Tuesday, June 29, 2010

..:: I'm Sorry ::..



Assalamualikum W.B.T..

Kepada semua pembaca blog nie, saya mintak maaf banyak2 ye sebab ada masalah teknikal sedikit sehingga menyebabkan anda semua tidak dapat menulis komen2 di post saya.. Di harap masalah nie dapat di atasi segera & mungkin lambat sikit kot sebab saya da start kelas.. So untuk sementara waktu, lau ada sebarang komen sila tinggalkan di kotak sebelah kanan ye TQ.. Maaf ye kawan2 yang di sayangi.. Hehe..^_^

..:: Sakit Itu Satu Nikmat ::..



Assalamualaikum W.B.T...

Ape kaba kawan2 semua, harap semua sihat ye.. Aku, masuk ari nie da 3 ari aku demam + selsema.. Agak lame da x selsema nie, semalam mase nak masuk tido rase berat je kepala pas2 bangun2 tido pagi tadi, kepala berat + hidung tersumbat + badan panas... Waaa, makin melarat ke..? Mintak2 x teruk sangat, aku x mau sakit lame2, nanti susahkan orang je..

Dalam aku mengharungi dunia demam aku nie, aku teringat kat kata-kata kawan aku, kata-kata ustaz aku mase kecik2 dulu, diaorang cakap 'sakit 2 nikmat tau & salah satu cara penghapus dosa'..

Firman ALLAH SWT

“Dan apa jua bencana, kesakitan yang menimpa kamu, maka ia adalah daripada tangan-tangan kamu sendiri(dari perbuatan salah dan dosa) dan (dalam pada masa yang sama dikenakan bencana dan sakit itu) Allah mengampunkan sebahagian besar dosa-dosa kamu” Surah Asy-Syura ayat 30.

Yela, siapa yang mau sakit..??? Pasti tidak ada yang nak tapi sebagai sebuah pembelajaran bagi diri, sakit diperlukan swaktu untuk mengasah kepekaan berada di sisi Tuhan. Yeke???. Yela memang begitu. Biasanya seseorang merasa dekat dengan Tuhan ketika berada dalam keadaan sakit. Pada sakit itulah Tuhan dekat dan selalu ingat Tuhan, kasih sayang Tuhan yang berlimpah, anugerah Tuhan yang Maha Luas, dsb. Jadi, ternyata sakit juga membawa nikmat, yaitu ‘dekat’ dengan Tuhan…..seoga cepat sembuh….Amin

Allah SWT berfirman:

“Demi Sesungguhnya , Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan brikanlah khabar gembira kepada mereka yang sabar” Surah Al-Baqarah ayat 155.

“Dan patutkah mereka tidak mahu memerhatikan, bahawa mereka diuji, pada setiap tahun, sekali atau dua kali(paling kurang), kemudian mereka tetap juga tidak bertaubat dan tidak juga mereka mahu mengingat?” Surah At-Tawbah ayat 126.

“Alangkah baiknya kalau mereka berdoa kepada Kami dengan merendah diri(taubat dan insaf) ketika mereka ditimpakan azab Kami?…” Surah Al-An’am ayat 43.

“Tidak ada satu kesusahan, yang menimpa di bumi dan juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia diadakan di dalam Kitab sebelum Kami menjadikannya. Sesungguhnya yang mengadakan demikian(kesakitan, cubaan, bencana) itu, adalah mudah bagi Allah. Supaya kamu tidak bersedih hati dengan apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu tidak bongkak dengan apa yang ada pada diri kamu, dan ingatlah bahawa Allah tidak suka pada setiap mereka yang takabbur lagi membanggakan diri” Surah Al-Hadid ayat 22-23.

Tiadalah sakit-sakit ini menimpa kita, tiadalah bencana itu ini menyentuh kita, melainkan ada hikmahnya. Allah ingin kita kembali mengingati-Nya, bergerak ke arah-Nya, muhasabah kembali kehidupan kita.

Sakit adalah petanda bahawa kita adalah manusia.

Ya, manusia yang lemah. Sebagai yang lemah, kita perlu beringat. Perlu sentiasa sedar akan kekerdilan kita. Didatangkan sakit, adalah untuk kita beringat betapa kita hakikatnya langsung tidak patut mendongak bongkak kepada Yang Maha Berkuasa – Allah SWT.

p/s ::

Jangan dicela sakit yang menimpa. Ambil penyakit itu sebagai peringatan. Sesungguhnya kita ini manusia yang lupa, dan sakit bencana yang menimpa itu untuk peringatan.

Dan tidaklah peringatan itu tiba dari yang bukan memerhatikan. Maka ketahuilah bila anda sakit, Allah hakikatnya sedang memberikan perhatian kepada anda. Bukankah itu satu kemuliaan?

Tetapi bagaimana kita melayan sakit kita? Bagaimana kita berhadapan dengannya?

Sakit itu nikmat, yang tidak boleh kita biarkan ia berlalu sia-sia.

Alhamdulillah, aku da semakin sembuh & doakan aku semakin sembuh ye..^_^

Sunday, June 27, 2010

..:: Sebentar Sahaja ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Ok sebentar je aku nak menulis sebelum aku nak masuk tidur. Ohhh, ari nie memang hari yang memenatkan ---> angkut barang, kemas bilik, kuar g beli barang sikit, kena hujan, berhimpit dalam van macam ikan sardin & so on.. Ok, aku betul2 penat... Memandangkan kena hujan yang lebat tadi, kepala aku da start berpusing2 & sebenarnya masa dari umah lagi aku da start sakit tekak tapi pagi tadi tahap yang kritikal & pesan mama aku, jangan lupe makan ubat. Ohh, mama, sedarkan anda bahawa anakmu ini x suke makan ubat, ok X SUKE MAKAN UBAT. Jangan paksa saya makan ubat..Hahaha...

Lepas zohor tadi aku kuar g Jusco coz nak teman TT beli barang & hajatnye nak ke Tesco tapi hujan yang lebat membantutkan kami untuk ke sana, so nak x nak terpaksa la shoping kat Jusco je.. Memandangkan harga barang kat situ m**a* sikit so aku kurangkan membeli & beli ape yang penting sahaja.. Antara barang2 yang sempat di beli ialah :-
  • kasut
  • sabun basuh
  • ubat gigi
  • pencuci muka
  • n menjamu selera kat pizza..
2 je yang belinya, budak2 nie pun membeli jugak. Balik 2 pulak singgah Tesco, orang yang hantar kiteorang nak ambik penumpang lain. Bila da amik 2, mak aiii van 2 macam tin sardin.. bayangkan 12 orang naik 1 van.. Fuuhh, bersempit ar & dalam perjalanan 2 dapat ar tengok suasana banjir di sekitar Ipoh nie yang di sebabkan oleh hujan lebat. Ok, 2 je jadual perjalanan ari nie, esok da mula sekolah ye.. Kena bangun awal & belajar macam biasa...hehe


muke lapar giler...





amik gambar ngan piza dulu..


1st try :: di mane2 tempat untuk bergambar..^_^


2nd try kat tempat sama..^_*

p/s :: semoga cepat sembuh.. Aku xsuke sakit lame2 nanti kena makan ubat & sori ye, walaupun tajuk tulis 'sebentar sahaja' tapi aku da melalut panjang..^_^

..:: Sampai ke Destinasi -----> Ipoh ::..



Assalamualaikum W.B.T

Hai, ape kaba semua..? Harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat.. Setelah 3 minggu bercuti, akhirnya bumi Ipoh aku jejaki semula. Masuk nie da 3 sem aku ada kat sini, baru lagi, perjalanan masih jauh untuk aku tempuhi.

Alhamdulillah setelah 5 jam perjalanan dari Besut, tepat jam 4.30pagi aku sampai di Medan Gopeng & mujurlah seorang senior telah berbaik hati hantar aku & kawan2 balik maktab.. Sampai maktab banyak cite yang aku dengar antaranya blok 'a' terpaksa dikosongkan untuk diduduki pelatih lelaki, yela intake baru ramai pelatih lelaki, aku lak dari aras 3 berpindah ke aras 1 & sebagainya. Kesian kat kawan2 aku yang terpaksa pindah 2 & terpaksa tumpang bilik kawan2 sementara waktu nie & ada gak kawan aku sorang tumpang bilik aku, xpe la, lagi best.. makin ramai makin riuh..

Masuk bilik kul 7.00 pagi & terus kemas-kemas & sekarang bilik aku da kemas & comel..hehehe... Mau rehat kejap sebab penat yang teramat, nanti menulis lagi..^_^

p/s :: semoga sem baru akan lebih fun..Jom buat persiapan minda untuk sem baru..^_^

Saturday, June 26, 2010

..:: Cuti ---------> It's Over ::..



sem baru ---> kena berusaha lebih..chaiyok3x..^_^

Assalamualaikum W.B.T

Hari nie merupakan hari terakhir aku kat umah.
Malam nie kul 10.45 aku akan naik bas balik ke Ipoh.
Perasaan ----> sedih kena berpisah lagi, gembira jumpa kawan2 balik.

Cuti baru2 nie ---> attend e-day kak tia, holiday kat KL, shoping baju raya, hang out with family & sepupu, menjadi driver sepenuh masa kepada mama & adik2 ku, update blog, learn new things, habiskan semua buku yang belum di baca... Ohhh, i love this.. walaupun cuti 3 minggu je, tapi banyak benda dapat aku buat..

Sem baru ---> sem 3, last sem 4 pra before ke degree..
Aku perlu lebih bersungguh2 & stop playing..
Sem baru ---> dapat junior baru *unit K*..
Sem baru ---> new subjek, new lecture, new fellings, & so on..

Ape yang penting sekarang ialah 'PERSIAPAN MINDA' untuk sem baru...^_^

Friday, June 25, 2010

..:: Jom Masak-masak ::..

Assalamualaikum W.B.T..

Haaa, jom masak2.. Salah 1 dari benda yang aku suka buat ialah MEMASAK. Waaa, best tau masak nie, yela xyah susahkan orang lau lapa2 coz boleh masak sendiri. Haa, ari nie aku telah belajar beberapa resepi baru dari mama. Antaranya ialah cara untuk buat 'kuih buah melaka, ikan gulai, kerabu timun' & lain2, lauk2 special nie di buat oleh aku, mama & aina. Kuih 2 kiteorang buat sebab mama nak bawak mase dia g kelas ilmu kat umah kawan dia, ikan gulai 2 di buat sebab aina yang mengidam & kerabu 2 pulak sebab salah 1 lauk fvrt aku. Haa, have fun sangat duk kat dapur tadi, dapat timba ilmu baru sambil berbual dengan mama aku.

Kat atas nie lauk tengah ari je, petang lak aku kena buat mee goreng sebab kawab2 lame aku nak singgah umah. Mama aku xada sebab g kelas ilmu dia, so nak x nak terpaksa la buat sendiri. Nasib baik ada aina yang boleh tolong2 sikit.. Resepi lauk yang tersenarai nie mudah je, nak buat pun mudah je... Lau sape2 nak resepi nnti mintak ar ye..Hehehe.. Ok, itu saje untuk post nie.. Esok aku nak buat kek coklat pulak, nak bawak balik ipoh..hehe..^_^


kerabu timun


mee goreng


kuih buah melaka....




p/s ::Yummmyyyy......gambar di atas hanya gambaran semata2...hehe
::Someday aku nak jadi macam mama aku, walaupun dia seorang guru tapi dia dapat bahagiakan anak2 & suami dia dengan masakan & kasih sayang yang tidak terkira 2...

Wednesday, June 23, 2010

..:: Girls Day's Out ::..

Assalamualaikum W.B.T..

Hari nie, adik aku yang blaja kat uitm dungun balik umah lepas dekat sebulan dia wat short kos kat sana. Adik aku 2 'aina' merupakan orang yang paling rapat dengan aku, yela beza umo pun 1 thn je.. Memandangkan dia balik ari nie, aku & kak ama bawak dia jalan2 lagipun x lame lagi aku nak balik ke Perak semula.. Waaa, xmoa balik... Kiteorang kuar pas asar, g ambik adik yang bongsu 'azim' baru g jalan2. Destinasi petang tadi adalah ke warung mee sup faveret kiteorng & jln2 kat pantai.. Ok la, tengok gambar je la..^_^



aku & aina





girls day's out :aina, kak ama & mimi


oppss..gmbr sy perasan..^_^


last pic b 4 back..^_^

p/s : aku akan merindui saat2 di atas nie.. lepas nie kak ama nak ke KL keja, aina & aku g blaja.. Waa, i luv them.. Tertinggal sorang ag, kakak sulung yg skrg berada di KL 'keja'.. Kakak, lau ada kat sini lagi best..harap, cuti akan datang semua ada...^_^

Tuesday, June 22, 2010

..:: Pesanan Buat Wanita Cantik ::..



Assalamualaikum W.B.T.

Ape kaba semua? Harap semuanya sihat ye.. Untuk post kali nie kita bersantai dengan satu artikel Islamic yang aku jumpe kat FB, untuk itu kite renung same2 ye..

PESANAN BUAT WANITA CANTIK

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-
Haj (siri:160)

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada
kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu.
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan
maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada
sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-
macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran
gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.


Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai
rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia
berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan
untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka
anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada
orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan
anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika
anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan
di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu
menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi
hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada
kesudahan?


Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap
oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan
menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang
seseorang manusia itu diberikan kecantikan
supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat.


Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah
hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda
buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan
takbur.


Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita
itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk
apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk
sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan
kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali
yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu
ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH
adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan
laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi
dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras
tapi apa yang ada di dalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah,
orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran
manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda
mambuktikan kekuasaan ALLAH!


p/s :: semoga kata2 di atas dapat dijadikan pedoman untuk kita semua. Biarlah x cantik pada pandangan manusia asalkan cantik pada pandangan ALLAH S.W.T. & jangan pulak sebaliknya..^_^


Monday, June 21, 2010

..:: Aman Puri ::..

Assalamualaikum W.B.T.

Hari nie merupakan hari ke2 persekolahan bagi sekolah2 kat pantai timur & hari nie sekali lagi aku ditinggalkan bersama kak ama kat umah. Boring sangat, xtahu da nak buat ape. Nak g berderak (jln2 dlm bhsa sini) keta xada, haish puah sungguh. Awal2 lagi mama da bagi tugas, mama cakap 'mimi pagi esok g tengok ada buah luruh dop' -buah mangga, buah kerining & so on-. Ok, ari nie 2 tugas aku lepas jemur baju td aku berjalan2 sekitar kawasan rumah nak tgk kalu2 ada buah yang masak.

Haa, mesti pelik nape letak tajuk 'Aman Puri'. Aman Puri merupakan nama bagi teratak aku nie. Nama nie diambil bersempena baba yang selalu ke Jakarta, Aman bermaksud tenang, kedamaian & sebagainya. Manakala Puri pulak bermaksud rumah, mahligai & sebagainya, so diharap Aman Puri nie dapat bagi suasana tenang kepada family aku. Umo aman puri nie lebih kurang dlm 4 tahun baru, yela aku start duk kat Besut mase form 1. Sebelum 2 jd warga KL sebab baba keja stu, balik Besut duk umah nenak 3 tahun coz aman puri dalam pembinaan & bila da siap, baru la boleh duduk.

Ok, berbalik pada tugasan aku hari nie kena g tengok buah takut ada yang luruh, yela bila da masak buah 2 luruh la & kalu x ambik terus nanti takut buruk lak. Baba & mama suka sangat menanam & bagi aku rumah nie da jadi macam 'syurga buah2an' mane x nye banyak sangat pokok yang ditanam .ingat lagi, dulu pokok2 nie susah nak keluarkan hasil tapi baba xputus asa tau. Kalu g pasar tani ke mane ke mesti dia akan cari baja yang sesuai & sampai 1 tahap baba nie g tuntut ilmu dengan orang pejabat pertanian mengenai cara nak dapatkan hasil yang terbaik. Haaa, itulah baba aku, seorang yang bersungguh2 buat keja. Hehehe..

Pokok yang ada kat sekeliling umah aku nie semuanya berasaskan makanan, yela tanam senang sikit, bila nak guna g ambik je. Antara yang ada ialah 'pokok mangga, rambutan, kedondong, mangga epal, ubi -pucuk dia blh buat sayur-, pokok limau, pokok sukun, serai, daun kari, & macam2 lagi la..'. Sebelum balik hari 2 xada la hasilnya tp lepas 4 bln xbalik.. Haaa, mari tgk hasilnya..:-



pokok pauh @ mangga



pokok pauh epal @ mangga epal



pokok kedongdong @ amra



pokok rambutan
dialog ngan mama ari 2: ma, lau buah rmbutan nie masak pos ke ipoh ye...Hahaha
mama : emm, mama mms je ke mimi...



pokok kerining
task 4 2day : tgk buah nie ada masak @ x.

Ok, itu saja untuk hari nie, tugasan da selesai. Hari nie 2 biji je yg masak.. Makan mase berbuka nanti best jugak, hehehe. Sape2 rase nak buah2 kat atas @ yg lain jemput la datang umah ye..^_^

Sunday, June 20, 2010

..:: Selamat Hari Bapa ::..


Assalamualaikum W.B.T.

Hari nie sesi persekolahan di sebelah pantai timur nie da start, so mama da g ngaja, adik pun da g skolah & tinggallah aku di rumah bersama kakak yg no 2 'kak ama'. Emm, rutin pagi tadi mule2 kena gosok baju adik, kemas umah & menghadap lappy nie. Firstly bukak FB dulu, tgk2 page aku, page org & sebagainya sampai lah aku jumpe pada satu status 'Selamat Hari Bapa'. Eh, ari nie hari bapa ea.. xtahu la pulak, aku pun terus search internet & jumpe la satu artikel 'klik sini'. Haaa, sah ari nie memang hari bapa.

Bapa @ ayah @ baba @ papa @ bapak & ape2 je la panggilan yang kite gune merupakan seorang insan yang jasa & pengorbanannya x terkira. Kalu seorang ibu bersusah payah melahirkan kita, seorang ayah pula bersusah payah untuk menjaga & memberi ape yang kita mahu. Nama ayah kita utuh berdiri di belakang nama kita kan 'NUR SHAMIMI BINTI JAMUDIN', sekuat mana nama dia di belakang nama kita kuat lagi jasa, pengorbanan yang di beri kepada kita.

Hari bapa nie xsemestinya kita sambut pada tarikh tertentu je, bagi aku setiap hari merupakan hari bapa & hari ibu. Kita sebagai seorang anak mestilah memberi kasih sayang, mentaati mereka, menghormati & sebagainya. Berhati2 lah, jangan sampai kita melukakan hati mereka sebab nanti anak2 kita balas kat kita balik, betul tau, mama selalu pesan 'jangan buat perangai, nanti anak2 kita balas balik'.. so watch out k...

Di sini ada 1 artikel yang nak aku kongsi bersama.. Fahami maksudnya k..^_^

Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.

Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:

“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”

Maka berkata salah seorang daripada mereka:

“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,

seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.

Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka,

aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.

Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.

Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.

Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. K

eadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.

Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”

Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]

Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah. Selain itu terdapat dua pengajaran tambahan dalam hadis di atas:

Pengajaran Pertama:

Hendaklah kita memberi prioriti kepada ibubapa di atas anak isteri sendiri. Secara lebih luas, kita hendaklah mencurahkan perhatian, kasih sayang dan pemberian yang lebih kepada ibubapa daripada anak isterinya sendiri. Kita hendaklah sedia berkorban untuk ibubapa melebihi pengorbanan terhadap anak isterinya sendiri.

Pengajaran Kedua:

Prioriti tidak sahaja dari sudut berbanding anak isteri sendiri tetapi dari sudut segala tingkah lakunya. Sebagai contoh, Abu Hurairah radhiallahu 'anh pernah melihat dua orang, lalu dia bertanya: “Apakah hubungan dia dengan kamu?” Orang itu menjawab: “(Dia adalah) ayahku.” Lalu Abu Hurairah berpesan: “Janganlah engkau memanggil dia dengan namanya, janganlah berjalan di hadapannya dan janganlah duduk sebelumnya.”



p/s :: Selamat Hari Bapa kepada baba 'JAMUDIN BIN IDRIS' terima kasih atas segala-galanya..semoga baba & mama sentiasa diberkati Allah S.W.T. & I LUV U SO MUCH.. x dilupe buat insan2 yang bergelar bapa diluar sana, Happy fathers day k..^_^

Saturday, June 19, 2010

..:: Ukhuwah Itu Indah ::..



Assalamualiakum W.B.T

Ape kaba semua..? Harap2 semua sihat ye.. Di pengakhiran cuti nie masih banyak lagi kenduri2 yang perlu di hadiri, kawan2 lama yang xhenti2 msg untuk keluar berjumpa,kawasan rumah yang masih memerlukan kudrat ku untuk menyerikannya lagi & banyak lagi la. Yela cuti 3 minggu sepatutnya banyak benda yang kita dapat kan.

Bagun tdo pagi td, lepas aku kemas bilik, basuh baju n semuanya tibe2 tangan nie da xtahu nak buat ape.. Hati nie tibe2 dilanda 'rindu' yang hebat *pehhh, ayat*.. Aikk, jangan salah fahan ye, bukan rindu pada 'tuttt' sebab xada 'tuttt' tapi rindukan pada kawan2 usrah *Anis,Mira,Syron,Shidah,Timah,Farhah,Nani dan Naila, akak usrah *Kak Ima*.. Diaorang nie merupakan teman2 usrah aku & akak usrah 2 la yang pantau kami & seringkali mengingatkan kami mengenai Islam yang Indah itu. Aku amat merindui untuk mendengar sepotong ayat yang seringkali Kak Ima sebut bila nak mula usrah 'Alhamdulilah anda semua bukan dipilih oleh Kak Ima tapi dipilih oleh Allah S.W.T. untuk menyertai usrah ini supaya syariat Islam dapat dikembangkan lagi & janganlah kita merasa sukar untuk mengikut jalan Allah kerana sesungguhnya Allah akan menyenangkan kita dikala kita susah'..lebih kurang mcm 2 la,lau ada kurng & slh ke maaf ye.. Usrah nie best giler sebab Kak Ima selalu buat secara santai je, xla berat sangat. Kadang2 orang fikir bile kita join usrah kita akan sering dikongkong, sering dipantau, ganggu masa2 kita & macam2 lagi. Tapi tahukah kita sebenarnya usrah nie banyak membantu diri kita, yela dapat mengenali Islam dengan lebih mendalam, dapat kongsi sebarang masalah, dapat share cerita & macam2 lagi. Aku bersyukur sangat2 sebab dipilih untuk menyertai usrah dibawah pimpinan Kak Ima sebab Kak Ima memang seorang yang berilmu tinggi & banyak perkongsian yang dapat melalui dia. Usrah kiteorang nie xhenti seperti hentinya waktu kuliah sebab cuti tapi usrah nie tetap berjalan kerana pengisian oleh Kak Ima tetap diteruskan melalui 'msg2' yang dihantar, mutabaah yang diberi & sebagainya. Usrah nie jugak kiteorng dibekalkan buku untuk mempelajari tajuk2 penting yang telah digariskan seperti 'akidah, akhlak, pegangan & banyak lagi la. Haaa, sekarang aku betul2 rindu kat teman2 usrah & xsabar nak balik Ipoh nak join lagi..

Hati aku juga merindui teman2 'lujnah makanan'. Haa, untuk pengetahuan semua aku baru je sem lepas join lujnah makanan nie & berada dalam lujnah nie memang banyak peristiwa yang best. Yela, ahli2 lujnah pulak kebanyakannya senior & diaorang semua memg sempoi. Aku rindu nak masak2 time ada gotong-royong, rindu nak bersih dapur sama2, rindu nak makan sama2 & banyak lagi. Mula2 join lujnah nie, takut sangat, yela xpernah join lagi tp bila da masuk baru terasa bestnya join lujnah nie. Melalui lujnah nie la aku dapat mengenali ramai orang, dapat ilmu baru tentng S/U sebab pgg jwtn S/U, dapat masak, dapat meluaskan lagi bdg masak & banyak lagi la. Aku suka sangat bile ada event ape2 & kiteorang kena sediakan makanan pasti kerjasama 2 dapat dilihat dengan jelas, ditambah pula dengan lawak jenaka yang dibuat oleh ahli2 lujnah membuatkan dapur 2 xpernah sunyi..hehehe..



sebahagian drpd ahli lujnah makanan.

Melalui usrah & lujnah yang aku ikuti, banyak input yang perolehi dan dari situ lah terjalinnya ukhuwah antara kami. Dan sesungguhnya 'Ukhuwah Itu Indah'.. Alhamdulillah Ya Allah kerana aku diberi peluang..^_^

Friday, June 18, 2010

..:: C.I.N.T.A ::..

Assalamualikum W.B.T.

Sebenarnya untuk post kali nie xada idea untuk tulis, tapi tangan nie rase nak menaip je.. Fikir punye fikir akhirnya dapat la tajuk di atas 2. Ditambah lagi dengan sekarang musim cuti sekolah maka banyaklah majlis pertunangan, perkahwinan & seangkatannya. Majlis2 nie terjadi melalui satu kisah cinta yang terbit antara 2 hati, yela masakan tiada cinta 2 pasangan boleh berkahwin.. Betul x..?? Semua insan mesti la ada perasaan 2, tipu la kalu kita xpernah ingin rase menyintai @ di cintai tapi masalahnya da boleh ke, ada orang nak ke, mak ayah kasi ke..? Haish, semua 2 bermain di fikiran kan.. Umo da makin meningkat tapi xada orang lagi, xtakut ke kawin lambat, x laku ke & ape2 je la.. Haa, selain 2 jugak post nie di tulis kerana untuk memperingati 'dialog2' antara aku & pak sedare serta sorang kakak senior, antaranya ialah :-

P. Sedara : kalu ada orang datang mintak kita, kita jangan la tolak. Terima je..
Kami : kalu x sedia lagi mcm mane?
P. Sedara : bila cinta 2 datang kepada kita maknanya kita da sedia. Tuhan da tentukan siapa
jodoh kita, so janganlah menolak & janganlah kita memilih nanti JODOH MERAJUK.

Kami : aik, jodoh pun merajuk ke?
P. Sedara : mestilah, jodoh 2 merajuk lah kalu kita asyik tolak je...

*********************************************
K. Senior : mimi dh berpunyer ke?

hahahak... : )

jwp jgn xjwb..

Cik mimi :ishh...belum lg la...

xada sape nak...

hehehe

K. Senior :ade la....

mn ble xde...

org baik mcm mimi...

tunggu ja..

heheh

Me :ishh...xmau fkr lg la kak...

hehehe

da puas di sakiti..

K. Senior : btol2....

jgn fikir lg...hehhe

satu pesanan akak.jgn pernah ptus asa utk bercinta!.

hehe

tp kne pd ms la....

xpe...

jike kte sentiasa diskiti...

nnti org tue plak yg akan disakiti kembali

tak gitu?

Me : betul3x...

akak ape mksd jgn putus asa untk bercinta 2?

K. Senior : yela..

bg pendapat akak jela..

if dtg cinte kpd kte jgn kte berpaling atau abaikan cinte tue...terutamanya cinta tue adlh drpd org yg baik2...jgn dikenang kngn ms lampau krn ade org yg lebih baik sdg mennti utk kite..

cinta tue...bergantung kpd pemikiran indvdu...

ade yg rs perlu dan ade yag rs tidak perlu..terutamnya dwktu studies nie...

Haaa, di atas nie merupakan sedikit sebanyak perbualan antara orang2 'senior'.. So pendapat korang, cinta 2 perlu ke x..? Aku xtau la nak cakap ape, ikutkan hati memang la nak ada perasaan dicintai seseorang tapi ...emmm... xtau la nak cakap ape. Ok sekarang kita lupe pasal perasaan aku nie, kita bace beberapa artikel yang dapat dicopy & pastekan.. Heee, mintak2 tuannya mengHALALkan ape yang aku copy nie.. Enjoy k..^_^

'Rama-rama & Wanita'

Lihatlah rama-rama, ia cantik.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan
sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna
dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.
Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai
oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya
kembali tidak tertarik padanya lagi.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang
tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan
yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa
corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah
pudar ia tidak dipedulikan lagi.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.
Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.
Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya
bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.
Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk
sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu
anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang
kehidupan serba susah sebelum itu.
Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah
lambang pengorbanan ibu bapa.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda
dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki.
Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki
tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan
melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam
tangan yang hanya akan meleraikan
warna-warna anda. Setelah warna- warna itu
hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun
yang punya nilai dan maruah diri, anda akan
lebih dihormati. Jadilah rama-rama yang
mengindahkan alam, jadilah wanita yang
membanggakan semua orang.

anyone can catch ur eyes,,,,
but it takes someone special to catch ur heart....


**********************************

'Sebenar Cinta'

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

********************************

'Syair Cinta Rabiatul Adawiah'

Dalam kalbuku aku tetapkan diriMU sbg sahabat yg blh ku ajak berbincang
Ku berikan tubuhku kpd yg mengkehendakiku
Ku pandang tubuh ini utk berdampingan
Tetapi kasih kalbuku sahajalah yg bersahabat dgn kalbuku
Aku cinta kpdMU dgn 2 macam CINTA
CINTA RINDU kpdMU kerana ENGKAU layak diCINTA
Adapun CINTA RINDU itu,ku sibukkan diriku dgn sentiasa mengingatiMU,BUKAN selainMU
Adapun CINTA kerana ENGAKAU layak diCINTAI
Kau singkapkan hijab hingga aku melihatMU
Namun tiada pujian dalam hal ini & itu
Segala puji hanyalah untukMU dalam ini & itu
Sungguh ganjil,engkau mengaku mencintai ALLAH
Tetapi...masih sahaja engkau menengtangNYA..
Jika engkau memang mencinta ALLAH,lakukan kehendakNYA!!!
Kerana mencintai seseorang...bererti mengabulkan kehendaknya.

*************************

LOve is nOt abOut findinG thE riGht pErsOn
But crEaTinG a riGht rElatiOnsHip ..

It's nOt abOut hOw muCh lOvE yOu hAve in thE bEgInning
But hOw mucH lOve yOu buiLd TiLL thE EnD...


ok, post nie sekadar suke2 & saje2 je.. lau anda semua da ada kekasih ati aku sentiasa mendoakan semoga hubungan itu berkekalan & di berkati Allah tapi bagi sape2 yang SINGLE mcm aku nie, janganlah sedih2 k.. Jodoh 2 Tuhan da tentukan untuk kita, cume lambat, cepat, dekat, jauh & semuanya lah. Oleh itu, sentiasalah berdoa semoga kita dipertemu dengan jodoh yang terbaik buat diri kita. Amin..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...