Showing posts with label percutian. Show all posts
Showing posts with label percutian. Show all posts

Thursday, December 5, 2013

Kata 81

Assalamualaikum.


Kata orang ;



Indah mana ikan-ikan yang berenang di akuarium berbanding ikan-ikan yang berenang di samudera.

Masih menyambung entry mengenai percutian di Pulau Pangkor bersama anak-anak Dahikmah.

Salah satu aktiviti yang menarik ialah menaiki "jet ski, the great marble, poparazi dan banana boat".

MasyaAllah.

Seronok.

Seronok sangat.

Gembira.

Gembira sangat.

Terima kasih Tuhan di atas kesempatan itu. 









Friday, November 29, 2013

Kata 79

Assalamualaikum.

Entry yang disambung.

Salah satu aktiviti yang kami lakukan di Pulau Pangkor ialah membina Istana Pasir.

Seronok tengok anak-anak bekerjasama untuk membina istana pasir mereka.

Kata orang ;

"Jangan kau cabut waktu bermain anak-anakmu dengan cepat. Kerana kelak kau akan menemukan anak-anakmu yang dewasa tetapi keanak-anakkan."

:)

Thursday, November 21, 2013

Kata 73

Pulau Pangkor bersama keluarga Darul Hikmah.

4 hari 3 malam yang sangat-sangat menyeronokkan.

Terima kasih Tuhan di atas kesempatan ini.

Wednesday, May 29, 2013

Kata 63

Assalamualaikum semua!



Mohon maaf kerana lama menyepi.

Selepas tamat praktikum, saya sibuk dengan peperiksaan akhir kemudian cuti sekolah pun bermula.

Hari pertama bercuti, saya dan keluarga telah pergi melancong ke Kuching, Sarawak.

Diakui bahawa ini merupakan pertama kali saya menaiki kapal terbang.

Seronok. :)

Terima kasih keluarga. Sayang. :)



Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.






















Kuching, Sarawak.
Tempat yang sungguh cantik. Nilai, warisan dan budayanya mampu menyentuh jiwa dan hati-hati mereka yang mudah terpesona, membuatkan kita lebih dekat dengan alam.
Saya berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik, 
berpeluang untuk membeli belah di Pasar Serikin yang terletak di sempadan Indonesia-Sarawak.
berpeluang mengenali kebudayaan orang di sana.
berpeluang merasai makanan yang membuatkan mereka terkenal.
namun, saya tidak berpeluang untuk bergambar di replika kucing yang terletak di tengah-tengah bandar Kuching. *faktor cuaca.
Namun saya bersyukur atas rezeki ini. Mampu merasai getaran jiwa dan debaran jantung saat kapal terbang berlepas dan ingin mendarat. *maaf jakun di situ.
Terima kasih untuk percutian yang bermakna dan berharga ini.
Saya sayang keluarga saya.. :))

Saturday, January 12, 2013

Kata 48.

Assalamualaikum semua!

Hujung minggu ke dua di Ipoh sekali lagi berjaya mendekatkan saya ke Dahikmah.

Minggu ini, visi dan misi saya ialah membantu mama dan baba membalut buku adik-adik.

Plastik pembalut sudah saya dapatkan di kedai berhampiran rumah sewa saya.

Bertolak dari rumah jam 9.30 pagi dan tiba di sana jam 10.00 pagi.

Berehat di padang sambil menyaksikan anak-anak Dahikmah bermain. Tiba-tiba datang seorang budak, 
'Kak, nah ais krim. Ayah saya datang melawat, dia bawak ais krim banyak.' Glupp, alhamdulillah rezeki kami.

Misi membalut buku bermula. Sorang-sorang datang bawak buku yang belum dibalut.

Budak-budak yang masih kecil membawa bersama begnya ke meja batu.

Ketika saya hendak mengeluarkan buku dari salah sebuah beg yang ada, tangan saya terpegang sekeping gambar. Tiba-tiba hati saya tersentuh. SubhanAllah. Foto seorang ibu. 

Pasti anak ini sedang dan sangat merindui ibunya.

Rakan-rakannya yang lain mengakuinya. Anak ini sering menangis apabila menatap gambar ibunya.

Allahuakbar, anak ini baru berusia 7 tahun. Tetapi sudah terpisah jauh dari ibunya.

Saya merenung jauh ke belakang. Saat saya berusia 7 tahun, saya masih berada dalam dakapan mama dan baba. Berada di sisi mama dan baba dan merasa kasih sayang mama dan baba.

Tetapi bukan anak kecil ini. Dia dipisahkan atas tujuan untuk mengubah dan berubah.

Allahuakbar, moga anak-anak ini diberi kekuatan dan ketabahan. dan semoga saya juga diberi kekuatan hati dan perasaan untuk kuat bersama mereka. Doakan kami.

12 Januari 2013 ;
Dahikmah, Gopeng Perak.

Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?

notakaki : hati ibarat tisu. sedih mengenangkan mereka. moga tahun 2013 menjadi tahun cinta dan kasih sayang buat anak-anak yatim dan anak-anak miskin.

Thursday, November 29, 2012

Kata 41

Assalamualaikum WBT..


Never forget the days I spent with you. Continue to be my friend, as you will always find me yours.
 - Ludwig Van Beethoven -



Trip ke Taiping, Perak.

Perancangan pada minit-minit terakhir.. 




mohon abaikan *beberapa perkataan yang tertinggal*
yeah "Selamat Datang ke Zoo Taiping & Night Safari"

taranggggg...;)

ahli rombongan cik kiah ;
kredit gambar *cik susu sebelah mata*

menunggu 'train' dengan penuh kesabaran.
kredit gambar *cik susu* 

burung unta??

ini gajah yea murid-murid..

destinasi seterusnya ;
Bukit Larut ; tidak kesampaian mahu memanjatnya..
hari minggu, orang ramai.
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
slurppp, sedap hingga licin mangkuk..
*destinasi terakhir dalam jalan-jalan jelajah Taiping*


sebahagian daripada ahli rombongan..
*maaf sedang menikmati juadah yang begitu enak*
kredit gambar ; tt


anda patut mencuba mee udang mak jah ni..
terlalu sedap ; kedai sentiasa penuh dengan pelanggan ; servis yang cepat ;
JJCM pernah datang tau.
JJCM = Jalan2 Cari Makan ; TV3.


notakaki : Syukur Alhamdulillah, atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami. dapat merasa ke Taiping. memandu sendiri ke sana, menikmati keindahan alam ciptaan-Mu.
Sesuatu pekerjaan itu tidak akan menjadi jika tiada perancangan yang teliti, usaha dan kerjasama yang hebat dari semua. siapa sangka merancang jam 9.00pagi ketika sarapan pagi, tetapi jam 10.30pagi sudah berada di atas jalan raya menuju ke Taiping. Mohon tahun depan buat lagi.. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...