Tahu tak kenapa kita perlu berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah?

Ibaratnya beginilah, apabila peti sejuk kita rosak, kita hantar kepada pembaiki peti sejuk bukan? Sebab apa, sebabnya pembaiki peti sejuk yang membina dan mencipta peti sejuk, jadi mereka tahulah apa yang rosak dan apa yang perlu dibaiki.

Haa, sama dengan kita. Kita hamba Allah. Allah yang mencipta kita. Ibarat bila berlaku kerosakan pada jiwa dan hati kita, kita rujuk kepada Allah sebab Allah tahu apa kelebihan dan kekurangan kita. Allah tahu bahagian mana yang perlu dibaiki. J

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Mohonlah apa sahaja kepadaNya, nescaya Allah akan perkenankan.

Bila hati gelisah – berdoalah kepadaNya semoga hati kita sentiasa tenang.

Bila hati sedih dan pilu – berdoalah kepadaNya, semoga hati kita menjadi tenang.

Apabila teringinkan sesuatu – berdoalah kepadaNya, semoga sampai rezeki kita.

Apa sahaja yang kita rasa saat itu, teruslah mohon kepadaNya dengan sesungguh-sungguhnya. Usah menunggu untuk berdoa selepas solat lima waktu – usah tunggu untuk solat hajat. Tetapi memohonlah tatkala kita berasa sesuatu. Angkatlah kedua tanganmu memohon kepada ALLAH SWT.

Allah Maha Mengetahui – Maha Mengasihani. Dia tahu apa yang terdapat dalam hati kecil kita.

Kakak usrah saya pernah berpesan ; bila kita nak sesuatu tu mohon terus kepada Allah. Terus terang dengan apa yang kita nak.

Kalau kita nak keputusan peperiksaan sekian-sekian, mohon pada Allah banyak mana kita nak.

Kalau kita sukakan seseorang, mohon pada Allah, sebut nama dia sekali.

Dan lain-lain.

Indahkan! Berdoa je.

Tetapi kita kena ingat ; Bila Allah tak makbulkan doa kita, jangan menyerah kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Cikgu saya pernah sharekan doa ini kepada saya dan semoga kita semua dapat amalkan bersama-sama.

“Ya Allah, seandainya sesuatu urusan itu baik untuk diriku, baik untuk keturunanku, baik untuk agamaku dan baik untuk masa hadapanku maka kau permudahkanlah urusanku, dekatkanlah ia dan berkatikanlah urusan itu. Tetapi seandainya sesuatu urusan itu buruk untuk diriku, buruk untuk keturunanku, buruk untuk agamaku dan buruk untuk masa hadapanku maka kau jauhkanlah sejauh-jauhnya urusan itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya. Amin”





Notakaki : “Di setiap udara yang kau temukan, Di sana akan kau jumpai Allah yang senantiasa mendengar doamu” 

Wednesday, September 5, 2012

Rancangan Allah =)


InsyaAllah,
Allah akan tentukan yang terbaik untuk saya, anda dan semua..
(^__^*)


notakaki : Alhamdulillah, kekalkan motivasi..:)

Saturday, May 5, 2012

Tips










Assalamualaikum WBT..


Hai semua, apa khabar.. Ya Allah rasenya lama sangat da tak mengupdate blog. Ok terus pada topik hari ni yang lebih kepada untuk berkongsi rasa dan semangat..

Beberapa hari yang lepas, ada orang add saya dalam FB dan PM saya bertanyakan tentang cara saya menghadapi rawatan kanser thyroid.. beliau juga menjalani rawatan yang sama.. ok, baiklah saya memang penghidap kanser thyroid tahap * dan rawatan saya sekarang lebih kepada menjalani kimo-iodine dan city scan sehinggalah tiada sel kanser dalam badan saya. Pada saya, saat tu yang paling sukar nak hadapi kerana saya rasa saya tak kuat nak hadapi semua benda alah nie. Kimo sape kata tak sakit, peritnya Ya Allah tak dapat digambarkan dengan kata-kata *hiperbola*. Tapi apa yang saya yakin ialah pasti kesembuhan akan datang bila saatnya kesakitan sudah puas berada dalam badan saya.. 

Mengenai cara saya menghadapinya mungkin cara saya berbeza dengan orang lain sebab kekuatan dan kelemahan diri kita adalah berbeza, tetapi sekurang-kurangnya saya mungkin boleh berkongsi sedikit tips dengan kalian mengenai cara untuk menghadapinya :

1) Kuat :- awak-awak-awak-awak-dan-saya pertama sekali tolongla kuat. kuat hati, kuat perasaan, kuat minda dan kuat segala-galanya. percayalah dengan kekuatan, badan yang lemah longlai pun boleh jadi sihat tau..

2) Positif :- bersikap positif akan menghalang dari sikap negatif. bersikap positif juga dapat membantu kita untuk lebih redha dan terima apa sahaja ujian yang ALLAH SWT datangkan kepada kita. Allah timpakan ujian buat hamba-Nya yang betul2 boleh menghadapinya dan sesuai dengan kemampuannya.

3) Doa :- berdoa lah selalu. ALLAH yang datangkan sakit tu dan ALLAH yang beri kesembuhan itu. Mohon lah pada-Nya agar diberi kesembuhan untuk kita.. Amin, InsyaAllah..

4) Ubat :- yup, benda pertama dalam list barang-barang saya kalau saya ke mana sahaja ialah ubat... hakhakhak maaf saya tipu je! saya akui saya seorang yang degil dan malas makan ubat. tapi bila kesan tak makan ubat tu lagi teruk dari sakit, baik anda ubah sikap tak suka makan ubat tu. tolong ambil ubat ikut saranan doktor.. ingatan untuk diri saya sendiri..

5) Solat-solat sunat :- solat sunat selain daripada membantu untuk menampung solat wajib kita, ia juga dikaitkan dengan kuasa dan sinergi yang dikatakan mampu merawat sebarang jenis penyakit. misalnya solat ditengah malam seperti solat taubat, solat tahhajud atau solat-solat yang kita lakukan pada waktu yang sunyi sangat-sangat membantu dalam penyembuhan. yela waktu tu suasana tenang dan nyaman selain dapat mendekatkan kita pada Allah Yang Maha Esa..

6) Fikirkan yang baik-baik sahaja :- badan-sikap-dan-tutur kata kita akan bertindak seiring dengan apa yang ada dalam minda kita. bila minda kita diset dengan sakit dan lemah maka badan kita automatik bertukar lemah. tapi bila fikiran kita fikirkan yang baik, sihat dan selamat maka semuanya akan menjadi baik, sihat dan selamat. yuk, tukar pemikiran kita kepada benda yang baik-baik sahaja. dan yang paling utama, bersangka baiklah pada ALLAH SWT. tak semestinya Allah timpakan kita ujian kita terus dicop sebagai hamba yang dibenci, padahal hamba yang Allah sayang la Allah akan uji.. =)

7) Pemakanan :- selalu search pasal artikel-artikel pemakanan atau cari buku yang sesuai. teknologi dihujung jari membantu manusia untuk mencari pelbagai maklumat. saya sendiri banyak mencari maklumat mengenai pemakanan yang terbaik buat saya dan kesihatan saya. makanan yang boleh mengaktifkan sel kanser haruslah dielakkan supaya tidak mendatangkan sebarang kemudaratan. selepas saya cari maklumat, saya akan merujuk kepada doktor sebab kadang-kadang pemakanan itu juga baik untuk badan kita.

8) Bersemangat dan senyum selalu :- ceria-ceria selalu sebab dengan keceriaan akan membantu kita untuk tampak lebih sihat dan semangat..

9)  Aktif bukan pasif :- bekerja secara aktif membantu anda untuk melupakan kesakitan yang dialami. elakkan duduk bersendirian takut nanti anda akan bersedih hati. bekerja dengan riang dan nikmati kerja yang sedang anda lakukan..

10) Lahirkan kata-kata semangat dan motivasi :- Kajian mengatakan manusia yang paling banyak memberi kata-kata semangat dan motivasi sebenarnya adalah untuk kekuatan jiwa mereka sendiri. oleh itu teruslah memberi kata-kata motivasi buat diri sendiri..

Akhir kalam semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan diberkati ALLAH SWT.. Amin, InsyaAllah..


notakaki : be good..

Tuesday, April 3, 2012

Kata 35




Assalamualaikum WBT..


Intelligence plus character -- that is the goal of true education.
-Martin Luther King, Jr. -




notakaki :: Teach For The Needs, InsyaAllah. moga dipermudahkan segalanya.. (^__^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...