Showing posts with label saya lihat saya tulis. Show all posts
Showing posts with label saya lihat saya tulis. Show all posts

Wednesday, January 29, 2014

2014

Assalamualaikum. 




Salam 2014.

Update entry selaju yang boleh, masuk + campur semua cerita yang berlaku sepanjang tahun 2014.

Januari :-

Masuk kelas - belajar seperti biasa - kelas penuh sampai ke petang - balik penat - malam tido.


Pertengahan Januari. 

Mula praktikum ke-3.

Berpraktikum di Sek Keb Sungai Itek selama 3 bulan.


Isnin (27 Januari 2014)

mula bersekolah.
jarak rumah yang kami tumpang ke sekolah 5km.
melalui jalan sempit. jalan kampung.
berkabus tebal pada waktu pagi.
*inilah nikmatnya hidup.


Selasa (28 Januari 2014)

saya mengajar bahasa melayu darjah 3 & 4.
separuh daripada anak murid saya ialah anak orang asli.
turunkan aras semasa mengajar murid-murid.
*inilah cabaran saya semasa tempoh praktikum 3 ini.


Rabu (29 Januari 2014)

majlis persaraan GPK1.
cikgu-cikgu sekolah sangat sempoiii!
pekerja-pekerja sangat ramah.
LCD tiptop.. *perkara yang paling cikgu praktikum runsingkan selalu.
*inilah hikmahnya.



minggu pertama sudah tamat, maka 11 minggu lagi menanti.

Moga-moga Tuhan permudahkan segala urusan saya dan semua. aminn

Doakan saya. :)

Thursday, December 5, 2013

Kata 80

Assalamualaikum.

Kadang-kadang penyakit risau itu dari syaitan.

Kadang-kadang penyakit tak yakin dan tak percaya tu boleh membinasakn diri kita.

Habis tu nak buat macam mane ;

Orang lain dapat je apa yang diaorang nak.
Orang lain bahagia jerr.
Orang lain boleh hidup jer.
Orang lain tak ada pun runsing bagai nak rak!

Hye, itu orang lain.

Kita lain sebab Allah sudah tentukan jalan yang sesuai dan sepadan dengan kita.

Apa yang perlu kita buat ;

Sabar
Solat
Yakin
Tawakkal.

Moga ada yang terbaik buat saya-anda-dan-semua.

:)

Wednesday, May 29, 2013

Kata 63

Assalamualaikum semua!



Mohon maaf kerana lama menyepi.

Selepas tamat praktikum, saya sibuk dengan peperiksaan akhir kemudian cuti sekolah pun bermula.

Hari pertama bercuti, saya dan keluarga telah pergi melancong ke Kuching, Sarawak.

Diakui bahawa ini merupakan pertama kali saya menaiki kapal terbang.

Seronok. :)

Terima kasih keluarga. Sayang. :)



Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Sesungguhnya keluarga itu tempatnya yang aman dan selesa dalam berkongsi suka dan duka.
Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.






















Kuching, Sarawak.
Tempat yang sungguh cantik. Nilai, warisan dan budayanya mampu menyentuh jiwa dan hati-hati mereka yang mudah terpesona, membuatkan kita lebih dekat dengan alam.
Saya berpeluang untuk melawat ke tempat-tempat yang menarik, 
berpeluang untuk membeli belah di Pasar Serikin yang terletak di sempadan Indonesia-Sarawak.
berpeluang mengenali kebudayaan orang di sana.
berpeluang merasai makanan yang membuatkan mereka terkenal.
namun, saya tidak berpeluang untuk bergambar di replika kucing yang terletak di tengah-tengah bandar Kuching. *faktor cuaca.
Namun saya bersyukur atas rezeki ini. Mampu merasai getaran jiwa dan debaran jantung saat kapal terbang berlepas dan ingin mendarat. *maaf jakun di situ.
Terima kasih untuk percutian yang bermakna dan berharga ini.
Saya sayang keluarga saya.. :))

Sunday, April 28, 2013

Kata 62

Assalamualaikum wbt..



Hai semua.

4 minggu tempoh praktikum..

Banyak perkara yang telah saya pelajari.

Seronok.

Gembira.

Bahagia.

Syukur Alhamdulillah.

Terima kasih sahabat.

Terima kasih cikgu.

Terima kasih pensyarah.

Terima kasih anak murid.

Cikgu akan merindui awak semua.



"Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat."



Yuk tengok gambar!!




rakan praktikum + guru pembimbing (Puan Amiah) dan saya.

anak murid cinta hati;
4 kreatif;
24 orang, kurang 1.


minggu akhir baru cikgu boleh ambik gambar.
3 minggu pertama penat buat muka garang.. :D

reaksi murid-guru bila saya habis diobserve.
terima kasih murid2. awak penyumbang markah cikgu.


perempuan jer..

ermmmm..


alahai...
tengok muka diaorang..
macam mane tak sayang.


cakkkkkkkkk...



notakaki : gamba sewaktu hari beberapa hari sebelum tamat praktikum. nantikan drama yang berlaku semasa hari terakhir. :'(


Love,
Cikgu Shamimi.
:)





Wednesday, April 10, 2013

Kata 61

Assalamualaikum semua!



Apa khabar, maaf Cikgu Shamimi 'sibuk' dengan praktikum sehingga membiarkan blog ini bersarang seketika. 

*eh, macam selama ini tiap-tiap hari update pulakkan.

Sebelum ke cerita seterusnya, jom tengok kata-kata ini ;




Minggu ini minggu ke-dua di sekolah.

Alhamdulillah suasana semakin ok,

Murid-murid semakin ok, *terima kasih anak murid yang comel.

Penulisan RPH juga ada peningkatan. *terima kasih guru pembimbing.

Jumaat ini penilaian pertama oleh pensyarah saya.

Semoga semuanya berjalan lancar dan semoga Allah permudahkan urusan saya dan sahabat praktikum saya.

Ok, jumpa di masa akan datang.

Doakan kami.

Jaga diri-jaga iman-jaga peribadi,

Hye Cikgu Shamimi in the house!!
beg yang setia membawa semua bahan mengajar!
kak ama panggil beg gi pasar.

ini saya dan patner saya.
abaikan bengkak bawah mata tuuu..
minggu ke-2 baru sempat ambk gambar bersama.


xoxoxoxo
Cikgu Shamimi
:)


Tuesday, April 2, 2013

Kata 60

Assalamualaikum hai semua!



Pangkah hari kedua dalam kalender bulan April.



Cikgu masih dalam mood praktikum.

Hari ini hari ke-dua di sekolah.

Alhamdulillah, matlamat sudah jelas.

Pertama kali masuk ke kelas 4 Kreatif.

Murid-murid yang sungguh comel menyambut ketibaan cikgu pelatih.

Dari luar sudah dengar bunyi, 'cikgu baru masuk kelas kita, cikgu baru masuk kelas kita.'

Suara nyaring ketua kelas berbunyi "Assalamualaikum Cikgu Shamimi."

Sesi berkenalan dengan mereka, 25 orang murid. Aktif-cergas dan banyak soal.

Bila cikgu masuk dan bagitahu murid, cikgu hanya sebulan lalu muncul soalan 'kenapa sebulan cikgu?

Dan cikgu pun menjawab, sebab cikgu pun tak habis belajar lagi.. =,=

20 minit di awal waktu, saya memberitahu peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh murid saya.

# Hormati cikgu.
# Dengar arahan cikgu.
# Bagi kerjasama dengan cikgu.
# Berada dalam kumpulan hanya apabila cikgu arahkan sahaja.
# Jika kelas bising, cikgu akan hentikan pengajaran dan pembelajaran.
# Jika ada orang datang menyelia cikgu, bagi kerjasama. nanti cikgu upah gula-gula. *ok, ini perangkap.
# Bagi salam kepada mereka yang datang menyelia cikgu.
# Nak jawab soalan, angkat tangan dahulu.

Tapi tak sempat nak mengajar, murid da mintak no telefon dan nama FB!  

Alhamdulillah kelas pertama berjaya tetapi tulisan saya kecik sangat. Kasihan anak murid saya! Ampunkan cikgu, cikgu tak reti nak tulis cantik dan besar.. ^^,


*Eh esok pra-penyeliaan daripada pensyarah pembimbing. Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.


notakaki : inilah sebab mengapa saya pilih untuk menjadi guru.



xoxo

Cikgu Mimi

Monday, April 1, 2013

Kata 59


Assalamualaikum WBT..



Hai semua!


*Pangkah hari pertama dalam kalender bulan April.



Entry awal bulan April.

Bulan saya mula berpraktikum.

Praktikum fasa 1.

Tempoh satu bulan.

Berpraktikum di Sek. Keb. Pasukan Polis Hutan (S.K.PPH).

Hari ini dengan gembiranya saya mendapat gelaran Cikgu Mimi.

5-7 minit dari rumah sewa, bersebelahan di tepi IPG.

Mengajar tahun 4 Kreatif.

Kelas pertama. Kelas ramai pengawas sekolah-anak2 cikgu dan kelas budak pandai.

Alhamdulillah.

Mengajar 8 waktu seminggu.

Subjek Bahasa Melayu.

Kelas setiap hari Isnin, Selasa, Rabu dan Jumaat.

Khamis boleh tanda buku murid. Eh**

Alhamdulillah hari pertama berakhir dengan gembira.

Esok saya akan mula masuk mengajar.

Lusa akan ada pra-penyeliaan oleh pensyarah pembimbing.

Dan hari-hari seterusnya sehingga ke 26hb April menjadi sebahagian daripada insan baharu yang ingin menuntut ilmu di sana.

Ya Allah permudahkanlah urusan aku dan sahabat-sahabatku dalam mengharungi praktikum fasa pertama. 

Moga kami mendapat hidayah dan petunjuk-Mu. Moga kami diberi kejayaan dan ketenangan serta kekuatan. Amin.

Doakan saya dan kawan-kawan yea..


Lampiran Gambar.
xoxo
Cikgu Mimi.
:D

Notakaki : Setiap hari sebelum ke sekolah, betulkan niat. Apakah tujuan kita ke sekolah. Ingin menyampaikan ilmu atau apa tujuannya. Koreksi diri. *petikan dari SMS penguat semangat. Terima kasih senior!


Sunday, February 17, 2013

Kata 56







Assalamualaikum hai semua!

Hujung minggu kali ini saya bukan berada di Ipoh, bukan di Dahikmah tetapi di Besut. *eh masih bercuti. J

Cuti yang lalu memberi saya kesempatan untuk bertemu dengan saudara mara yang jauh dan dekat.

Memberi saya peluang untuk lebih mengenali, mendekati dan mensyukuri nikmat yang ALLAH SWT berikan.

Dalam satu pertemuan yang singkat, betapa Allah berikan saya ruang dan peluang yang cukup indah saya rasakan.

Pernahkan anda terfikir bahawa harta dan rezeki yang kita ada dan kita kumpul ingin kita serahkan kepada orang lain, bukan kepada orang dari keluarga kita juga?

Pernahkan terlintas di hati anda, suatu hari nanti anda ingin mewakafkan harta yang anda kumpul, harta yang anda simpan kepada orang ramai?

Pernahkah hati-hati kita terlintas untuk memberi sedikit sumbangan kepada orang lain yang lebih memerlukan?

Allahuakbar.

Hati ini milik Allah, Allah yang mencipta manusia maka Allah Maha Mengetahui apakah yang terlintas di dalam sanubari hamba-Nya.

Mungkin hati kecil saya tidak pernah terlintas mengenai perkara sebegitu.

Mungkin hati kecil saya mempersoalkan, kenapa harta yang kita kumpul, kita tidak serahkan kepada orang yang lebih dekat dengan kita. *mungkin kepada anak-anak, cucu, mak ayah, saudara mara, adik beradik dan sebagainya.

Namun,

Hati yang yakin dan percaya bahawa di dalam rezekinya terdapat rezeki dan bahagian orang lain pasti akan tenang dan bahagia.

Saya berjumpa dengan seorang insan mulia yang ingin menubuhkan sebuah yayasan. Yayasan bantuan kepada mereka yang memerlukan.

Beliau memperuntukkan semua dan segala hartanya kepada yayasan itu.

Harta dan rezeki yang diperoleh bukan diberi kepada anak-anak atau cucunya, tetapi diwakafkan kepada yayasan yang dibinanya.

Beliau berkata, “anak-anak boleh mencari harta sendiri. Yang ini bahagian orang lain.

Allahuakbar, hebatkan dia ni.

Segala wang, tanah kebun, tanah semua dijual dan wang yang diperoleh akan dimasukkan ke dalam yayasan itu.

Saya amat-amat-amat terkejut dan berbangga dengan pilihan yang dibuat.

Bahagianya dia, membahagikan rezekinya kepada orang lain.

Mari semua, kita jadikan dia idola kita.

Tatkala kita mendapat rezeki lebih, jangan lupa memberi walaupun sedikit kepada mereka yang memerlukan.

Mungkin Allah datangkan kita untuk memberikan sesuatu kepada orang lain. J

Ok, sekian sahaja.

Jaga diri, jaga iman, jaga peribadi.


Notakaki : Membahagiakan orang lain akan membuatkan hidup kita lebih bahagia.   :)



Saturday, January 26, 2013

Kata 52

Assalamualaikum semua.


Hujung minggu ke-4 di Ipoh.

Sekali lagi lawatan ke Dahikmah. Minggu ini, awal kami turun meredah lebuhraya untuk ke Gopeng, Perak demi jiwa-jiwa muda yang dahagakan ilmu.

Minggu ini matlamat kami satu, iaitu mahu memulakan kelas setelah 3 minggu kami membantu mama membalut buku anak-anak Dahikmah.

Pelbagai coretan, idea dan keinginan yang ingin saya laksanakan tatkala tiba di Dahikmah. Namun sehebat mana perancangan kita, hebat lagi perancangan ALLAH SWT.

26 Januari 2013 ; Kelas pertama di Dahikmah bermula dan berjalan seperti biasa. Dengan bantuan 6 orang sukarelawan kerja yang nampak mudah ini sebenarnya amat sukar untuk dilaksanakan. Mungkin saya silap membuat percaturan. Membuat jadual dan membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. namun, kami diberi amanah untuk membantu anak-anak yang masih tidak lancar untuk membaca dan menulis.

Saya sendiri telah memilih seorang insan yang sudah berusia 13tahun namun masih tidak lancar membaca dan  kadang-kadang masih tertukar huruf ABC. SubhanAllah, Allah Maha Berkuasa, meskipun dia sedar akan kelemahan dirinya namun dia mempunyai jiwa dan semangat yang kuat untuk belajar dan terus belajar.

Jika disusuli sejarah hidupnya di Dahikmah, dia adalah salah seorang daripada anak-anak yang TERamat nakal, namun sejak memasuki sekolah menengah sikap dan tindakannya sungguh berbeza. Kunjungan saya yang pertama bagi tahun 2013 menampakkan dia duduk bersama anak-anak Dahikmah yang masih muda usianya. 

Pernah saya bertanya, bagaimana pelajaran di sekolah? Jawabnya, belajar la Kak Mimi, tak faham tanya cikgu. 

Saya bertanya lagi kawan-kawan ok? Dia menjawab, kawan-kawan saya semua pakat buli dan ejek saya. Dia ejek saya pendek, kecik, tak pandai membaca.

Jawapan yang diberikan membuatkan saya terus tertarik untuk bertanya.

Terus apa yang awak buat bila kawan-kawan awak buli awak? dan dijawabnya, senyap je la Kak Mimi. saya malas dah la nak gaduh-gaduh. buat sakit hati jea.. saya nak belajar.

Saya pandang wajahnya tidak berkelip. Jawapan akhirnya membuatkan saya tersentak. Saat itu saya seolah-olah ingin memberitahu kepada satu dunia yang mengenalinya bahawa dia sudah BERUBAH SEPENUHNYA. alhamdulillah.

Itu monolog kunjungan pertama, kedua dan ketiga. Hari ini, kunjungan saya yang keempat menyaksikan dia begitu rajin membantu ustaz membersihkan kawasan kantin. Penyapu tidak lekang dari tangannya. Lantas tiba waktu kelas, saya meminta dia mandi dan bersiap untuk ke kelas.

10 minit menanti akhirnya dia tiba. Saya mulakan dengan ABC. lancar dan tertib. bila di tunjuk satu-satu huruf ABC tanpa urutan, dia menjadi resah gelisah. bingung mahu menjawab. lihat, itulah masalahnya. terlalu menekankan ABC mengikut lagu sehingga lupa jika bukan ikut urutannya.

Minit seterusnya saya teruskan dengan bacaan perkataan mudah dan dua suku kata. meskipun gagap dan kurang lancar namun saya lihat kesungguhan dia untuk terus membaca semakin tinggi. selesai membaca berulang kali 2 muka surat kami berhenti dan memberi laluan kepada solat zohor. kemudian dia dilawat oleh keluarganya.

Begitulah kisah seorang insan yang ingin sekali menuntut ilmu. Meskipun dia kerap kali dibuli dan diejek, namun semangatnya kental. Allahu Allah, semoga anak ini diberi kecerdasan akal dan fikiran serta diterangkan hatinya dengan cahaya nurMu. Amin.

Itu kisah anak kecil yang sedang menginjak dewasa. Jiwa dan semangat muda yang terus ingin mencuba dan berjaya walaupun dihina. Tetapi bagaimana dengan kita?

Mampukah kita menyaingi anak kecil ini dalam melalui arus kehidupan?

Akan tiba suatu saat nanti, kita akan jatuh dengan kelemahan diri sendiri. Namun, adakah kita memilih untuk terus jatuh ataupun kita memilih untuk bangkit melawan kata-kata kejian?

Percayalah, sesuatu yang sakit dan pahit pada awalnya jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan ikhlas pasti akan menemui kejayaan dan kemanisan.

Akhir kalam, apa yang berlaku dalam setiap saat dan minit hidup kita adalah ujian, pelajaran dan jawapan daripada ALLAH SWT. Jadikan kisah orang sekeliling sebagai panduan tambahan kepada kehidupan kita. Doakan semoga Allah memberi apa yang terbaik untuk diri kita dan orang lain.

Foto 26 Januari 2013 ;

Jiwa-jiwa yang ingin mencuba.









*Ya Allah, sesungguhNya Engkaulah yang memegang hati-hati kami. Lembutkanlah lisan dan hati kami Ya Allah. Kurniakanlah kami hidayah dan petunjukMu. Berikanlah kami kebahagian di dunia dan di akhirat serta berikanlah kami semua kejayaan di dunia dan di akhirat. Amin.*

notakaki : Mohon turut mendoakan adik-adik kesayangan saya di Dahikmah berjaya dalam semua perkara dan semoga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan untuk terus membantu mereka. Amin. Terima kasih. Moga anda semua diberkati ALLAH SWT. :)


Thursday, January 12, 2012

Kata 17






Assalamualaikum WBT...



Bissmillahhirahmanirahim..


"Ya Allah, aku memohon petunjuk daripadaMu dengan ilmuMu dan aku memohon ketentuan daripadaMu dengan kekuasaanMu dan aku memohon daripadaMu akan limpah kurniaanMu yang besar. Sesungguhnya Engkau Maha Berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa dan Engkau Maha Mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan Engkaulah Yang Maha Mengetahu segala perkara yang ghaib. Ya Allah, seandainya Engkau mengetahui bahawasanya urusan ini (sebutkan..) adalah baik bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, takdirkanlah ia bagiku dan permudahkanlah serta berkatlah bagiku padanya dan seandainya Engkau mengetahui bahawa urusan ini (sebutkan..) mendatangkan keburukan bagiku pada agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku sama ada cepat atau lambat, maka jauhkanlah aku daripadanya dan takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun kemudian redhailah aku dengannya."


Amin Ya Rabbal Alamin..


notakaki :: berserah sepenuhnya kepada Allah SWT.. DIA Yang Maha Mengetahui..

Monday, January 9, 2012

Kata 16









Assalamualaikum WBT..



Betapa sukarnya menyusun bicara


Meluahkan rasa menuturkan kata



notakaki :: Lafaz yang tersimpan.. =(

Saturday, December 31, 2011

Kata 11






Assalamualaikum WBT..




Hari terakhir untuk tahun 2011..



Hari-hari yang dilalui sebagai :-



Hamba Allah :

#Syukur Alhamdulillah meskipun diuji dengan kesihatan namun nikmat sihat untuk menjalankan ibadat masih diberikan Allah. Syukur Alhamdulillah..

#Ya Allah, kadang-kadang lupa diri. Bila hati terusik dengan ujian, manusia yang mulanya dicari lantas melupakan Mu Ya Allah. Alhamdulillah mujur diingatkan oleh seorang sahabat ‘bila berada dalam masalah mulanya, solatlah untuk minta petunjuk dan berdoa Ya Allah andai kebaikan untukku maka permudahkan lah dan tenangkanlah hatiku.’ InsyaAllah akan dipegang kata-kata ini.

#Ya kadang-kadang lupa diri. Bila sibuk dan leka dengan urusan dunia kadang-kadang perkara yang patut dikejar buat sekadar keperluan. Bila datang kesusahan baru cari Allah. Ya Allah, kejamnya hambamu ini..

#Nikmat yang dikurniakan kadang kala disalahgunakan. Nikmat masa, kadang-kadang terbuang begitu sahaja, nikmat kesihatan, nikmat ketenangan.. Aku Hamba yang lemah lagi hina.

#Iman kadang kala turun naik.

#Semoga akan terus istiqamah!



Anak kepada 2 orang insan mulia, adik kepada 2 orang kakak dan kakak kepada 2 orang adik :

#Syukur Alhamdulillah dikurniakan keluarga ini. Mereka baik, memahami dan menyayangi. Sayang mereka kerana Allah SWT..

#Bila berada di tempat belajar, terlalu fokus pada pelajaran sehingga terlupa menghubungi mereka, padahal doa mereka yang mengiringi kejayaan saya.

#Baba sering mengalirkan semangat, mama sering memberi kekuatan, kakak-kakak sering memberi tunjuk ajar, adik-adik sering menjadikan contoh. Semoga mereka semua diberkati Allah swt.

#Kata-kata semangat sering diperoleh dari mereka tatkala hati diusik dengan ujian. Mereka hebat.

#Seringkali terkasar bahasa dengan adik beradik. Menegur mereka mungkin dengan cara yang tidak disenangi, namun ketahuilah semua itu kerana sayang.

#Alhamdulillah diberi ruang dan peluang untuk menjaga nenek yang tersayang. Nenek yang pernah menjaga dan mendidik saya suatu ketika dahulu. Banyak perkara yang dipelajar. Teringat kata-kata doktor, bukan mudah untuk mendapat pahala jaga orang sakit. Ya Allah sembuhkanlah nenek ku. Aminn..



Pelajar, sahabat dan kawan :

#Syukur berjaya mengharungi tahun pertama ijazah. Banyak peristiwa pahit-manis-kelat-masam dan semuanya.

#Syukur Alhamdulillah dipertemu dengan rakan-rakan yang memahami. Membantu tatkala susah, memberi jawapan tatkala buntu.

#Syukur dapat menimba ilmu Allah SWT..

#Duduk di rumah sewa. Belajar duduk serumah. Menahan pelbagai rasa, belajar lebih bertanggungjawab, bersabar dan Alhamdulillah teman serumah semuanya baik-baik belaka..

#Maaf sahabat andai ada yang berkecil hati dengan perangai saya.

#Syukur Alhamdulillah diberi keputusan yang mengembirakan. Alhamdulillah mampu untuk menjadi contoh kepada adik-adik dan membuatkan baba dan mama bangga.

#InsyaAllah akan terus kekalkan prestasi dan akan cuba berhenti buat kerja di akhir waktu, InsyaAllah!

#InsyaAllah akan lebih rajin berjumpa pensyarah dan lebih rajin buat kerja.. dulu2 suka buat satu draf kerja kursus je, buat sampai puas hati, hantar kat pensyarah dia cakap ok baiki sikit dan hantar.. adoiii, kawan2 yang lain berdraf2 kerja kursus dihantar.. mereka hebat!



Saudara se islam :

#Kadang kala lupa untuk saling memperingati..

#Kadang kala lupa untuk sebarkan senyuman dan salam..

#Kadang kala lupa untuk mendoakan..

#Kadang kala leka dijalan sendiri..

#Untuk kalian yang sering mendoakan semoga anda diberkati ALLAH SWT. InsyaAllah kalian berada dalam doa ku.



Banyak benda yang berlaku dalam tempoh setahun. Kadang kala bila berada dalam masalah, kita sering merungut dan mengeluh tentang cara untuk selesaikannya dan tanpa kita sedar sebenarnya sudah melalui masalah itu dan menyelesaikannya. Allah itu Maha Berkuasa, Dia berikan kita jawapan dan kekuatan untuk selesaikan semuanya. Meskipun bukan secara langsung namun kadang kala Dia hantar seseorang sebagai pembantu penyelesaian masalah kita. Semuanya dari ALLAH SWT..


Bila mendapat nikmat, kadang kala hati mula terleka. Bila ditarik balik lantas menangisi mohon diberi semula. Oleh itu, tatkala apa sahaja nikmat yang diperoleh gunalah sebaik mungkin dan yang paling utama ucaplah Alhamdulillah, Syukur kepada Allah.


Semoga hari terakhir di tahun ini bakal menjadi hari terakhir untuk sikap dan sifat yang kurang sempurna. Semua manusia tidak akan mencapai tahap kesempurnaan kerana kesempurnaan hanya milik Allah SWT, namun kita boleh berubah untuk menjadi yang lebih baik dari sebelum ini. InsyaALLAH.


Harapan untuk hati dan diri yang lemah ini adalah semoga dapat mengubah kepada yang lebih baik dan lebih istiqamah dalam segala hal. InsyaAllah. Doakan untuk saya ye.. (^___^)


Notakaki :: Titik tolak melalukan perubahan adalah kenali kelemahan, keaiban dan kekurangan diri kita.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...