Showing posts with label coretan untuk hati. Show all posts
Showing posts with label coretan untuk hati. Show all posts

Saturday, June 15, 2013

Kata 65

Assalamualaikum WBT.


15 Jun 2013.

Tiga hari selepas saya keluar dari hospital.

Menjalani kimo-iodine saya yang ke-6.

Menjalani Ablation 100Mci saya yang kedua.

Semalaman saya tidur di wad yang sampai sekarang saya rase seram dan menakutkan.

Perjalanan selepas keluar hospital bukan mudah.

Saya sering merasa loya.muntah.mual dan pening.

Bau makanan buat saya pening.

Makanan masuk dalam badan saya buat saya rasa ingin muntah.

Badan saya letih dan lesu.

Minda saya asyik teringat akan ubat yang saya minum.

Penat.

Perit.

Tetapi itulah ujian untuk saya.

Ujian yang perlu saya tempuhi untuk sihat diakhirnya. InsyaAllah.

Saya harus kuat bukan?
Saya harus lawan bukan?

Doakan saya yea. J
Semoga perkhabaran positif diterima nanti. Amin. InsyaAllah

*tetapi wad dan bilik yang menyeramkan itu memberikan saya beribu pengajaran dan hikmah.
Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik.
Syukur Alhamdulillah.

Bersangka baik dengan Sang Pencipta kita yea. J




Notakaki : cuti sehingga bulan Julai. Semoga saya kembali kuat.

Tuesday, March 26, 2013

Kata 58


Assalamualaikum..



Tawakkul is having full faith that Allah will take care of you—even when things look impossible. Tawakkul is standing in front of the Red Sea—as Prophet Musa did—with an army behind you, and not even flinching, knowing that Allah will get you through. It is having full faith that when Allah takes away the umbilical cord...He will replace it with milk.
Yasmin Mogahed.


Hai apa khabar semua? Moga semuanya berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Mohon maaf atas kesibukkan yang melanda penulis. ;) 

Minggu cuti sekolah merupakan minggu rawatan di hospital.

Tetapi untuk kali ini, bukan tips atau perkongsian maklumat ingin saya berikan.

Namun adalah tentang PENGHARGAAN.

Fasa penyembuhan – fasa baik pulih – fasa bangun semula merupakan suatu fasa yang sangat perit dan menyakitkan.

Mungkin dalam hidup kita, kita akan temui suatu fasa di mana kita rasa kita tersangat putus asa.

Tetapi,

Dengan adanya mereka ; insan yang mulia, insan yang hebat dan insan yang bersemangat membuatkan saya lebih bersemangat dan lebih kuat untuk menghadapi hari-hari yang bakal mendatang.

Allahurabi. Sesungguh-Nya aturan hidup yang Engkau berikan ini cukup indah. Cukup sempurna. 

Sesungguh-Nya Engkau Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hamba-Mu. Syukur Ya Allah, syukur Alhamdulillah.

Terima kasih buat ;
Mama-baba-kakak2-adik2-che-pak cik2-mak cik2-sepupu sepapat-saudara mara dan seluruh ahli keluarga.

Terima kasih buat ;
Sahabat2 handai-pensyarah2-guru2.

Terima kasih buat ;
Team TFTN untuk #doauntukShamimi

Terima kasih buat semua.


Anda lah kekuatan saya, anda lah semangat saya!

Semoga Allah SWT sentiasa memberkati hidup anda dan memberikan kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin Ya Rabbal Alamin.




Notakaki : Every gift has a price. Never despair when you're not given the gift you want. It may be that Allah knows you wouldn't be able to pay the price.


Wednesday, January 30, 2013

Kata 53



Allah yang pegang hati-hati itu,
maka bilamana engkau perlukan sesuatu, mohonlah, berdoalah kepadaNya.
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang hati-hati itu sembunyikan.
:)



kredit ; 
http://www.facebook.com/pages/KhadimulQuran/169808083119575?fref=ts

notakaki : Allah Engkau dekat, penuh kasih sayang!
:)

Monday, January 21, 2013

Kata 50

Assalamualikum semua.


Minggu ini minggu ke-4 berada di Ipoh.

Kelas seperti biasa.

Tugasan seperti biasa.

Pembentangan seperti biasa.

Alhamdulillah, banyak program.

Meskipun penat-letih-lelah-duit mengalir macam air, tapi seronok.

Banyak ilmu boleh ditimba, banyak pengalaman boleh dirasa, banyak pelajaran yang boleh dipelajari.

Hidup, setiap hari adalah pelajaran!

Hujung minggu pula banyak dihabiskan di Dahikmah melainkan terdapat sebarang program di maktab.

Melayan kerenah adik-adik di sana. 

Mengajar dan membantu mereka. 

Mungkin ini sahaja yang mampu saya berikan dan semoga ianya dapat membantu saya dalam mempersiapkan diri sebelum praktikum.

Baru-baru ini saya membawa ais krim dan susu ke Dahikmah. Hasil sumbangan seorang insan yang mulia. Mereka sungguh teruja-seronok sehinggakan merayu-rayu kepada saya untuk mendapatkan lagi ais krim dan susu. InsyaAllah adik-adik, rezeki itu hanya Allah Yang Mengetahui. Andai ada rezeki kalian, pasti ada lagi yang terbaik untuk kalian.

Kunjungan ke Dahikmah juga menemukan saya dengan insan yang hebat. Mama ; penjaga anak-anak Dahikmah. Dalam tegas ada lembutnya. Banyak nasihat-tunjuk ajar dan ilmu yang di sampaikan. Semakin hari semakin saya teruja untuk ke sana. Moga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan. Amin Ya Rabbal Alamin.

*Tahun 2013 ; tahun cinta dan kasih sayang buat anak-anak yatim dan golongan miskin.*

Gambar untuk tahun 2013?
Hanya ini sahaja.

20 Januari 2013.
Hujung minggu ke-3 di Ipoh.
Mereka sedang beratur untuk mendapatkan ais krim & susu..


12 Januari 2013.
Kisah yang menyayat hati tatkala ingin mengambil buku dalam beg mereka.
Terjumpa gambar wajah kesayangan anak itu.


13 Januari 2013.
Kunjungan pertama bagi tahun 2013 ke Dahikmah.
Setelah hampir 3 bulan berpisah dengan mereka akhirnya bertemu kembali.


13 Januari 2013.
wajah ceria dan gembira mereka bagai dilekat di hati saya.
Moga tahun 2013 menjadi tahun cinta dan kasih sayang buat anak-anak ini.


notakaki : Hidup ini semuanya aturan Allah SWT. Allah dah aturkan yang terbaik buat hamba-hambaNya. Kadang-kadang kita tak suka tetapi akhirnya kita akan berasa kagum dengan jalan yang telah Allah tentukan. Selalu berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk diri kita dan sesuai dengan kemampuan kita. Doa-redha-yakin-percaya-tawakkal. :)



Sunday, December 30, 2012

Kata 46


Assalamualaikum WBT semua!



Bismillahirahmanirahim.


“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau bersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kami, dan ampunkanlah kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkau Penolong kami; maka tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum yang kafir.”
(Surah Al-Baqarah : 286)


Tajuk : Bukan senang nak dapat pahala jaga orang sakit.


Frasa di atas pernah dikongsi oleh Dr Safiah kepada saya suatu ketika dahulu. Ketika saya berpeluang untuk menemani mama saya membawa nenek saya ke klinik. Pulang dari klinik sehinggalah berhari-hari saya memikirkan apa maksud tersirat kepada frasa ini. Pernah sekali saya meletakkan frasa ni di status FB meskipun pelbagai persoalan sedang bermain di minda saya.

Namun kini, bila saya mula menginjak dewasa saya mula sedar apa yang dimaksudkan dengan frasa itu. Berada di rumah selama hampir 2 bulan memberikan saya pelbagai ilmu dan pengalaman baharu. Dulu ketika sibuk di kolej, saya tidak berpeluang untuk merasa kehidupan di rumah meskipun saya duduk di rumah sewa. Berada di kolej bermaksud anda sibuk dengan pelbagai tugasan dalam dan luar.

Tetapi apabila berada di rumah, suasananya begitu berbeza! Cuti saya bermula dengan hari perkahwinan kakak saya, berada di sampingnya dan membantu apa yang patut memberikan saya satu pengalaman yang berbeza. Dan, Bersama saya dan keluarga di teratak kami, tinggal nenek saya yang semakin hari semakin uzur. Saya pernah bersama dia ketika dia masih kuat dan bertenaga sehinggalah siapa dia sekarang, berada di sampingnya ibarat saya berada di sisi seorang nenek yang dahulunya memberikan wang saku kepada cucunya untuk ke sekolah sehinggalah cucunya pula yang memberikan wang saku kepadanya untuk belanja.

Nenek saya seorang yang sungguh berbeza dengan waktu dulunya. Dia sudah dimamah usia, wanita yang sering merindui anaknya, cucunya serta cicitnya hanya mampu menatap gambar mereka untuk melepaskan rindu. Wanita yang dahulunya suka memberi sebiji kuih mahupun sebungkus nasi untuk sesiapa sahaja yang datang ke kedainya, namun sekarang dia hanya mampu mengenangkan itu semua.

Nenek saya pernah terkena strok songsang namun Alhamdulillah berjaya di rawat dengan segera. Bermula dari kejadian itu, dia kelihatan lemah dan sakit. Berpeluang untuk menjaganya membuatkan hidup ini lebih bererti. Dia pernah menjaga saya ketika saya sakit. Mungkin ini masanya untuk saya membalasnya. Dia kini tinggal bersama dengan mama. Namun ada ketikanya, mak saudara dan pak saudara saya akan bergilir menjaganya.

Sakitnya semakin teruk, dia sudah lupa dengan apa yang terjadi, kadang-kadang dia akan menjadi seorang yang pendiam, kadang-kadang dia akan menjadi seorang yang kuat makan dan kadang-kadang dia akan menangis sendirian. Dia kerap kali mengatakan dia tidak mampu dan tidak terasa untuk membuang air kecil dan air besar, namun hakikatnya dia sedang lakukannya. Dia makan dengan begitu banyak berhari-hari, namun dia tidak langsung berasa sakit perut.

Dugaan yang perlu mama saya hadapi adalah apabila dia buang air tanpa dia sedari. Saya tahu kondisi mama saya, pulang dari sekolah dalam keadaan yang penat namun terpaksa hadapi semua itu. Ditambah pula dengan mama saya seorang wanita yang tegas dan garang membuatkan dia sering tertekan dengan kejadian itu. Menghadapi situasi itu, buatkan saya terfikir akan frasa di atas. “Bukan mudah nak dapatkan pahala menjaga orang sakit.”

Iye, bukan mudah untuk mendapatkannya, kerana pahala itu akan diperoleh bila mana kita ikhlas, sabar dan redha untuk menjaganya atau menjaga sesiapa sahaja yang sedang sakit.
Secara mudahnya, hidup adalah ujian. Apa sahaja perkara yang datang kepada kita adalah satu bentuk ujian daripada Allah. Ujian untuk kita menjaga orang sakit, meskipun kita tertekan, penat dan selalu sahaja ingin marah, ingat balik apa yang pernah Allah katakan dalam Al-Quran iaitu ‘Aku tidak akan membebani umatKu dengan sesuatu yang tidak dapat mereka pikul.’ Lihat, Allah berikan kita ujian yang mampu kita pikul dan yang mampu kita hadapi.

Saya pernah mendengar cerita mengenai seorang saudara mama saya yang pernah menjaga ibu mertuanya ketika sakit. Ketika Ibu mertuanya sakit, dia dilayan dengan teruk. Segala usaha yang dilakukan oleh menantunya tidak dipandang. Nasi yang tidak enak terus dibaling begitu sahaja. Pelbagai perkara lagi yang berlaku sehingga tidak dapat saya gambarkan apa yang akan terjadi jika kejadian ini berlaku pada nenek saya. Namun, sebelum meninggal dunia, ibu mertuanya sempat meminta maaf kepada menantunya itu. Lihat, saya dapat rasakan betapa beruntungnya menantu itu dan berapa banyak kebaikan yang diperolehnya hanya kerana sabar menjaga ibu mertuanya.

Oleh itu, dalam memperoleh pahala ketika menjaga orang sakit adalah sukar. Sukar jika kita menganggapnya sebagai bebanan hidup kita. Orang sakit sendiri diuji dengan pelbagai perkara dan itulah di nyatakan kepada kita bahawa ambillah hikmah daripada mereka yang sakit, kerana ia adalah salah satu bentuk peringatan kepada kita agar tidak mudah lupa bahawa ALLAH Maha Berkuasa.

Akhirnya, saya mendoakan agar kita semua diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi apa sahaja bentuk ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah SWT. Hadapi dengan tenang, sabar dan redha. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang-orang yang mendapat hikmah. Amin!
Cuti sekolah saya bakal berakhir, mama saya akan tinggal seorang menjaga nenek saya. Saya berdoa dan berharap moga-moga mama serta seluruh kaum keluarga saya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjaga nenek saya. Amin!

“Barang siapa yang diuji oleh ALLAH SWT dan dia bersabar serta redha dengan ujiannya, maka dia akan peroleh hikmah dan pahala dan barangsiapa yang diuji oleh ALLAH SWT namun dia tidak bersabar serta redha ke atasnya, maka sia-sialah semuanya.” 
Dipetik daripada kata-kata imam khutbah jumaat.

Notakaki : to treats yourself use your head but to treats other use your heart.

Monday, December 17, 2012

Kata 44

Assalamualaikum WBT..

Tajuk : Putus Asa.



Putus asa yang membunuh.

Usah berputus asa.

Putus asa itu hanya membunuh kamu.

Membunuh hati kamu.

Membunuh jiwa kamu.

Membunuh semangat kamu.

Membunuh fikiran kamu.

Mengapa harus berputus asa?

Sedangkan kita ada Allah Yang Maha Berkuasa.

Bersabarlah.

Bertenanglah.

Ayuh bangkit!

Jangan biarkan putus asa menguasai diri kita!

Jangan biarkan putus asa menganggu jiwa dan hati kita.

Ah, dia cakap senanglah! Dia tak rasa apa yang kita rasa.

Saya juga pernah merasa putus asa. Sakitnya seolah-olah membunuh jiwa saya.

Saya pernah putus asa dalam menghadapi kesakitan yang saya alami.

Sekarang, tiada lagi putus asa. Bangkit terus bangkit untuk sama-sama kita mengharungi kehidupan.

Bangunlah, bangkitlah dari putus asa, nescaya anda akan lebih menghargai hidup ini.

Jadi, mengapa kita perlu berputus asa. Itu akan membunuhmu.

Lenyapkan air mata yang mengalir di pipi mu, hilangkan sakit di hati mu, buangkan segala resah gelisah di jiwamu. Berdoalah kepada Allah. Jangan dilayan putus asa itu.

Sesungguhnya Allah telah berfirman :

“Hai anak-anakku, pergilah kamu. Maka carilah berita tentang Yusuf dan saudaranya dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.” (QS. Yusuf : 87) 


notakaki : Maka nikmat Allah manakah yang kamu dustakan? *ulangan dalam surah Ar-Rahman. Jika sesekali kita fikir, hanya kita sahaja yang hebat diuji, ingatlah ada orang lain lagi yang lebih teruk ujiannya. Jangan putus asa. :)
Jangan lupa doakan saudara-saudara seIslam kita di Gaza.

Friday, December 14, 2012

Doa.

Assalamualaikum WBT.


Doa.

Doa senjata orang mukmin.

Allah SWT berfirman ;
“Tuhanmu semua berfirman : Berdoalah engkau semua kepadaKu, pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.”
 (Ghafir : 60)

Allah SWT berfirman lagi ;
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu – hai Muhammad – tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu jikalau ia telah memohon kepadaKu.”
 (Al-Baqarah : 186)

Allahuakbar, betapa mulianya Pencipta kitakan.

Tahu tak kenapa kita perlu berdoa kepada Allah, meminta kepada Allah?

Ibaratnya beginilah, apabila peti sejuk kita rosak, kita hantar kepada pembaiki peti sejuk bukan? Sebab apa, sebabnya pembaiki peti sejuk yang membina dan mencipta peti sejuk, jadi mereka tahulah apa yang rosak dan apa yang perlu dibaiki.

Haa, sama dengan kita. Kita hamba Allah. Allah yang mencipta kita. Ibarat bila berlaku kerosakan pada jiwa dan hati kita, kita rujuk kepada Allah sebab Allah tahu apa kelebihan dan kekurangan kita. Allah tahu bahagian mana yang perlu dibaiki. J

Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.

Mohonlah apa sahaja kepadaNya, nescaya Allah akan perkenankan.

Bila hati gelisah – berdoalah kepadaNya semoga hati kita sentiasa tenang.

Bila hati sedih dan pilu – berdoalah kepadaNya, semoga hati kita menjadi tenang.

Apabila teringinkan sesuatu – berdoalah kepadaNya, semoga sampai rezeki kita.

Apa sahaja yang kita rasa saat itu, teruslah mohon kepadaNya dengan sesungguh-sungguhnya. Usah menunggu untuk berdoa selepas solat lima waktu – usah tunggu untuk solat hajat. Tetapi memohonlah tatkala kita berasa sesuatu. Angkatlah kedua tanganmu memohon kepada ALLAH SWT.

Allah Maha Mengetahui – Maha Mengasihani. Dia tahu apa yang terdapat dalam hati kecil kita.

Kakak usrah saya pernah berpesan ; bila kita nak sesuatu tu mohon terus kepada Allah. Terus terang dengan apa yang kita nak.

Kalau kita nak keputusan peperiksaan sekian-sekian, mohon pada Allah banyak mana kita nak.

Kalau kita sukakan seseorang, mohon pada Allah, sebut nama dia sekali.

Dan lain-lain.

Indahkan! Berdoa je.

Tetapi kita kena ingat ; Bila Allah tak makbulkan doa kita, jangan menyerah kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk kita.

Cikgu saya pernah sharekan doa ini kepada saya dan semoga kita semua dapat amalkan bersama-sama.

“Ya Allah, seandainya sesuatu urusan itu baik untuk diriku, baik untuk keturunanku, baik untuk agamaku dan baik untuk masa hadapanku maka kau permudahkanlah urusanku, dekatkanlah ia dan berkatikanlah urusan itu. Tetapi seandainya sesuatu urusan itu buruk untuk diriku, buruk untuk keturunanku, buruk untuk agamaku dan buruk untuk masa hadapanku maka kau jauhkanlah sejauh-jauhnya urusan itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segalanya. Amin”





Notakaki : “Di setiap udara yang kau temukan, Di sana akan kau jumpai Allah yang senantiasa mendengar doamu” 

Thursday, December 13, 2012

Canggih : Pintar


Assalamualaikum WBT..

Apa khabar semua?

Harap semuanya sihat dalam jagaan Allah SWT. Amin.

Hujan renyai-renyai di Kuala Lumpur. Tadi sangat lebat dan kilat kuat memancar menunjukkan kuasa.

Cuti sekolah? fuh, puas pusing sana-pusing sini. Tengok sana-tengok sini.

Buku yang ada, perlu dikhatamkan segera tapi hati memang memberontak nak memiliki koleksi buku-buku yang lain! *tamak, memang pun*

Cuti sekolah, waktu terasa panjang jea. Kadang-kadang bosan menghadap FB, TV, pandang luar tingkap!

Waktu yang panjang nie, sungguh indah jika kita isikan dengan perkara terluangkan.

Ada waktu lapang, jom baca Al-Mathurat nak?

Susah. Tak ada buku Al-Mathurat. Tak reti la.

Ala, semua tu alasan jea!

Kita kan ada “telefon canggih. Da la canggih, pintar pulak tu.”

Apa kata bukak telefon, klik dekat ‘play store dan download Al-Mathurat’.

Dan Al-Mathurat sekarang sudah ada dalam telefon anda. Anda boleh bacanya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kan?

Canggih dan pintar betul la.

Bukan Al-Mathurat je tau, surah-surah lazim, ayat-ayat Al-Quran pun boleh kita miliki.

Jadi nanti tak ada alasan lagi da.

Kalau ada anak-anak, boleh ajarkan mereka surah-surah lazim. Ceritakan kisah-kisah nabi atau apa sahaja yang boleh mendekatkan kita dengan Islam.

Benda macam tu, kalau kita tak kejar dia yang akan pergi menjauh.

Jadi, jom isi masa yang terluang dengan benda-benda yang berfaedah. *ingatan untuk diri saya juga*

Selamat mendownload aplikasi yang menarik untuk diri dan jiwa kita.

Subhanallah, Allahuakbar indahnya Islam.

Alhamdulillah, saya da download Al-Mathurat dan sekarang saya boleh bacanya di mana sahaja. Da tak risau kalau nak pegi jalan-jalan, saya terpaksa tumpang beg mama untuk letak buku kecil itu.

Kawan saya cakap baca Al-Mathurat dapat sembuhkan penyakit kanser. Dia suruh saya amalkan selalu. Insya-Allah.

Oh.sebijik macam saya punye..
::)
Notakaki : Dunia di hujung jari. Semua boleh kita dapatkan. Tunggu tindakan dan amalan kita sahaja.

Saturday, December 1, 2012

Kata 42



Assalamualaikum WBT..


Jika aku berharap, maka hanya kepada Allah aku memohon. 
Apabila harapanku diberikan, aku bersyukur satu kali. 
Tapi jika harapanku ditolak, aku bersyukur dua kali.

Karena jika diberi itulah pilhanku. 
Tapi jika ditolak itulah pilihan Allah. 
Dan pilihan Allah jauh lebih baik dari pilihanku.

 :)

~InsyaALLAH~

Tuesday, February 28, 2012

Hadiah Istimewa =)






Assalamualaikum WBT..



Hai semua, sebenarnya rindu nak menaip panjang-panjang macam dulu-dulu kat blog nie. Tapi kadang-kadang idea kurang mencapah tu yang letak kata-kata je.


Tapi malam ni, macam ada idea je sikit..


Ok, erm macam mana nak mulakan ye..



Tarbiah dari ALLAH SWT tanpa disedari..



Bismillahirahmanirahhim..


Suatu ketika dahulu, masa pihak IPG suruh pelatih-pelatihnya mula mencari rumah sewa sebab takut tak muat asrama, saya dan kawan-kawan da mula cuak. Ok cuak sebab nak cari kat mana, nanti kenderaan macam mana, kawasan macam mana, jiran-jiran macam mana, rakan serumah macam mana, tuan rumah macam mana! Pendek kata semua tu memang terlintas dalam hati-fikiran-dan perasaan!


Jujurnya rumah yang sedang saya duduki ni dicari oleh sahabat saya Athirah & Kak Ain, terima kasih korang sebab tanpa korang tak duduk la dekat rumah no 18 nie..(^___^).


Kembali pada cerita kita..alhamdulillah sepanjang sebelum duduk kat rumah sewa, semua urusan memang dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Dari cari rumah, jumpa tuan rumah, kemas rumah, cari barang dan sebagainya. Syukur Ya Allah..


Jiran, bab ni bab paling sensitif dalam hidup bermasyarakat! Mama-baba-kawan2-pensyarah dan semua selalu pesan, jaga hubungan dengan jiran! Jangan sombong dengan jiran, kenali jiran kita dan yang paling penting hormat jiran kita. Ok pertama kali saya jumpa jiran sebelah kiri saya, masa saya ke rumah sewa untuk bayar deposit rumah.. Hai, kak ani dan keluarga selamat berkenalan.. kak ani seorang guru, anak-anak dia comel dan suka datang rumah kami.(^___^)


Jiran sebelah kanan saya pula seorang india. Pasangan suami isteri yang sungguh baik. Hai uncle John dan aunty *maaf xtahu nama*..haha.. Haa, uncle John da pencen tau tapi isteri dia seorang nurse di hospital bahagia.

Jap, apa motif nie cerita pasal jiran nie?? Ok motifnya, saya tertarik dengan jiran saya uncle John dan isteri ni. Diaorang baik sangat dan sangat menghormati kami sebagai seorang Islam. Uncle John ada seekor anjing nama ‘nana’. Dia tak pernah lepaskan anjing dia, kalau petang-petang kiteorang lepak depan rumah, uncle dan aunty mesti sertai sekali tapi dia kurung la nana tuuu..!


Satu lagi, uncle dan aunty suka panggil kiteorang adik tau! Rasa muda je kejap.. bahasa dia pun lembut sangat.. ‘adik, uncle nak bagitahu...’! uncle dan aunty memang seorang jiran yang prihatin. Kalau malam-malam dia nampak ada kereta atau motor yang tak dikenali mesti dia tanya, ‘semalam siapa datang rumah adik?’. Lepas tu dia siap pesan lagi, jangan bawak kawan lelaki datang ye, tak elok, adik-adik kan perempuan, lagipun agama adik-adik tak benarkan pergaulan bebas kan. Gluppp tersentak tau bila uncle cakap macam tu. Dia faham cara hidup Islam macam mana dan dia terima semuanya.


Haa, kalau bab2 makanan lak, kalau ada makanan yang dia belikan macam maruku ke, mesti dia akan cari kat tempat bersih dan yang halal tau. Baru dia bagi kat kiteorang jiran-jiran dia. Pernah sekali tu dia pesan, adik suka makan kek sec*** re*** tak? Kitaorang pun tanye la kenapa uncle, dia cakap dia ada kawan keja kat situ. Kawan dia cakap dalam kek tu ada campuran ar*k.. uncle pesan, kalau boleh jangan la makan, uncle pun da tak makan. Adik-adik orang Islam, mesti tak boleh makan yang ada campuran ar*kkan.. glurppp kali kedua! Hye uncle terima kasih sebab ingatkan kami.. lepas pesanan uncle, bila g JJ mesti tak singgah beli kek da. Takut..hehe


Tapi dalam banyak-banyak pesanan yang uncle bagi ada satu pesanan yang memang saya ingat sampai hari ini, saat ini dan tika ini. Uncle dan aunty tahu saya sakit dan aunty tak pernah kedekut dalam kongsi ilmu untuk sembuh. Suatu petang uncle tanya, adik macam mana dengan kesihatan, saya cakap ok uncle, cuma saya masih dalam rawatan. Uncle pun pesan, ubat tu makan, jaga kesihatan, jangan sedih sebab Tuhan tahu adik boleh kuat untuk lawan sakit ni dan yang paling penting adik kena selalu berdoa untuk sembuh! Jangan pernah lupa untuk berdoa, nanti pasti Tuhan akan bagi kesembuhan.


Ya Allah, serius! saya tak pernah terbayang dalam fikiran saya bahawa jiran saya seorang india akan bagi saya semangat sampai macam ni sekali. Dia faham, dia baik dan dia memahami. Syukur Ya Allah sebab Kau kurniakan orang sekeliling yang baik-baik belaka.. Alhamdulillah..


Sekian, nota untuk hati-jiwa dan perasaan. Tanpa kita sedar ramai orang ambil berat pasal kita. Be positif dan kembali senyum.. Jumpa lagi, assalamualaikum.(^__^)


Notakaki :: Bila kita memberi kemarahan kepada orang, orang akan lempar balik kemarahan pada kita TETAPI bila kita sedekahkan kasih sayang dan senyuman, orang akan bagi balik semula dengan kasih sayang yang berlipat kali ganda..(^___^)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...