Showing posts with label perkongsian... Show all posts
Showing posts with label perkongsian... Show all posts

Wednesday, May 29, 2013

Kata 63

Assalamualaikum semua!



Mohon maaf kerana lama menyepi.

Selepas tamat praktikum, saya sibuk dengan peperiksaan akhir kemudian cuti sekolah pun bermula.

Hari pertama bercuti, saya dan keluarga telah pergi melancong ke Kuching, Sarawak.

Diakui bahawa ini merupakan pertama kali saya menaiki kapal terbang.

Seronok. :)

Terima kasih keluarga. Sayang. :)



Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.






















Kuching, Sarawak.
Tempat yang sungguh cantik. Nilai, warisan dan budayanya mampu menyentuh jiwa dan hati-hati mereka yang mudah terpesona, membuatkan kita lebih dekat dengan alam.
Saya berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik, 
berpeluang untuk membeli belah di Pasar Serikin yang terletak di sempadan Indonesia-Sarawak.
berpeluang mengenali kebudayaan orang di sana.
berpeluang merasai makanan yang membuatkan mereka terkenal.
namun, saya tidak berpeluang untuk bergambar di replika kucing yang terletak di tengah-tengah bandar Kuching. *faktor cuaca.
Namun saya bersyukur atas rezeki ini. Mampu merasai getaran jiwa dan debaran jantung saat kapal terbang berlepas dan ingin mendarat. *maaf jakun di situ.
Terima kasih untuk percutian yang bermakna dan berharga ini.
Saya sayang keluarga saya.. :))

Monday, March 4, 2013

Kata 57

Assalamualaikum semua!



Apa khabar, harap anda semua sihat-sihat sahaja.

Maaf sebab kadang kala lupa seketika akan kewujudan diari ke-dua ini.

Selain sibuk dengan aktiviti, program & sukan di IPG, penulis juga sedang berperang dengan kerja khusus.

Tapi, apa yang penting, masa dapat elaun ialah masa untuk melepaskan sedikit tekanan!!

Yuk lihat aktiviti bulan Februari.


Seoul Garden ;
Aeon Kinta, Ipoh Perak
22 Februari 2013.


We all have our time machines. Some take us back, they're called memories. Some take us forward, they're called dreams. 
-Jeremy Irons-


Friendship is like a violin; the music may stop now and then, but the strings will last forever. 
-Author Unknown-


rombongan che kiah baru tiba di perkarangan Aeon.
eh, baju kurung?

cari meja, tunggu orang datang.

masing-masing tak berapa nak fokus pada kamera sebab lapa kot.

antara orang yang fokus pada kamera apabila yang lain sibuk mengambil makanan.


slurpppp

grill?? pun boleh.

ahli keluarga kampung sebelah.

kimchi.

ahli keluarga kampung sebelah juga.

ahli keluarga kampung tengah.


ahli rombongan.



have a brake ; have a picture.

makan dan makan dan makan.

round pertama. haha

pantulan pun jadi..

11 orang ; kurang satu.






balik baru ambik gambar menu.
yea sila pilih.

selamat tinggal seoul garden. tahun depan jumpa lagi.


Terima kasih warga kelas J2.
Indah berbaju kurung ; lepas kelas yea abang, kakak.
Lepas lepak Aeon, dapat mesej kena pegi padang.
Apalagi ke padang pun dengan baju kurung.
:)

*silalah pergi pada waktu "lunch". murah sangat. sila bawa bersama kad pelajar anda. dan sila kosongkan perut anda, maka tiba di sana, bersedialah untuk menbonyahkan perut anda. TQ


notakaki : Friends..They cherish one another's hopes. They are kind to one another's dreams. -Henry David Thoreau-

Sunday, February 10, 2013

Kata 55

Assalamualaikum semua!



selamat bercuti kepada mereka yang sedang bercuti. *saya pun sedang bercuti, sedang berjimba di kampung.

update entry dengan gambar yang tak berapa baru dan tak berapa lama. kiranya yang sedang-sedang saja.

lawatan ke SIC bagi melengkapkan proforma subjek PJ semester ini.

Yuk ushaaa..

"Sepang International Circuit"
(SIC)
4 Februari 2013.


So long as the memory of certain beloved friends lives in my heart, I shall say that life is good. 
Helen Keller.


muka-muka "suci" ; jam 4.30pagi.   

Hentian Rehat dan Rawat. tiada lagi tudung senget.

Sekali lagi...;)
papan tanda itu..

here we are..

abaikan jejaka penyibuk itu..


mana sorang lagi?





jatuh cinta dengan ciri2 kereta ni.. klasik!
pengguna kereta kembara!

kembara ; the world is out there.

spot the caption ;)


kami pengguna perodua..

hilang dua.

daya penarik..










en ahmad kaha ; pemandu pelancong kami.

spot the picture!

potret keluarga ; sama panjang dengan banner atas kepala.



hujan lebat. hanya sebuah motosikal yang meluncur laju.


spot the picture. geng baju merah!

cikgu-cikgu lawatan kami.




en faizol ; pemandu pelancong ke dua. eh pusingkan kepala anda.


spot the picture! litar

main intai-intai!

?



pentas untuk pemenang bersama wartawan. tetapi kami kongker dulu.

20 orang anak-anak.

potret keluarga.

peserta.   


*kenapa banyak gambar mereka-mereka yang berbaju merah berbanding gambar sekitar kawasan lawatan yea?

ohh, maaf. muke budak-budak yang pakai baju merah ni amat pantang nampak kamera.. (^__^)

eh, tak. bukan jakun la. cuma semasa hari lawatan kami, hujan lebat mencurah-curah ke ladang gandum. kami hanya boleh melawat muzium, tempat race & beberapa tempat yang best dan menarik!

terima kasih pihak SIC. terima kasih untuk t-shirt percuma yang cantik. terima kasih atas lawatan yang bermakna.

rasa macam nak main go kart!

notakaki : lawatan, perjalanan jauh bagi 1001 kenangan. satu-satunya adalah penat tetapi beribunya adalah pengalaman-kenangan-usaha sama-kerjasama-markah peperiksaan. :)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...