Monday, November 26, 2012
Terbinanya Sebuah Masjid =)
Wednesday, December 8, 2010
Kenangan Terindah...(^_^)
Assalamualaikum WBT
Selamat Tahun Baru Islam buat semua umat Islam..
Semalam awal Muharram, saya pasti semua yang bekerja pasti akan BERCUTI…
Haa, bila cuti makanya baba & kakak2 saya pun cuti la..
Tiada ape yang lebih menbahagiakan apabila dapat berkumpul satu keluarga..
Alhamdulillah, syukur Ya Allah..
Nikmat nie sungguh indah..-semoga keluarga kami akan terus bahagia- amin..
Ok, bila semua x cuti maka plan untuk keluarga berjalan2 tu mesti la ada..
Plan semalamnya nak beli laptop untuk adik saya, aina..
Dia perlukan laptop tu untuk buat keja2 dia, asgment & semua2 la..
So baba saya cakap, jom ke Plaza Low Yat cari laptop untuk aina..
Ok, lepas makan tengah hari, kami sekeluarga pun keluar..
Plannya nak g kami adik beradik je..
Tapi baba & mama nak g jugak..so semua sekali g..
Parking keta kat stesen monorel Dato Maharajalela & kami semua naik monorel menuju ke Bukit Bintang..
Fuhh, ramai yang teramat orangnya.. biase la ari cuti kan..
Sampai2 terus survey laptop & cari yang mane berkenan di hati..
Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan, aina da bertemu dengan ‘chinta hati’ dia..
Laptop yang cantik + free gift yang teramat banyaknya & harga yang terbaik la…
Lebih bajet… dia bajet rm2*** tapi harganya rm1***..ok la 2 kan…
Tunggu dalam masa 30 minit, laptop 2 siap, check2 ape yang patut & kami pun bergerak pantas menuju ke surau..
Jam di tangan menunjukkan jam 6.00 petang.. langkah seribu, sejuta menuju ke surau..(^_^*)
Alhamdulillah lepas menunaikan solat asar, kami bergerak pulang & singgah kat Carefore kepong sebab kakak saya nak beli barang..
Lepas siap membeli, singgah makan di luar & dibelanja oleh baba saya..
Ok, saya rasa sungguh gembira sebab dapat keluar sekeluarga semalam…
Pagi tengah hari sampai malam..
Banyak kisah yang menarik..
Kisah dari kecik sampai besar semua dibongkarkan..
Alhamdulillah, hari yang gembira pada 1 Muharam 1432H..
Sila lihat foto di bawah…huhu
ahli2 perempuan di dalam keluarga saya...
dari kiri 'aina, kak ama, mama, saya & kakak'
kredit to azzim 4 this picture..(^_^)
keluarga bahagia saya..
sorang tertinggal sebab dia amek gamba..
again, credit 2 azzim 4 this picture..(^_^)
makan2 ngan keluarga...
gamba mama je yang paling comel + cun..huhu...
*************
Tamat cerita 1 Muharam 1432H..
Hari nie lak, kemas rumah dari pagi sebab perabot kakak saya baru sampai..
Fuuh, penat + best sebab buat ramai2..
Semua keja jadi mudah & cepat siap..
Ape yang penting KERJASAMA...
(T_____________T)
Tuesday, July 27, 2010
..:: VVIP ::..
Hai, saya menulis lagi, hehe... Hari nie nak tulis pasal 'VVIP', haa ape 2 vvip. vvip 2 ialah 'Very Very Important Persons'.. Ok, untuk pengetahuan semua, ari nie cukup 1 bulan saya berpisah dengan VVIP saya & saya rindu mereka... Nak tahu sape VVIP dalam hidup saya, aaa mestilah KELUARGA saya. Maaf, saya nak tulis jugak, saya rindu mereka semua, saya x pernah berpisah dengan VVIP pertama saya.. Hehe...
Maaf la, dalam gambar nie baju semua sama & saya akan ceritakan pasal mereka satu persatu ye..
VVIP 2 ---> yang duduk di tepi VVIP 1.. Merupakan 'baba' saya. Insan yang sering mententeramkan hati saya & membantu saya bila saya dalam kesusahan. Perkara yang membuatkan saya teringat pada baba saya ialah baba sering mengusap kepala saya & mencium dahi saya kalu dia nak g jauh... Baba akan tolong saya cari buku & bagi duit kat saya walaupun dia kena tanggung yang lain & banyak lagi..SAYA SAYANG BABA SAYA..^_^
VVIP 3 ---> yang berdiri di tepi baba saya. VVIP 3 nie merupakan 'kakak sulung' saya. Insan yang sering menyelamatkan saya kalau ada orang kacau saya.. Haha, betul ke.. betul la.. Perkara yang membuatkan saya teringat pada kakak saya ialah lau time dapat gaji mesti dia akan belanja & lau nak ape2, gtau je nanti mesti dapat. Lau dia balik kampung, dia suke blanje makan & bagi duit.. Hehe, time kasih kakak!! SAYANG KAKAK ^_^
VVIP 4 ---> yang duduk di hadapan mama saya. VVIP nie merupakan kakak kedua saya iaitu 'kak ma'. Insan yang sering menjadi tempat luahan perasaan saya & tempat saya berkongsi segala2nya. Perkara yang membuatkan saya teringat pada Kak Ma ialah dia sering 'msg, tel & 3G' bersama saya.. Dia selalu msg tnye kaba saya & org yang ambil berat pada saya, x berkira lau ada duit & mesti dia akan share..hehe..Thanks kak ma!! LUV U..^_^
VVIP 5 ---> yang berdiri di tepi mama saya. VVIP 5 nie merupakan adik saya yang pertama iaitu 'aina' & turut dikenali sebagai kembar saya..Hehe.. Insan yang menjadi tempat saya cerita segala masalah saya & orang yang berjaya buat saya gembira. Perkara yang membuatkan saya teringat pada aina ialah time balik cuti, lau sampai rumah, saya akan terus bercerita dengan dia & dia selalu tel saya tanye bila saya nak cuti. Lau saya ada masalah kewangan dialah orang pertama yang membantu saya.. Thanks sis, LUV U..^_^
VVIP 6 ---> yang duduk ditengah2 tu.. Merupakan adik bongsu saya 'azzim'.. Insan yang selalu teman saya lau saya nak ke mana2 & selalu share makanan dengan saya. Perkara yang membuatkan saya teringat pada dia ialah, lau saya on9 FB mesti dia chat ngan saya & dia selalu tel tnye bila saya nak balik. Lau saya bercuti dia akan susun jadual kereta & mintak saya hantar dia ke mana2..Huhu, i miss my bro..^_^
p/s :: saya rindu sangat kat mereka...rindu yang teramat rindu, lau saya tel mama saya mesti saya cepat menangis..huhu... Kawan2 yang berada di sekeliling saya juga VVIP saya jugak.. hehe, saya sayang anda semua...THANKSS to all of u...
Sunday, June 20, 2010
..:: Selamat Hari Bapa ::..
Hari nie sesi persekolahan di sebelah pantai timur nie da start, so mama da g ngaja, adik pun da g skolah & tinggallah aku di rumah bersama kakak yg no 2 'kak ama'. Emm, rutin pagi tadi mule2 kena gosok baju adik, kemas umah & menghadap lappy nie. Firstly bukak FB dulu, tgk2 page aku, page org & sebagainya sampai lah aku jumpe pada satu status 'Selamat Hari Bapa'. Eh, ari nie hari bapa ea.. xtahu la pulak, aku pun terus search internet & jumpe la satu artikel 'klik sini'. Haaa, sah ari nie memang hari bapa.
Bapa @ ayah @ baba @ papa @ bapak & ape2 je la panggilan yang kite gune merupakan seorang insan yang jasa & pengorbanannya x terkira. Kalu seorang ibu bersusah payah melahirkan kita, seorang ayah pula bersusah payah untuk menjaga & memberi ape yang kita mahu. Nama ayah kita utuh berdiri di belakang nama kita kan 'NUR SHAMIMI BINTI JAMUDIN', sekuat mana nama dia di belakang nama kita kuat lagi jasa, pengorbanan yang di beri kepada kita.
Hari bapa nie xsemestinya kita sambut pada tarikh tertentu je, bagi aku setiap hari merupakan hari bapa & hari ibu. Kita sebagai seorang anak mestilah memberi kasih sayang, mentaati mereka, menghormati & sebagainya. Berhati2 lah, jangan sampai kita melukakan hati mereka sebab nanti anak2 kita balas kat kita balik, betul tau, mama selalu pesan 'jangan buat perangai, nanti anak2 kita balas balik'.. so watch out k...
Di sini ada 1 artikel yang nak aku kongsi bersama.. Fahami maksudnya k..^_^
Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.
Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:
“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”
Maka berkata salah seorang daripada mereka:
“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,
seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.
Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka,
aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.
Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.
Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.
Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. K
eadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.
Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”
Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]
Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah. Selain itu terdapat dua pengajaran tambahan dalam hadis di atas:
Pengajaran Pertama:
Hendaklah kita memberi prioriti kepada ibubapa di atas anak isteri sendiri. Secara lebih luas, kita hendaklah mencurahkan perhatian, kasih sayang dan pemberian yang lebih kepada ibubapa daripada anak isterinya sendiri. Kita hendaklah sedia berkorban untuk ibubapa melebihi pengorbanan terhadap anak isterinya sendiri.
Pengajaran Kedua:
Prioriti tidak sahaja dari sudut berbanding anak isteri sendiri tetapi dari sudut segala tingkah lakunya. Sebagai contoh, Abu Hurairah radhiallahu 'anh pernah melihat dua orang, lalu dia bertanya: “Apakah hubungan dia dengan kamu?” Orang itu menjawab: “(Dia adalah) ayahku.” Lalu Abu Hurairah berpesan: “Janganlah engkau memanggil dia dengan namanya, janganlah berjalan di hadapannya dan janganlah duduk sebelumnya.”


