Sunday, September 9, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah =)





"Semakin banyak kita belajar, semakin insaflah kita betapa sedikitnya yang kita ketahui"




Assalamualaikum wbt


Hari ini dalam sejarah :-

  1. Darul da boleh cakap banyak! dia duduk di tepi saya dan berbual panjang dengan saya.
  2. Nasrul, salah seorang murid yang jarang berbual dan senyum kepada saya tetapi hari ini dia belanja saya 2 batang ais krim dan mintak saya datang lagi minggu depan.
  3. Hakimi menangis hampir 4 kali, tetapi dipertahankan oleh abang kesayangannya. duduk di tepi saya dan menikmati ais krim yang dibeli.
  4. Rahman murid tahun 6 yang lambat membaca tetapi berjaya membaca satu ayat panjang hari ni dan jawab soalan PMR.
  5. Iman menikmati ais krim yang dibelinya di atas pangkuan ku.
  6. Murid darjah 5 join kelas saya jugak.
  7. Beramah mesra dengan adik-adik sekolah menengah.
  8. Dapat komik yang dibuat khas oleh Fahmi. cantik-kreatif-menarik.
  9. Makin hari makin jatuh cinta-jatuh sayang.
  10. Bbq ramai-ramai. mengeratkan hubungan kami semua.


Inilah kuasa ALLAH SWT. menemukan saya dan mereka.
Inilah kuasa TFTN..
Inilah kuasa DAHIKMAH (yayasan anak yatim dan golongan miskin)
Inilah kuasa cinta dan sayang..

notakaki: Setiap orang yang saya jumpa, dalam beberapa perkara melebihi saya. Oleh kerana itu saya selalu belajar daripada orang lain. (Emerson)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...