Wednesday, July 17, 2013

Kata 67

Assalamualaikum..

Salam Ramadhan..



Cerita Praktikum Hari Ke-tiga. (17 Julai 2013)

Hari ini pertama kali saya masuk ke kelas 4 Inovatif.

Mengajar Pendidikan Jasmani.

Memandangkan sekarang ini bulan puasa, jadi tiada aktiviti PJ dipadang.

Konklusinya belajar di dalam kelas.

Tapi,

Biasa la, pertama kali masuk kelas ;

soalan wajib murid-murid akan tanya :-

1) umur cikgu berapa?

2) cikgu da kahwin?

3) bila cikgu nak kahwin?

4) cikgu datang sekolah naik ape?

ok.. baiklah. 

tekaan murid-murid terhadap umur cikgu shamimi yang comel lagi manis ini ialah 25 ke atas.

baiklah!

muka cikgu matang sangat yea... sob sob sob. sedihh!!

itu kot puncanya hari pertama melaporkan diri, guru PK 1 bagi saya mengajar kelas tahun 5 dan tahun 4.

muka tua sangat.. 


Baru bab 1.

murid-murid tahun 4 ni pulak semuanya kecik-kecik. macam budak darjah 2. 

tapi bila nampak cikgu praktikal menuju ke kelas diaorang, mula la bersorak dari jauh.

tak sempat cikgu tarik nafas, da bagitau ;

"cikgu hari terakhir cikgu kat sini nanti mesti kiteorang nangis."

cikgu baru tiga hari kat sekolah la sayang-sayang.. ohoiiii..

praktikal mesti banyak cerita lucu bakal saya tempuhi.

cabaran buat saya.. :)

moga terus tabah untuk menghadapinya.

semoga Allah permudahkan urusan saya dan rakan-rakan. Amin..



anak murid saya semua aktif macam nie!!
**gambar sekadar hiasan


xoxo
Cikgu Shamimi.
:)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...