Monday, June 14, 2010

..:: Gembira Bersama Mereka ::..

Assalamualaikum W.B.T..

Ape kaba semua, cuti nie buat ape je..?? Haaa, 12.6.2010 yang lalu, sepupu aku a.ka. Nor Atieah Bt Che Udin @ Kak Tia bertunang dengan kekasih hatinya iaitu Shahrul, sepupu aku nie merupakan anak sedara mama aku @ anak kakak mama aku la. Oleh itu, aku bersama-sama keluarga mak cik & pak cik aku telah berkonvoi ke Senawang, Negeri Sembilan kerana majlis tu akan di buat di sana. Memandangkan Senawang tu jauh dari kediaman kami di Pantai Timur, kami terpaksa bertolak sehari lebih awal supaya dapat sampai ke majlis itu dengan selamat.

Keluarga aku bertolak ke Senawang pada jam 7.30 pagi manakala keluarga Ayah Long n Ayah Ngah aku bertolak kira-kira jam 10pagi. Keluarga aku bertolak awal sebab kiteorang kena singgah kat Dungun nak amik adik aku n singgah kat Kemaman nak g umah kawan mama aku. Alhamdulillah sepanjang perjalanan ke Dungun jalan x sibuk sangat n pemandangan pun cantik sebab lalu ikut jalan pantai. Jam 10pagi kiteorang sampai Dungun & lepas ambik adik aku, singgah kat tepi pantai jap untuk 'brakelunch' & lepas makan perjalanan di teruskan ke Kemaman & Senawang.



berkelah di tepi pantai & snap picture..hehehe

Pejalanan kemudiannya diteruskan lagi & untuk ke Senawang, keluarga aku & keluarga Ayah Long berjanji untuk berkumpul di Tol Gombak sebab Ayah Long aku x mahir lagi jalan untuk ke Senawang. Lepas 2 kiteorang tersekat dengan 'jem' yang amat teruk di KL tu, fuhhh lame gile kot, boring duk dalam keta.. Akhirnya tepat jam 10 malam keluarga aku & Ayah Long selamat sampai di Senawang, suasana amat meriah di situ kerana semua keluarga berkumpul kat rumah mak cik aku 2. Lepas berbual-bual, makan-makan aku, & sepupu aku menolong untuk menyiapkan kerja-kerja menampal yang belum di settlekan lagi. Sambil-sambil buat keja 2 kami semua bergosip mengenai cerita sepanjang perjalanan & menyakat sepupu-sepupu aku yang lain mengenai hal perkahwinan *keluarga aku nie ramai perempuan*...



bekerja & bergosip with sepupu n aunt2..^_^

Haaa, lebih kurang dalam pukul 12 tgh malam kerja-kerja 2 hampir selesai & time 2 get rest. Memandangkan rumah 2 penuh dengan keluarga-keluarga dari semua pelusuk negeri sepupu aku telah menempah bilik hotel untuk keluarga aku, ayah long & ayah ngah. Pada malam 2, kiteorang semua tido kat 'Hotel Sri Senawang'. Keesokkan harinya pukul 9.00 pagi kami kembali semula ke rumah mak cik aku untuk membantu ape yang patut n bersiap-siap sebab aku n sepupu-sepupu aku yang lain di tempah untuk jadi 'Gadis Dulang' means kena angkat dulang dari dua-dua pihak.. Hohohoho, nie yang paling best sebab semua pakai baju sama macam nak g bernasyid, marhaban & seangkatan dengannya. Gambar berikutnya merupakan gambar sekitar majlis berlansung..



gadis dulang



sepupu saya & tunang dia & mak cik2 saya...



bergambar bersama mereka



berdua lebih baik..??



family sebelah mama aku..^_^

p/s :: setinggi2 taniah kepada my lovely cousin yang telah selamat bertunang, semoga kekal hingga ke anak cucu & thank you so much 4 the kain.. Terima Kasih daun keladi, kalau boleh time kahwin nanti nak lagi...hehehe..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...