Showing posts with label TIPS. Show all posts
Showing posts with label TIPS. Show all posts

Friday, June 10, 2011

Jaga Diri, Jaga Iman ;)

Assalamualaikum WBT


Jaga diri, jaga iman.


Kata-kata di atas nie pernah singgah di ruangan telefon bimbit saya. Peringatan dari seorang senior saya dan dari kakak usrah saya. Kalau dulu, saya sering abaikan kata-kata itu, tapi sekarang saya selalu pesan pada diri. Ye, jaga diri dan jaga iman!


*terima kasih atas peringatan*


Diri perlu di jaga sebaik mungkin supaya kita tak terjebak dengan anasir-anasir yang kurang elok. Tapi kadang-kadang memang kita da jaga diri kita sebaik mungkin dan mendapat didikan yang sebaiknya tapi ada jugak yang tercicir. Haa, tu pentingnya gabungan jaga diri dan jaga iman tu!


Tengok bila iman terjaga, InsyaALLAH semuanya terjaga. Jaga iman, jangan terlalu leka dengan apa sahaja yang melalaikan. Bila tiba cuti sekolah, hati sering kali lalai dari buat sesuatu yang baik. Kadang-kadang Al-Quran jarang dibaca, selawat dan zikir dibiar begitu sahaja. Bila hati mula lalai dari buat semua tu, nak mula buat semua tu balik pasti susah kan. Tu orang cakap jangan tinggalkan, nanti nak mula balik susah. . *peringatan untuk diri sendiri*


Adik saya pernah mengeluh, ‘haissh macam mane nak hafal surah Yassin nie, nanti ada ujian’. Saya spontan jawab, ‘bace selalu, InsyaALLAH lama-lama nanti ingat la’. Bila saya jawab soalan adik saya tue, saya teringat akan diri saya yang kadang-kadang turun naik nie. Kadang-kadang saya hanya pandai cakap kat orang, tapi saya sendiri susah nak buat. Teringat bila tiba musim peperiksaan, mula la kalut nak buat solat hajat, menghafal bagai nak rak dan sebagainya. Sebenarnya benda tue patut buat dari awal lagi kan. Mama saya selalu pesan, jangan tunggu hari tu tiba baru nak buat, mula dari awal baru hati tenang. Sama dengan kata-kata “Buat persiapan ketika gelombang kecil, jangan tunggu hingga gelombang besar tiba”..(^____^*)


Saya selalu tanya senior-senior saya, apa rahsia mereka cemerlang? Kadang-kadang study sikit je, tapi result power. Jawapan dia jaga hubungan dengan ALLAH dan jaga iman kita. Kita sering lupakan ALLAH bila tiba musim peperiksaan, kononnya nak study sampai lupe untuk jemaah sekali, Al-Quran dipandang sepi, zikir diganti dengan bibir yang terkumat-kamit menghafal. *bukan pada orang lain, saya sendiri pernah laluinya*. Padahal itulah ganjaran buat kita bila kita tak lupakan ALLAH. Bila kita selalu ingat kat ALLAH, ALLAH pasti akan ingat kat kita jugak. Bila kita buntu dalam buat sesuatu, pasti ALLAH hantarkan jawapannya.


Kadang-kadang saya lihat, mereka yang diuji dengan dugaan yang cukup hebat mampu menerima semua itu seadanya. Macam mane mereka kuat ye, sedangkan saya yang terkena demam sikit pun da meraung bagai nak rak. Kata orang, iman mereka kuat. mereka mampu bersabar dan redha menghadapi setiap ujian itu, sebab mereka tahu adanya hikmah disebalik semua itu. Tengok bila kita jaga iman kita, ALLAH pasti akan lapangkan hati kita untuk terima sesuatu dan hati kita pasti akan redha di atas sesuatu yang menimpa.*yakin dengan kekuasaan ALLAH, pasti kita akan tenang dan redha atas sesuatu*.


Cerita lalu menerjah masuk ke dalam kotak fikiran buat seketika, kejadian ini berlaku ketika ayah saya hendak menghantar saya dan mama ke stesen bas. Kereta pada mulanya membuat onar, maklumlah kereta lama. Namun dengan penuh tawakkal ayah saya membawa kereta kesayangannya dengan dimulai doa menaiki kenderaan. Saya lihat dia begitu menyerahkan segalanya kepada ALLAH. Dalam doanya, dia bermohon agar kami semua selamat dari perkara yang tidak elok. Doa saya dalam hati agar kami selamat sampai tanpa sebarang masalah. Namun benar kata orang hidup ini adalah ujian, tanpa disangka-sangka kereta ayah saya rosak ditengah jalan yang sedang sesak. Mencari-cari puncanya tentulah akibat kekurangan air dalam tangki. Kebiasaannya saya atau mama saya akan membawa bekal air ke mana sahaja, namun nak dijadikan cerita, tiada satu botol air pun yang berada dalam kereta. Semua jadi kalut! Namun kuasa Tuhan siapa tahu, di dalam kesesakan yang teramat, datanglah seorang india membantu ayah saya. Di isi sebotol penuh air, kereta masih seperti tadi. Sekali lagi kami menjadi cemas dan sekali lagi saya belajar sesuatu, yakin dengan kuasa ALLAH. Bila kita berserah padaNya maka pasti ada jalanNya. Tidak lama selepas itu, datang seorang polis trafik membantu kami dan Alhamdulillah kereta berjaya dihidupkan dan kami sampai ke stesen bas tepat pada masanya.


Tengok, dari sini saya dapat lihat betapa kuasanya ALLAH SWT itu. Bila mana kita berdoa kepadaNya pasti doa itu akan diperkenankan. Bila kita ingat padaNya, DIA pasti akan ingat pada kita. Pengajarannya berdoalah sebelum melakukan sesuatu, InsyaAllah akan selamat semuanya.


Terlalu banyak kesannya bila kita menjaga semuanya. Kesan yang dapat kita rasainya sendiri. Hati akan menjadi tenang, tiada keluh kesah, disukai ramai dan bahagia selalu. Apa yang penting, jaga lah iman selalu. Jika tidak, hilang begitu saje..*peringatan untuk diri sendiri*


Notakaki :: Hidup adalah pengajaran. Kadang-kadang mungkin pengajaran itu bukan datang terus kepada kita. Mungkin pengajaran itu datang kepada kisah hidup orang lain untuk kita belajar dan ambil iktibarnya. Jaga diri, jaga iman..(^__^*)

Friday, May 6, 2011

Berbaloinya Bersabar =)


*gambar sekadar hiasan*
kredit kepada bando



Sumber : Solusi (05/2011)
Pengarang : Pahrol Muhamad Juoi


Sabar Itu Indah (^___^)



Assalamualaikum WBT..


Jika langit hendak runtuh
Bagaimana jari hendak menahannya
Kita hamba yang dibatasi takdir
Di situlah noktah segala tadbir.


Hitungkan laut kesyukuran
Di pinggir pantai kesabaran
Carilah hikmah tuailah iktibar
Sabarlah dalam bersabar.


Betapa pun terasa pahit
Janganlah hendaknya tercalar tauhid
Sesungguhnya sabar itu indah
Didikan terus daripada Allah.


Ujian itu penebus dosa...
Meningkatkan darjat
Menambahkan pahala
Bingkisan tazkirah daripada yang Esa
Bagai ombak...
penghias samudera!

notakaki :: "Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar." (Surah al-Baqarah 2 : 153)

Saturday, April 30, 2011

Senyuman Perawat =)


* gambar sekadar hiasan *

Assalamualaikum WBT….


Selamat berada dalam mood bercuti semua..


Apa khabar semua, harap semuanya sihat sejahtera..


Alhamdulillah hari nie merupakan hari kedua saya berada di rumah. Alhamdulillah bahagia sangat bila bersama keluarga tercinta. Semuanya terasa lengkap je..(^___^)

Berada di rumah, rutin seperti biasa. Bagun pagi tolong mama kat dapur, kemas rumah, tengok tv, makan, tido, berbual & macam-macam la. Hobi kegilaan saya iaitu menghabiskan masa dengan membaca tetap tak kan dilupakan. Kata orang baca buku 'ubat tido'.. ermm, boleh la. Tapi asalkan isinya masuk dalam kepala kita!!

Haa, nie nak kongsi sesuatu dengan anda semua. Sesuatu yang saya dapat melalui buku “Mohonlah Hanya Pada-Nya” hasil karya Iskandar Dzul Karnian H.M & Mohd Dzul Fadhli. Credit kepada mereka atas penghasilan buku yang menarik. Secara ringkasnya buku nie mencoretkan tentang ujian sakit. Bila masa sakit itu tiba pada siapa layak mengadu & memohon. Mengapa ujian itu datang, beberapa kajian mengenai penyakit-penyakit & sebagainya lah. Secara tuntasnya buku nie mengenai ‘motivasi untuk mereka yang berada dalam kesakitan’. Bagi saya buku nie patut dibaca oleh semua, sebab tersangat menarik & banyak memberi motivasi..(^__^)

Dalam banyak-banyak tajuk yang ditulis saya tertarik pada suatu tajuk iaitu “Senyuman Perawat”.

Melalui sekuntum senyuman boleh merawat segala-galanya. Betul, x caye. Cuba bila anda berada dalam situasi yang teramat sakit atau tertekan, pastu ukirlah senyuman paling manis! Nescaya anda kembali pulih dan orang sekeliling akan turut terkesan dengan senyuman anda.

Pastu kalau korang berada dalam sitausi yang tegang. Ada orang tengah mengamuk x tentu pasal, pastu cube ukirkan senyuman, mesti orang yang tengah marah tu jadi sejuk sikit. Yela api x boleh balas dengan api, nanti makin teruk! So senyumlah. Senyum memberi motivasi & buat orang sekeliling kita jadi selesa.

Haaa, lau korang tengah rindu kat seseorang, pastu Nampak dia senyum kat korang! Perghhhh terawat rindu dalam hati… haha.. nie mesti betul. Nak2 terjumpa kat tengah jalan lak. Sekali dia senyum, mesti boleh pengsan… haha.. kan senyuman seseorang pernah menjadi penawar rindu kepada kita..(^___^).

Senyuman merupakan ubat kepada penyakit berbahaya! Percaya lah, kalau ditimpa penyakit kronik, apa yang perlu kita lakukan ialah senyum. Nak tahu kenapa?? Sebabnya bila kita senyum, kita positif terima ujian penyakit tu, bila kita positif, sel-sel penyakit tu akan terhalang untuk menjangkiti kita. Yela cuba kita bandingkan bila kita sedih, kita jadi tertekan, kita akan menyalahkan semua di sekeliling kita mengenai sakit tu. Betul kan?? Berbeza bila kita berada dalam sitausi positif, kita akan lebih sabar hadapi ujian tu, kita boleh berfikir dengan tenang & apa yang penting kita akan lebih DEKAT dengan ALLAH SWT.. Mohonlah hanya pada-Nya. Sesungguhnya DIA yang timpakan sakit itu dan DIA lah yang menyembuhkan..(^__^)

Teringat pada pesan baba, senyuman & selalu positif adalah salah suatu cara penyembuh penyakit..

Kata seorang doktor pula, ubat untuk merawat penyakit pembunuh no 2 iaitu Kanser adalah melalui senyuman, ketabahan, kesabaran & positif..(^__^)

Ingatlah.. senyuman adalah antara penawar mujarab yang sedia ada dalam diri kita. Xyah bayar beribu-ribu pun untuk senyum. Kita pun akan berasa tenang bila tengok orang lain menguntum senyuman. Sama jugak dengan orang lain, dia mesti tenang tengok kita bila kita menguntumkan senyuman..

Haaa, jangan lupe, senyum itu sedekah ..(^______^)

Senyum, senyumlah selalu kerana ia adalah penawar kepada orang lain dan diri kita sendiri.

Notakaki :: Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah ia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya ALLAH sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu.. – Surah al-Nisa : 86 -

Tuesday, April 26, 2011

Balas @ Balasan =)

Assalamualaikum WBT…

Kenapa bila kita buat baik orang marah??

Kenapa bila kita buat jahat pun orang nak marah??

Sebab dia dengki dengan kita ke??

Sebab dia x suka cara kita ke??

Kalau orang buat baik dengan kita, kita mesti la balas dengan perbuatan baik. Kalau dia buat jahat kat kita sekalipun x yah la nak balas dendam balik!! Sabo la wei, ingat apa yang orang buat kat kita mesti Tuhan akan balas balik. Kalau orang yang buat jahat dengan kita, x dapat balasan kat dunia skalipun kita kena ingat kita ada 1 alam lagi iaitu alam AKHIRAT.. haa, time tu x leh lari da. Semua amalan kita akan terbalas.

Ok fine, memang la susah nak maafkan orang yang buat jahat kat kita.! Betul, saya setuju. Tapi mari sama-sama kita positif & muhasabah diri balik. Kita diciptakan dengan kekurangan! Xada manusia yang sempurna, so kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Oleh itu bila hidup bermasyarakat kita kena la saling terima satu sama lain. Ko terima kelebihan dan kekurangkan aku, aku terima kelebihan dan kekurangan ko.. haa, boleh kan? (^___^)

Allah juga ada menjelaskan bahawa buat baik dibalas baik dan buat jahat dibalas jahat dalam firman Nya Surah Al-Zalzalah ayat 7-8:

Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!
Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!

Bagi saya, kalau ada orang buat jahat kat kita, kita fikir positif la. Mungkin sebelum nie kita pernah buat jahat kat orang ke tanpa kita sedar! Benda nie kadang-kadang ada kaitan dengan hidup kita jugak.

Bila kita buat baik dengan orang pulak, InsyaAllah orang akan buat baik dengan kita! Betul la kan, kita pun mesti tak sampai hati nak buat jahat dengan orang yang baik dengan kita..

Lagi satu, kalau kita tak suka kawan kita tu TERLALU BAIK sangat, bagitau la elok2.. TOLONGLA JANGAN HALANG PERKEMBANGAN diaorang! Tertekan weeiii, dia ada hak untuk buat ape sahaja! Kalau benda tu perlu ditegur, tegurlah secara berhemah. Jangan main hentam je. Nanti korang kena hentam balik baru tahu.

Mama selalu pesan “kalau kita tak nak orang buat sesuatu yang kita x suka, kita pun jangan buat benda tu kat orang lain. Sebab apa yang kita buat tak kira baik atau jahat akan dibalas jugak”.

Umpamanya, kalau kita tak mahu hati kita disakitkan oleh orang lain, kita janganla sakitkan hati orang lain! Lepas tu kalau kita tak nak orang susahkan kerja kita, kita pun janganlah susahkan kerja orang!

Pointnye senang je, ‘kadang-kadang apa yang kena kat batang hidung kita sendiri tu adalah datangnya dari SIKAP KITA jugak yang pernah buat kat orang’. Lau x caya cuba sama-sama kita muhasabah diri kita & InsyaAllah kita akan temui jawapannya.

Peringatan ini untuk diri saya jugak. (^___^)

Sekian, terima kasih.

Note-note menarik boleh dapatkan di sini (tekan sini)


kalau kita buat baik kat orang, orang mesti buat baik dengan kita..
*gambar sekadar hiasan*

Notakaki :: what goes around, comes around.

Marilah sama-sama kita berlaku baik sesama kita walaupun kita dianiayai,walaupun kita ditipu,walaupun kita dipermainkan kerana apa yang penting ialah balasan akhirat,bukan balasan dunia.

Friday, April 15, 2011

Tenang =)

Assalamualaikum WBT…

Salam malam minggu buat semua..

Sebelum tue, harap semua sahabat2 berada dalam keadaan yang sihat, esok kan hari minggu & rata-ratanya tugasan da anta kan, so boleh relax ar sikit..hehe

Tapi bagi mereka, mereka & mereka yang bakal amek ujian UAK tu, bersedia ye..!!

Study awal & semoga semuanya berjaya..(^___^)

Alhamdulillah berada dalam fasa yang sungguh tenang..

Nak berada dalam fasa yang sama, join ikuti tips nie.. :-

  • Kawan saya cakap, lau ada masalah bukak Al-Quran & baca. Lepas baca Al-Quran baca tafsir maksud ayat tu dan kalian akan jumpa ayat yang berkaitan masalah kalian. Cube la, saya da cuba & memang terbukti ianya BENAR..
  • Jadikan zikir-zikir & bacaan Al-Mathurat sebagai amalan harian. Kalau boleh jangan tinggal la.. mesti korang akan rase ketenangan tue.. Kalau sebelum nie agak susah nak amalkan, try dulu slow2.. baca skali sehari dulu, pastu lama2 jadikan amalan dan akhirnya korang tak kan tinggalkan bacaan nie.. ketenangan & kegembiraan akan dapat korang rase. Seorang kawan share sesuatu dengan saya, katanya amalan membaca Al-Mathurat akan menghilangkan sakit kanser..(^___^)
  • Solat.. solat nie terapi kepada hati yang tenang tau. Bila kita solat, kita sedang berkomunikasi dengan ALLAH SWT. Kalau kita ada masalah, solatkan dan berdoa kepada ALLAH, InsyaALLAH semuanya akan kembali tenang.
  • Berfikiran positif.. jangan terlalu negatif terhadap sesuatu. Kalau kita dalam situasi tertentu, fikir yang positif dulu & selalu sematkan dalam diri kita bahawa setiap yang berlaku ada hikmahnya, rezeki ada di mana-mana, aku pun mampu buat sama macam dia buat, aku x mahu mengalah & ape2 je la. Tapi pastikan kita sematkan kata-kata POSITIF ye..(^___^)
  • Sentiasa senyum! Ha nie penting.. senyum selalu, jangan asyik muncung je. Dengan senyuman, hormon dalam badan kita akan jadi relax dan tak tegang. So bila kita senyum, kita akan nampak ceria. Orang pun jadi suka tengok kat kita..! senyum plzzzz…(^____^*)
  • Jangan bebankan fikiran kita. Untuk tenang, JANGAN kita masukkan semua masalah dalam kepala kita! Pilih la dulu, tengok apa masalahnya. Kalau perlu diselesaikan, maka selesaikannya! Kalau boleh tangguh maka tangguh dulu. Tahu tak, kalau kita sumbat semua masalah dalam kepala kita, sehingga kita tertekan, bila datang sesuatu perkara yang lain kita akan anggap perkara tu sebagai masalah! Bila da banyak masalah, hati mane nak tenang..!! so fikir-fikirkan lah..:)

Haaa, untuk seterusnya x sampai lagi.. hehe.. nanti kalau ada lagi saya tambah lagi.. Haa, lau nak tenang, ikut la TIPS kat atas nie. InsyaALLAH menjadi.. nie pun saje nak kongsi-kongsi je & ingatan untuk diri saya jugak..

Jumpa lagi, selamat berhujung minggu..(^__^*)



Notakaki :: ~ Tak usah membandingkan diri kita dengan orang lain, kerana Allah pasti memberikan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya, meski dia tidak menyedari..(^___^*) ~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...