Sunday, December 30, 2012

Kata 46


Assalamualaikum WBT semua!



Bismillahirahmanirahim.


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau bersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkau Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah : 286)


Tajuk : Bukan senang nak dapat pahala jaga orang sakit.


Frasa di atas pernah dikongsi oleh Dr Safiah kepada saya suatu ketika dahulu. Ketika saya berpeluang untuk menemani mama saya membawa nenek saya ke klinik. Pulang dari klinik sehinggalah berhari-hari saya memikirkan apa maksud tersirat kepada frasa ini. Pernah sekali saya meletakkan frasa ni di status FB meskipun pelbagai persoalan sedang bermain di minda saya.

Namun kini, bila saya mula menginjak dewasa saya mula sedar apa yang dimaksudkan dengan frasa itu. Berada di rumah selama hampir 2 bulan memberikan saya pelbagai ilmu dan pengalaman baharu. Dulu ketika sibuk di kolej, saya tidak berpeluang untuk merasa kehidupan di rumah meskipun saya duduk di rumah sewa. Berada di kolej bermaksud anda sibuk dengan pelbagai tugasan dalam dan luar.

Tetapi apabila berada di rumah, suasananya begitu berbeza! Cuti saya bermula dengan hari perkahwinan kakak saya, berada di sampingnya dan membantu apa yang patut memberikan saya satu pengalaman yang berbeza. Dan, Bersama saya dan keluarga di teratak kami, tinggal nenek saya yang semakin hari semakin uzur. Saya pernah bersama dia ketika dia masih kuat dan bertenaga sehinggalah siapa dia sekarang, berada di sampingnya ibarat saya berada di sisi seorang nenek yang dahulunya memberikan wang saku kepada cucunya untuk ke sekolah sehinggalah cucunya pula yang memberikan wang saku kepadanya untuk belanja.

Nenek saya seorang yang sungguh berbeza dengan waktu dulunya. Dia sudah dimamah usia, wanita yang sering merindui anaknya, cucunya serta cicitnya hanya mampu menatap gambar mereka untuk melepaskan rindu. Wanita yang dahulunya suka memberi sebiji kuih mahupun sebungkus nasi untuk sesiapa sahaja yang datang ke kedainya, namun sekarang dia hanya mampu mengenangkan itu semua.

Nenek saya pernah terkena strok songsang namun Alhamdulillah berjaya di rawat dengan segera. Bermula dari kejadian itu, dia kelihatan lemah dan sakit. Berpeluang untuk menjaganya membuatkan hidup ini lebih bererti. Dia pernah menjaga saya ketika saya sakit. Mungkin ini masanya untuk saya membalasnya. Dia kini tinggal bersama dengan mama. Namun ada ketikanya, mak saudara dan pak saudara saya akan bergilir menjaganya.

Sakitnya semakin teruk, dia sudah lupa dengan apa yang terjadi, kadang-kadang dia akan menjadi seorang yang pendiam, kadang-kadang dia akan menjadi seorang yang kuat makan dan kadang-kadang dia akan menangis sendirian. Dia kerap kali mengatakan dia tidak mampu dan tidak terasa untuk membuang air kecil dan air besar, namun hakikatnya dia sedang lakukannya. Dia makan dengan begitu banyak berhari-hari, namun dia tidak langsung berasa sakit perut.

Dugaan yang perlu mama saya hadapi adalah apabila dia buang air tanpa dia sedari. Saya tahu kondisi mama saya, pulang dari sekolah dalam keadaan yang penat namun terpaksa hadapi semua itu. Ditambah pula dengan mama saya seorang wanita yang tegas dan garang membuatkan dia sering tertekan dengan kejadian itu. Menghadapi situasi itu, buatkan saya terfikir akan frasa di atas. “Bukan mudah nak dapatkan pahala menjaga orang sakit.”

Iye, bukan mudah untuk mendapatkannya, kerana pahala itu akan diperoleh bila mana kita ikhlas, sabar dan redha untuk menjaganya atau menjaga sesiapa sahaja yang sedang sakit.
Secara mudahnya, hidup adalah ujian. Apa sahaja perkara yang datang kepada kita adalah satu bentuk ujian daripada Allah. Ujian untuk kita menjaga orang sakit, meskipun kita tertekan, penat dan selalu sahaja ingin marah, ingat balik apa yang pernah Allah katakan dalam Al-Quran iaitu ‘Aku tidak akan membebani umatKu dengan sesuatu yang tidak dapat mereka pikul.’ Lihat, Allah berikan kita ujian yang mampu kita pikul dan yang mampu kita hadapi.

Saya pernah mendengar cerita mengenai seorang saudara mama saya yang pernah menjaga ibu mertuanya ketika sakit. Ketika Ibu mertuanya sakit, dia dilayan dengan teruk. Segala usaha yang dilakukan oleh menantunya tidak dipandang. Nasi yang tidak enak terus dibaling begitu sahaja. Pelbagai perkara lagi yang berlaku sehingga tidak dapat saya gambarkan apa yang akan terjadi jika kejadian ini berlaku pada nenek saya. Namun, sebelum meninggal dunia, ibu mertuanya sempat meminta maaf kepada menantunya itu. Lihat, saya dapat rasakan betapa beruntungnya menantu itu dan berapa banyak kebaikan yang diperolehnya hanya kerana sabar menjaga ibu mertuanya.

Oleh itu, dalam memperoleh pahala ketika menjaga orang sakit adalah sukar. Sukar jika kita menganggapnya sebagai bebanan hidup kita. Orang sakit sendiri diuji dengan pelbagai perkara dan itulah di nyatakan kepada kita bahawa ambillah hikmah daripada mereka yang sakit, kerana ia adalah salah satu bentuk peringatan kepada kita agar tidak mudah lupa bahawa ALLAH Maha Berkuasa.

Akhirnya, saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi apa sahaja bentuk ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Hadapi dengan tenang, sabar dan redha. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat hikmah. Amin!
Cuti sekolah saya bakal berakhir, mama saya akan tinggal seorang menjaga nenek saya. Saya berdoa dan berharap moga-moga mama serta seluruh kaum keluarga saya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjaga nenek saya. Amin!

Barang siapa yang diuji oleh ALLAH SWT dan dia bersabar serta redha dengan ujiannya, maka dia akan peroleh hikmah dan pahala dan barangsiapa yang diuji oleh ALLAH SWT namun dia tidak bersabar serta redha ke atasnya, maka sia-sialah semuanya.” 
Dipetik daripada kata-kata imam khutbah jumaat.

Notakaki : to treats yourself use your head but to treats other use your heart.

Tuesday, December 25, 2012

Derma Menerusi Pendidikan ; TFTN


Assalamualaikum WBT semua!



Di TFTN kami percaya setiap insan mempunyai potensi jika diberi peluang.



Alhamdulillah, berita mengenai  TFTN sudah tersiar di akhbar dan beberapa majalah.

Usaha untuk memperkenalkan TFTN kepada semua akan lebih meluas.

Bagi saya, ia bukan mengenai popular tetapi lebih kepada untuk memperkenalkan usaha kecil beberapa anak muda yang cakna kepada pendidikan.

Dan saya yakin berita sebegini juga turut membantu kami dalam mendapatkan beberapa sumbangan bagi meraikan anak-anak di bawah jagaan TFTN.

TFTN atau Teach For The Needs merupakan sebuah organisasi yang bergerak di sekolah-sekolah yang mempunyai Duta TFTN dan bergerak di beberapa rumah anak yatim di bawak kelolaan sukarelawan TFTN serta bertindak untuk memberi kelas dan tuisyen percuma kepada murid kelas corot yang memerlukan.

Melalui usaha ini, kami berharap agar semua pihak percaya bahawa mereka yang berada di kelas corot juga ingin Berjaya seperti yang lain.

Dan bagi anda yang berminat untuk menyertai kami di TFTN, kami sangat2 mengalu2kan kedatangan anda. 

Usaha murni yang anda hulurkan hanya mampu kami balas dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga ALLAH SWT memberkati anda semua.


Maklumat lanjut mengenai TFTN boleh di dapati di sini. :-

http://teachfortheneeds.org/

https://www.facebook.com/teachfortheneeds?fref=ts



Terima kasih team TFTN.
Anda semua TERBAIKKK!!
J  



Harian Metro, 25 Dis 2012, Teach For The Needs.

Harian Metro, 25 Dis 2012, Teach For The Needs.

Harian Metro, 25 Dis 2012, Teach For The Needs.

Artikel mengenai TFTN tersiar dalam majalah Jom! Edisi 9 (Disember).
 Jemputlah baca kisah mengenai kehidupan anak yatim yang kurang kita ketahui.

Monday, December 24, 2012

Kata 45


Assalamualaikum WBT semua!

Tajuk : Berdasarkan kisah orang lain pun mampu menyedarkan kita.


Tips : Cara didik anak-anak di rumah.


Kakak Nurul sepupu saya.

Mempunyai 3 orang anak gadis yang comel-jelita dan menawan.

Situasi satu :-

Iris : Ayah Zim jom main nak? *sambil mengeluarkan dog mainannye.*

Ayah Zim : Ok, jom.

*tiba-tiba Tok Ba keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.

Tok Ba : Ish, mane boleh main dog. Kan Tok Ba da pesan dog tak boleh main. *sambil gosok kepala*

Iris : Tok Ba ni dog tipu. Mainan je.

Tok Ba : Mainan pun tak boleh, tak elok. Nanti pesan kat bapak jangan beli mainan dog lagi yea.  

Iris : Ok.


# wowww! Adalah First impression saya terhadap situasi yang berlaku depan saya.

Lembutkan cara teguran tok ba tu.

Bila kita bgtau dengan lembut, InsyaAllah mereka yang mendengar pun boleh terima apa yang ingin di sampaikan.

Dan saya suka cara kakak menguruskan anak-anak gadis dia. Walaupun nampak sukar tetapi ia berjalan dengan lancar. *heii, ini bukan post bodek yea.. kihkihkih*

Dan Iris yang akan membaca doa makan serta maknanya sekali dengan lancar. Bijakkan. Dia baru 4 tahun..

Dan teguran demi teguran-kesilapan demi kesilapan ditegur terus berserta dengan alasan yang munasabah! 
Macam melentur buluh dari rebungnya la kan.

Mungkin dalam situasi lain, kita boleh menegur tapi tegurlah dengan cara berhikmah. Baru orang boleh terimakan. J

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”


Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.


Iris gadis yang memakai cekak & peace.
di sebelah tu adiknya, Iesha.
tengok comel-jelita-menawan kan mereka.



Dan saya rasa anda-anda semua mungkin banyak lagi pengalaman dari saya kan. Mula-mula bila kita tengok, kita akan biarkan je. Tetapi lama-lama perkara tu pasti akan menguasai diri kita. Bergerak ke hadapan dengan hidup yang lebih positif dan ceria. Jangan anggap masalah sebagai penghalang tetapi anggap masalah sebagai batu loncatan untuk kita.


Peace ..  J

Banyak lagi cerita menarik tentang 3 gadis comel ini di blog Kakak Nurul. Blog yang sungguh fun. Jemput singgah ke blog beliau untuk membaca entry yang best-best. 
http://mummyshe.blogspot.com/



Notakaki : Banyak perkara dalam hidup kita boleh dijadikan panduan dan guru kita. Sentiasa catat apa sahaja perkara yang boleh kita ambil iktibar kerana suatu hari nanti, catatan itu akan kita semak kembali. J.

nota 1 : Ayah Zim  (adik saya), Tok Ba (ayah kakak nurul,datuk Iris & ayah long saya), Iris (anak sulung kakak nurul, cucu tok ba & anak sepupu saya & ayah zim)    


Monday, December 17, 2012

Kata 44

Assalamualaikum WBT..

Tajuk : Putus Asa.



Putus asa yang membunuh.

Usah berputus asa.

Putus asa itu hanya membunuh kamu.

Membunuh hati kamu.

Membunuh jiwa kamu.

Membunuh semangat kamu.

Membunuh fikiran kamu.

Mengapa harus berputus asa?

Sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa.

Bersabarlah.

Bertenanglah.

Ayuh bangkit!

Jangan biarkan putus asa menguasai diri kita!

Jangan biarkan putus asa menganggu jiwa dan hati kita.

Ah, dia cakap senanglah! Dia tak rasa apa yang kita rasa.

Saya juga pernah merasa putus asa. Sakitnya seolah-olah membunuh jiwa saya.

Saya pernah putus asa dalam menghadapi kesakitan yang saya alami.

Sekarang, tiada lagi putus asa. Bangkit terus bangkit untuk sama-sama kita mengharungi kehidupan.

Bangunlah, bangkitlah dari putus asa, nescaya anda akan lebih menghargai hidup ini.

Jadi, mengapa kita perlu berputus asa. Itu akan membunuhmu.

Lenyapkan air mata yang mengalir di pipi mu, hilangkan sakit di hati mu, buangkan segala resah gelisah di jiwamu. Berdoalah kepada Allah. Jangan dilayan putus asa itu.

Sesungguhnya Allah telah berfirman :

“Hai anak-anakku, pergilah kamu. Maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf : 87) 


notakaki : Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan? *ulangan dalam surah Ar-Rahman. Jika sesekali kita fikir, hanya kita sahaja yang hebat diuji, ingatlah ada orang lain lagi yang lebih teruk ujiannya. Jangan putus asa. :)
Jangan lupa doakan saudara-saudara seIslam kita di Gaza.

Friday, December 14, 2012

Doa.

Assalamualaikum WBT.


Doa.

Doa senjata orang mukmin.

Allah SWT berfirman ;
“Tuhanmu semua berfirman : Berdoalah engkau semua kepadaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.”
 (Ghafir : 60)

Allah SWT berfirman lagi ;
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu – hai Muhammad – tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu jikalau ia telah memohon kepadaKu.”
 (Al-Baqarah : 186)

Allahuakbar, betapa mulianya Pencipta kitakan.

Tahu tak kenapa kita perlu berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah?

Ibaratnya beginilah, apabila peti sejuk kita rosak, kita hantar kepada pembaiki peti sejuk bukan? Sebab apa, sebabnya pembaiki peti sejuk yang membina dan mencipta peti sejuk, jadi mereka tahulah apa yang rosak dan apa yang perlu dibaiki.

Haa, sama dengan kita. Kita hamba Allah. Allah yang mencipta kita. Ibarat bila berlaku kerosakan pada jiwa dan hati kita, kita rujuk kepada Allah sebab Allah tahu apa kelebihan dan kekurangan kita. Allah tahu bahagian mana yang perlu dibaiki. J

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Mohonlah apa sahaja kepadaNya, nescaya Allah akan perkenankan.

Bila hati gelisah – berdoalah kepadaNya semoga hati kita sentiasa tenang.

Bila hati sedih dan pilu – berdoalah kepadaNya, semoga hati kita menjadi tenang.

Apabila teringinkan sesuatu – berdoalah kepadaNya, semoga sampai rezeki kita.

Apa sahaja yang kita rasa saat itu, teruslah mohon kepadaNya dengan sesungguh-sungguhnya. Usah menunggu untuk berdoa selepas solat lima waktu – usah tunggu untuk solat hajat. Tetapi memohonlah tatkala kita berasa sesuatu. Angkatlah kedua tanganmu memohon kepada ALLAH SWT.

Allah Maha Mengetahui – Maha Mengasihani. Dia tahu apa yang terdapat dalam hati kecil kita.

Kakak usrah saya pernah berpesan ; bila kita nak sesuatu tu mohon terus kepada Allah. Terus terang dengan apa yang kita nak.

Kalau kita nak keputusan peperiksaan sekian-sekian, mohon pada Allah banyak mana kita nak.

Kalau kita sukakan seseorang, mohon pada Allah, sebut nama dia sekali.

Dan lain-lain.

Indahkan! Berdoa je.

Tetapi kita kena ingat ; Bila Allah tak makbulkan doa kita, jangan menyerah kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Cikgu saya pernah sharekan doa ini kepada saya dan semoga kita semua dapat amalkan bersama-sama.

“Ya Allah, seandainya sesuatu urusan itu baik untuk diriku, baik untuk keturunanku, baik untuk agamaku dan baik untuk masa hadapanku maka kau permudahkanlah urusanku, dekatkanlah ia dan berkatikanlah urusan itu. Tetapi seandainya sesuatu urusan itu buruk untuk diriku, buruk untuk keturunanku, buruk untuk agamaku dan buruk untuk masa hadapanku maka kau jauhkanlah sejauh-jauhnya urusan itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya. Amin”





Notakaki : “Di setiap udara yang kau temukan, Di sana akan kau jumpai Allah yang senantiasa mendengar doamu” 

Thursday, December 13, 2012

Canggih : Pintar


Assalamualaikum WBT..

Apa khabar semua?

Harap semuanya sihat dalam jagaan Allah SWT. Amin.

Hujan renyai-renyai di Kuala Lumpur. Tadi sangat lebat dan kilat kuat memancar menunjukkan kuasa.

Cuti sekolah? fuh, puas pusing sana-pusing sini. Tengok sana-tengok sini.

Buku yang ada, perlu dikhatamkan segera tapi hati memang memberontak nak memiliki koleksi buku-buku yang lain! *tamak, memang pun*

Cuti sekolah, waktu terasa panjang jea. Kadang-kadang bosan menghadap FB, TV, pandang luar tingkap!

Waktu yang panjang nie, sungguh indah jika kita isikan dengan perkara terluangkan.

Ada waktu lapang, jom baca Al-Mathurat nak?

Susah. Tak ada buku Al-Mathurat. Tak reti la.

Ala, semua tu alasan jea!

Kita kan ada “telefon canggih. Da la canggih, pintar pulak tu.”

Apa kata bukak telefon, klik dekat ‘play store dan download Al-Mathurat’.

Dan Al-Mathurat sekarang sudah ada dalam telefon anda. Anda boleh bacanya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kan?

Canggih dan pintar betul la.

Bukan Al-Mathurat je tau, surah-surah lazim, ayat-ayat Al-Quran pun boleh kita miliki.

Jadi nanti tak ada alasan lagi da.

Kalau ada anak-anak, boleh ajarkan mereka surah-surah lazim. Ceritakan kisah-kisah nabi atau apa sahaja yang boleh mendekatkan kita dengan Islam.

Benda macam tu, kalau kita tak kejar dia yang akan pergi menjauh.

Jadi, jom isi masa yang terluang dengan benda-benda yang berfaedah. *ingatan untuk diri saya juga*

Selamat mendownload aplikasi yang menarik untuk diri dan jiwa kita.

Subhanallah, Allahuakbar indahnya Islam.

Alhamdulillah, saya da download Al-Mathurat dan sekarang saya boleh bacanya di mana sahaja. Da tak risau kalau nak pegi jalan-jalan, saya terpaksa tumpang beg mama untuk letak buku kecil itu.

Kawan saya cakap baca Al-Mathurat dapat sembuhkan penyakit kanser. Dia suruh saya amalkan selalu. Insya-Allah.

Oh.sebijik macam saya punye..
::)
Notakaki : Dunia di hujung jari. Semua boleh kita dapatkan. Tunggu tindakan dan amalan kita sahaja.

Wednesday, December 12, 2012

Kata 43

Assalamualaikum WBT


Only smart people can read this!

And you know what ;
you are the smart people!!
:)


Monday, December 10, 2012

Konvensyen Pendidikan TFTN 2012.


Assalamualaikum wbt semua.


Majlis : Konvensyen Pendidikan TFTN 2012.
Tarikh : 8.12.2012
Tempat : Dewan Bestari, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya.
Masa : 8.00 pagi - 5.00 petang.


# Alhamdulillah 8 Disember 2012 yang lalu TFTN telah menganjurkan Konvensyen Pendidikan TFTN 2012 yang pertama.

# Saya merupakan salah seorang peserta dalam konvensyen tersebut dan saya amat-amat berbangga kerana berpeluang menyertainya. banyak kot input yang berguna.. :)

# Terima kasih Universiti Malaya kerana sudi meminjamkan salah sebuah dewan untuk kami menjayakan program ini.

# Berpeluang untuk berjumpa dengan duta-duta & sukarelawan TFTN dari seluruh pelusuk tempat. banyak cerita menarik yang dikongsi bersama.

# Alhamdulillah kerana saya dipertemukan dengan TFTN dan menjadi salah seorang sukarelawan di TFTN. moga-moga nasib adik-adik kesayangan saya di Dahikmah, Gopeng (yayasan anak yatim & miskin) lebih terbela dari segi skop pendidikan. Amin..

Tiket masuk ;)


ucaptama dari Co-Founder TFTN ; Saudara Zul Fikri Zamir.
big big boss..:)
Pembentangan berjudul "Pengajaran kepada Kanak-Kanak Berkeperluan" oleh Prof Saedah Siraj selaku Penasihat TFTN dan perasmian majlis.
Pembentangan Dapatan Kajian TFTN oleh saudara Anas Alam Faizli
(juga orang kuat TFTN)
Sharing Session Duta dan Volunteer TFTN
dari kiri Anas Hakimie (senior & bos saya di rumah anak yatim), saya, Abg Eri & Abg Azim (ex-senior sy & guru yg mengajar di pedalaman sabah), Kak Izyan (guru di pahang) & Husna (salah seorang sukarelawan TFTN)
kami berkongsi mengenai kisah-kisah menarik mengenai anak2 TFTN. 
Kak Sha dari Singapura juga berminat dengan TFTN.
:)
Peserta Konvensyen Pendidikan TFTN.
yeayyyyyy!!!

kunjungi blog ;
 ustazahsitikhadijah.blogspot.com
beliau banyak memberi tips yang menarik dalam menangani masalah pelajar corot mengikut gaya Nabi Muhammad.
:)


notakaki : di TFTN kami percaya setiap orang mempunyai potensi untuk berjaya jika diberi peluang. Terima kasih Teach For The Needs (TFTN).
"Allah knows exactly what to give you ; to help you return to Him."

Saturday, December 1, 2012

Kata 42



Assalamualaikum WBT..


Jika aku berharap, maka hanya kepada Allah aku memohon. 
Apabila harapanku diberikan, aku bersyukur satu kali. 
Tapi jika harapanku ditolak, aku bersyukur dua kali.

Karena jika diberi itulah pilhanku. 
Tapi jika ditolak itulah pilihan Allah. 
Dan pilihan Allah jauh lebih baik dari pilihanku.

 :)

~InsyaALLAH~

Thursday, November 29, 2012

Kata 41

Assalamualaikum WBT..


Never forget the days I spent with you. Continue to be my friend, as you will always find me yours.
 - Ludwig Van Beethoven -



Trip ke Taiping, Perak.

Perancangan pada minit-minit terakhir.. 




mohon abaikan *beberapa perkataan yang tertinggal*
yeah "Selamat Datang ke Zoo Taiping & Night Safari"

taranggggg...;)

ahli rombongan cik kiah ;
kredit gambar *cik susu sebelah mata*

menunggu 'train' dengan penuh kesabaran.
kredit gambar *cik susu* 

burung unta??

ini gajah yea murid-murid..

destinasi seterusnya ;
Bukit Larut ; tidak kesampaian mahu memanjatnya..
hari minggu, orang ramai.
Mee Udang Mak Jah Kuala Sepetang.
slurppp, sedap hingga licin mangkuk..
*destinasi terakhir dalam jalan-jalan jelajah Taiping*


sebahagian daripada ahli rombongan..
*maaf sedang menikmati juadah yang begitu enak*
kredit gambar ; tt


anda patut mencuba mee udang mak jah ni..
terlalu sedap ; kedai sentiasa penuh dengan pelanggan ; servis yang cepat ;
JJCM pernah datang tau.
JJCM = Jalan2 Cari Makan ; TV3.


notakaki : Syukur Alhamdulillah, atas rezeki yang Engkau kurniakan kepada kami. dapat merasa ke Taiping. memandu sendiri ke sana, menikmati keindahan alam ciptaan-Mu.
Sesuatu pekerjaan itu tidak akan menjadi jika tiada perancangan yang teliti, usaha dan kerjasama yang hebat dari semua. siapa sangka merancang jam 9.00pagi ketika sarapan pagi, tetapi jam 10.30pagi sudah berada di atas jalan raya menuju ke Taiping. Mohon tahun depan buat lagi.. ;)

Wednesday, November 28, 2012

Kata 40

Assalamualaikum WBT..


Friends are the most important part of your life. Treasure the tears, treasure the laughter, but most importantly, treasure the memories. 
- Dave Brenner -







notakaki : makan malam terakhir ahli rumah no 18 bersama kak ain & kak amni..
kredit gambar : edit bg instagram.. :) 

Monday, November 26, 2012

Terbinanya Sebuah Masjid =)

Assalamualaikum WBT..

"Dari setinggi dan seluas kasih sayangMu, Kau limpahkanlah rahmat jua keampunan kepada pengantin suami isteri. Berkatilah majlis yang diadakan dengan keberkatan, sesungguhnya pertemuan ini dengan izinMu. Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagian dan jiwa yang tabah menghadapi setiap dugaanMu. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang dibina berkekalan hingga ke akhir usia dan kurniakanlah kepada mereka zuriat yang soleh dan solehah dengan taufiq dan hidayahMu."

Amin Ya Rabbal Alamin.

Selamat Pengantin Baru kepada 
Nor Shakira Amal binti Jamudin & Mohd Khairul Anuar bin Hassan.

Moga bahagia hingga ke Syurga.

Gambar 
|
|
|
v


















Perkhawinan bukan sekadar penyatuan dua jiwa, dua hati dan dua cinta.
Namun ia berkaitan dengan penyatuan dua buah keluarga.
Satu tanggungjawab besar yang digalas dan bakal ditanya di akhirat kelak.

Barakallah..
Moga Allah Memberkati kalian berdua.. 
:)


notakaki : Selamat datang orang baru.. ;)
kredit gambar : www.fotomomento.net





Saturday, November 24, 2012

Kata 39



Assalamualaikum WBT..


Setiap manusia mempunyai kelebihan, kekuatan, kelemahan, dan kekurangan. Dan kekadang ujian dan dugaan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t. meliputi kekurangan dan kelemahan berbanding kekuatan dan kelebihan.

Kerana apa?

Kerana itulah hikmah Allah timpakan sesuatu dugaan dan ujian itu, agar sudut yang lemah menjadi kuat, yang kurang menjadi sempurna.

Kerana ujian dan dugaan itulah yang mematangkan jiwa dan akal fikiran kita dalam menjalani kehidupan dunia..

Subhanallah.

:)

Tuesday, November 20, 2012

Kata 38








Allah merahsiakan masa depan..

Untuk menguji kita agar berprasangka baik,
Merencana dengan baik,
Berusaha yang terbaik,
Serta bersyukur dan bersabar.. 

Tapi ingat..

Pertolongan Allah itu mungkin tidak datang terlalu cepat dan mungkin juga tidak datang terlalu lambat..

Tetapi pertolongan Allah itu selalu datang pada saat yang tepat.. :)

notakaki : In Shaa Allah. bersangka baik kepada Allah.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...