Showing posts with label suka suka. Show all posts
Showing posts with label suka suka. Show all posts

Sunday, January 1, 2012

1.1.2012






Assalamualaikum WBT…



Selamat Tahun Baru Masihi semua!! Macam mane sambutan tahun baru ok tak, azam baru da mula belum..?? hah, belum start lagi, laa nape? Awal sangat ke, baik mulakan azam tahun baru tu nanti x sempat lak nak tunaikan.


Tahun baru, azam baru, hidup baru, lembaran baru dan semua baru la. Kadang-kadang apa yang saya lalui same sahaja dengan semalam! Semalam 31 Disember 2011, arini 1 Januari 2012, tidak ada perbezaan pun tapi entah la.. xtahu nak cakap apa da macam mana. Tapi mungkin ada juga perubahan yang perlu saya lakukan, xkan nak berada di tempat yang sama bukan. Minda kena semakin positif, sikap yang x betul tu kena betulkan balik, perangai yang x elok tu kena elokkan. Haa, tu yang akan saya lakukan. InsyaAllah.


Sekadar untuk renungan diri saya sendiri, kalau kita nak berubah tidak semestinya kita tunggu kedatangan tahun baru! Kalau kita rasa ada kekurangan pada sikap dan tingkah laku kita, terus lakukan perubahan tanpa menunggu waktu. Ingat waktu tak tunggu kita tapi kita yang perlu mengejar waktu..


Sedar tak sedar cuti pun da habis, InsyaAllah malam nie akan berangkat ke Kuala Lumpur dan meninggalkan keluarga tersayang.*mood sedih sudah datang*. Malas rasanya nak balik tapi apakan daya di situ la hala tujuku. Erm mungkin esok akan berubah segalanya, yela esok da tak ada mama nak kejutkan solat subuh, tak ada da mama nak sediakan makanan, tak ada da adik2 yang boleh hiburkan hati, tak ada da tv nak tengok cite2 kartun sebab esok semua kena buat sendiri da, esok bersama kawan2, kelas pun akan bermula, pelajaran baru, kisah hidup baru, cabaran baru, dugaan baru dan semuanya baru. Err, agak seram memikirkan semua itu namun harap-harap semuanya dapat dilalui dengan tenang. Amin..


Bila da masuk tahun 2012 ni, teringat balik kisah-kisah yang berlaku pada tahun 2011. Macam-macam yang berlaku ada yang manis, pahit, tawar, kelat, masam dan banyak lagi. Tapi dalam banyak-banyak kenangan tu, kenangan manis pasti susah untuk dilupakan dan kenangan pahit pun sama tapi apa yang penting ialah apa saja kenangan pahit tu jadikan iktibar dan guru untuk mencapai kenangan yang paling manis bagi tahun 2012 ni.. InsyaAllah.


Ok lah rasenya da banyak merapu di sini. Apa-apa pun Selamat Tahun Baru buat semua, ayuh buat anjakan paradigma yang baru supaya hidup akan sentiasa maju ke hadapan! InsyaAllah…


Notakecil :-

#Bangun pagi solat subuh, kemas bilik, kutip baju-baju yang nak basuh, siapkan nenek saya dan siapkan sarapan nenek dia, masuk dapur goreng kentang dan nugget untuk saya dan adik! Bila nak bukak periuk nak masak nasi untuk tengah hari terkejut tengok ada nasi lemak yang mama buat. Saya suka makan nasi lemak ye.. Syukur Alhamdulillah, impian tercapai, terima kasih mama sayang. Mungkin mama tak sempat nak bagitahu kot sebab awal-awal lagi mama kena ke sekolah, ada mesyuarat.. (^___^)


Notakaki :: semoga tahun baru nie akan membawa lebih banyak kecemerlangan dan kebahagian kepada kita semua. Terus mengorak langkah menuju ke hadapan..(^_______^*)


Friday, December 2, 2011

Cubaan Seterusnya (:





Assalamualaikum WBT..



Jom main masak-masak lagi..


Hari nie saya cuba buat ‘Apam Gula Hangus’. Memandangkan saya baru je jatuh cinta untuk bermain dengan tepung, jadi saya pilih resepi yang mudah-mudah je. Selalunya dalam keluarga saya, kakak dan adik perempuan saya yang suka buat kek, roti, & biskut. Saya lebih suka memasak dan buat puding. Tapi cuti lama nie, akan saya gunakan untuk mencuba resepi dari tepung.


Ok, jom tengok bahan-bahan untuk Apam Gula Hangus :-

1 cawan gula pasir
1 cawan air panas (*jadikan gula hangus)

2 biji telur
1/2 cawan minyak masak
2 sudu besar marjerin/butter
2 sudu susu pekat
1 sudu teh soda bikarbonat.
1 1/2 cawan tepung gandum.

Cara-cara

1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air. Kemudian sejukkan.
2. Masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter ke dalam blender dan kisarkan dalam anggaran 3 minit.
3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik…kukus dlm 15 minit.
7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya.


Mudah kan resepi dia.. Bagi mereka-mereka yang baru nak belajar boleh la cuba dengan resepi yang mudah-mudah dan kalau nak resepi yang best-best, cuba terjah blog nie (klik) . Selamat mencuba.. (^_^)


p/s :: Kak eja resepi seterusnya mimi nak cuba buat ‘Apam Pelangi’.. Apam tu comel sangat.. (^__^)


notakaki :: Saya teringin sangat nak buat cupcake dan bagi untuk hadiah. InsyaALLAH kalau tiada aral melintang kakak saya nak kahwin tahun depan, ada rezeki nak buat untuk dia. Sama-sama doakan ye.. (^___^*)


Thursday, December 1, 2011

Puding Telur =)






Assalamualaikum WBT..



‘entry’ ini ditujukan khas buat Kak Fawwiza yang nak resepi pudding telur.. Kalau anda yang lain nak jugak, silakan ambil..(^__^)


Resepi Puding Telur :-

6 keping roti gardenia ( apa2 roti pun boleh )
2 biji telur
1 1/4 cawan susu cair
1 sudu makan butter
3 sudu makan gula
sedikit kismis utk tabur
1/2 makan essen vanilla

Cara penyediaan..

1. Kacau sebati telur, esen vanilla, gula dan susu cair.
2. Roti di potong dadu termasuk kulitnya kemudian susun dalam acuan pembakar.
3. Kemudian tuang adunan susu tadi kedalam roti yang telah disusun.
4. Taburkan kismis dan butter kedalam adunan roti tadi…
5. Bakar dalam oven pada suhu 160 darjah selama 30 minit…

Haaa, cara lain pulak blend semua bahan-bahan kat atas termasuklah roti sekali kecuali butter dan kismis. Butter dan kismis tu tabur di atas bahan-bahan yang telah diblend, kemudian kukus di atas api yang sederhana panas.. Selamat mencuba ya.. (^__^*)


p/s :: Kak Fawwiza semoga cepat sembuh ye. Jangan malas makan ubat.. (^__^)


Notakaki :: sudah jatuh cinta untuk membuat kek & puding. Dulu-dulu tak berapa suka bermain dengan tepung. Manusia boleh berubah kan..(^__^)


Friday, November 11, 2011

.11.11.11.






Assalamualaikum WBT..



11.11.11


Hanya sekadar tarikh je..


Tiada apa yang bermakna, mungkin ramai orang impikan tarikh nie untuk melangsungkan perkahwinan mereka atau sesuatu majlis yang bermakna.


Bagi mereka yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, semoga jodoh anda berkekalan hingga ke akhir hayat. Amin..


Tapi hari ini, hari bertuah buat sepupu saya ‘Kakak Nurul’ atas kelahiran puterinya yang ke-3. Tahniah kakak, semoga anak yang dilahirkan menjadi anak yang solehah dan diberkati ALLAH SWT.. Tiga sudah anaknya dan tiga-tiga adalah perempuan. Yeah boleh masuk geng mama *mak saya*, anak perempuan berderat dulu baru boleh yang lelaki!

Tahniah kakak, Alhamdulillah makin bertambah keturunan ‘Che Do’.. (^__^*)


Notakaki :: Checklist : 17cucu, 3 cicit & 1 on the way. Menunggu kelahiran baby Kak zura & Abg wan pulak..

Wednesday, June 8, 2011

Wanita Tua & Tempe =)

Assalamualaikum..


Kisahnya berkisar tentang seorang wanita tua yang menjual tempe. Bagi mereka yang pernah mendengar kisah ini, hayatilah dengan jiwa yang benar, nescaya anda akan dapat melihat satu pencerahan yang terang. Bagi mereka yang tidak berkesempatan, marilah kita ambil kekuatan dari kisah ini untuk dijadikan pencetus rasa cinta ILAHI.


Kisahnya bermula di sebuah kampung yang terletak di kawasan pedalaman Pulau Jawa. Di kampung tersebut, menetap seorang wanita tua yang sangat kuat beribadat. Dia berniaga di pasar dengan menjual tempe yang dibuatnya sendiri dan hanya itulah sumber pendapatan untuk menyara kehidupannya. Pada suatu pagi seperti biasa, ketika sedang bersiap-siap untuk pergi menjual tempenya, tiba-tiba dia terkejut apabila mendapati tempenya yang diperbuat daripada kacang soya masih belum menjadi dan hanya separuh masak.


Kebiasaannya, tempe-tempe yang diadunkan itu akan masak pada jangka waktu yang biasa dan dia akan membawanya ke pasar untuk dijual. Pada fikirannya, ia mungkin hanya beberapa bungkus saja yang belum menjadi. Namun setelah diperiksa, dia menjadi bertambah runsing kerana mendapati kesemua bungkusan tempenya belum menjadi!


Wanita tua itu amat berdukacita kerana tempe tersebut tidak dapat dijual seperti biasa. Ia akan menyebabkan kerugian dan tiadalah sumber kewangan pada hari tersebut. Tetapi dia seorang yang kuat beribadat. Lantaran itu, dia yakin dengan kekuasaan-NYA. Apatah lagi, dia teringat firman ALLAH yang menyatakan bahawa DIA dapat melakukan perkara-perkara yang di luar jangkaan kita dan tiada bagi-NYA yang mustahil.


Tanpa berlengah lagi, wanita itu terus sahaja mengangkat kedua tangannya lalu berdoa, “Ya ALLAH..aku memohon kepada-Mu agar kacang soya ini menjadi tempe. Bantulah aku, Ya ALLAH. Amin”.


Walaupun doanya ringkas tetapi si wanita ini berdoa dengan sepenuh hati bahawa ALLAH pasti mengabulkan doanya. Selesai berdoa dengan penuh keyakinan, dengan tenang dia menekan bungkusan tempe itu dengan hujung jari dan membuka sedikit untuk menyaksikan keajaiban kacang soya itu menjadi tempe. Setelah melihat bungkusan tersebut, dia termenung seketika kerana kacang soya itu tetap seperti sebelumnya. Namun, sememangnya dia seorang yang amat berfikiran positif. Dia tidak berputus asa kerana menganggap doanya itu mungkin kurang jelas didengar oleh ALLAH.


Maka dengan penuh keyakinan, tangannya diangkat kembali untuk bermunajatkan doa kepada DIA Yang Maha Esa. Dia berdoa, “Ya ALLAH..aku tahu bahawa tiada yang mustahil bagi-Mu. Bantulah aku supaya hari ini aku dapat menjual tempe kerana inilah mutu pencarianku. Aku mohon agar jadikanlah kacang soya ini kepada tempe, Ya ALLAH. Amin.”


Kali ini dia yakin doanya akan lengkap dan dimakbulkan. Lantas dengan penuh harapan, sekali lagi dia membuka bungkusan tempenya. Namun, alangkah terkejutnya kerana apa yang didoakannya tadi masih belum lagi berhasil. Tempenya masih lagi separuh menjadi.


Kesedihan mula menguasai diri apatah lagi hari sudah semakin tinggi. Pasti sudah ramai orang menuju ke pasar tetapi dia masih lagi dibelenggu masalah. Seperti yang dikatakan tadi, wanita tua ini amat berfikiran positif. Justeru itu, dia tidak kecewa dengan apa yang dialaminya kerana begitu yakin dengan DIA Yang Maha Mengetahui. Lalu dia mengambil keputusan untuk terus pergi ke pasar dengan membawa tempe-tempenya yang separuh matang.


Dia tetap berserah kepada ALLAH dan berdoa agar doanya termakbul ketika sampai di pasar nanti. Dia yakin, keajaiban akan berlaku. Jangkaannya, apabila sampai di pasar, tempe-tempenya akan masak dan dapat dijual.


Sebelum memulakan perjalanan, dia bermohon kepada ALLAH dengan penuh keimanan, “Ya ALLAH..aku percaya ENGKAU akan mengabulkan doaku. Sementara aku berjalan menuju ke pasar, ENGKAU kurniakanlah keajabiban ini buatku. Jadikanlah tempe ini, Ya ALLAH. Amin.”


Setelah berdoa, dia pun melangkah keluar dari rumah dengan penuh keyakinan. Sepanjang perjalanannya, dia tidak putus-putus berdoa.


Sampai sahaja di pasar, tanpa berlengah dia meletakkan barang-barangnya. Dia benar-benar yakin bahawa tempenya sudah menjadi dan dia akan dapat rezeki daripada jualannya itu seperti selalu.


Penuh debaran, dia membuka bakul, lalu jarinya menekan setiap bungkusan tempe yang ada. Dengan tertib, dia membuka sedikit daun pembungkus tempe untuk melihat keajaiban yang berlaku. Air mukanya berubah dan dadanya berdebar kencang kerana tempenya masih lagi separuh jadi. Nafasnya ditarik sedalam mungkin untuk menghilangkan rasa panic menyelubungi diri. Hatinya mula kecewa walaupun mulutnya masih lagi berkata positif. Namun, hati menguasai segala.


Wanita tua ini mula merasakan ketidakadilan dalam hidupnya. Dia berasakan ALLAH tidak berlaku adil padanya dan tiada kasihan kepadanya yang tua itu. Jadi hari itu tiada jualan, maka tiadalah wang yang masuk, tiadalah rezeki dan hidupnya akan bertambah susah kerana selama ini hidupnya ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Wanita tua ini akhirnya mengambil keputusan untuk duduk tanpa mempamerkan tempenya lerana percaya tiada siapa yang akan membeli tempenya yang hanya separuh jadi.


Waktu berlalu dan hari semakin petang. Pasar yang tadinya riuh kini mula sunyi. Wanita tua ini mengambil kesempatan meninjau teman-temannya yang menjual tempe. Lebih mengecewakan, tempe-tempe mereka semua habis dijual.


Dia kembali duduk memandang bumi dan menjadi begitu lesu kerana tidak sanggup menghadapi kenyataan yang tempenya tidak laku. Tetapi berbekalkan iman yang masih lagi utuh, dia menaruh penuh keyakinan bahawa ALLAH pasti akan menolongnya walau dengan apa cara sekalipun.


Dengan penuh kejiwaan, dia berdoa lagi, “Ya ALLAH..berikanlah penyelesaian terbaik terhadap tempeku yang belum menjadi ini.”


Belum sempat doanya dihabiskan, dia dikejutkan dengan teguran seorang wanita. “Maaf ya, saya ingin bertanya sama ada mak cik ada tak menjual tempe yang belum menjadi? Dari tadi saya sudah pusing keliling pasar ini untuk mencarinya tetapi masih belum berjumpa lagi.”


Wanita tua itu seakan tidak percaya dengan apa yang didengarnya. Dia begitu terkejut kerana selama berjualan, belum pernah sekali pun didatangi orang yang mahu membeli tempe yang separuh jadi. Pelik, itulah getus hatinya.


Sebelum menjawab pertanyaan wanita yang berdiri di hadapannya itu, dia terus berdoa, “Ya ALLAH, saat ini aku tidak mahu tempe ini menjadi lagi. Biarlah tempe ini seperti asalnya, Ya ALLAH. Amin.”


Dengan penuh pengharapan, dia membuka sedikit daun pembungkus tempenya. Alhamdulillah hatinya gembira tidak terkata kerana tempe-tempenya masih belum menjadi. Dia terus berterima kasih dan melafazkan rasa syukur ke hadrat ILAHI atas makbulnya doa tadi.


Dia terus memberitahu pelanggan yang sedang menanti jawapan bahawa tempe yang dicari ada di hadapan mata. Alhamdulillah.. wanita itu pun memborong habis kesemua tempenya yang belum menjadi itu. Sebelum wanita itu pergi, dia sempat bertanya, “Kenapa hendak membeli tempe yang belum jadi?”


Wanita itu menerangkan bahawa anaknya yang kini berada di England teringin sangat hendak makan tempe. Jadi, terpaksalah membeli tempe yang belum menjadi kerana kalau dikirimkan tempe yang sudah menjadi, nanti sampai di sana, tempe ini sudah tidak elok lagi. Spontan, jauh di sudut hati wanita tua itu, terdetik rasa syukurnya kerana doanya telah pun dimakbulkan oleh DIA Yang Maha Pengasih.

Notakaki :: Begitulah kita, sering memikirkan penyelesaian yang kita lihat dengan akal hingga terlupa yang penyelesaian hanya boleh dilihat dengan gambaran besar. Sesungguhnya, kuasa Ya Rabb melangkaui keterbatasan akal, tidak mampu terjangkau oleh kita sebagai hamba-Nya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...