Sunday, June 20, 2010

..:: Selamat Hari Bapa ::..


Assalamualaikum W.B.T.

Hari nie sesi persekolahan di sebelah pantai timur nie da start, so mama da g ngaja, adik pun da g skolah & tinggallah aku di rumah bersama kakak yg no 2 'kak ama'. Emm, rutin pagi tadi mule2 kena gosok baju adik, kemas umah & menghadap lappy nie. Firstly bukak FB dulu, tgk2 page aku, page org & sebagainya sampai lah aku jumpe pada satu status 'Selamat Hari Bapa'. Eh, ari nie hari bapa ea.. xtahu la pulak, aku pun terus search internet & jumpe la satu artikel 'klik sini'. Haaa, sah ari nie memang hari bapa.

Bapa @ ayah @ baba @ papa @ bapak & ape2 je la panggilan yang kite gune merupakan seorang insan yang jasa & pengorbanannya x terkira. Kalu seorang ibu bersusah payah melahirkan kita, seorang ayah pula bersusah payah untuk menjaga & memberi ape yang kita mahu. Nama ayah kita utuh berdiri di belakang nama kita kan 'NUR SHAMIMI BINTI JAMUDIN', sekuat mana nama dia di belakang nama kita kuat lagi jasa, pengorbanan yang di beri kepada kita.

Hari bapa nie xsemestinya kita sambut pada tarikh tertentu je, bagi aku setiap hari merupakan hari bapa & hari ibu. Kita sebagai seorang anak mestilah memberi kasih sayang, mentaati mereka, menghormati & sebagainya. Berhati2 lah, jangan sampai kita melukakan hati mereka sebab nanti anak2 kita balas kat kita balik, betul tau, mama selalu pesan 'jangan buat perangai, nanti anak2 kita balas balik'.. so watch out k...

Di sini ada 1 artikel yang nak aku kongsi bersama.. Fahami maksudnya k..^_^

Dikabulkan Doa Anak Yang Berbuat Baik Kepada Ibubapa.

Ibn ‘Umar radhiallahu 'anhuma berkata, Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Ketika tiga orang sekawan sedang berjalan, mereka ditimpa hujan lalu mengambil perlindungan dalam sebuah gua di sebuah gunung. Kemudian sebuah batu besar dari gunung tersebut jatuh di mulut gua dan mengurung mereka di dalamnya. Maka berkata sebahagian mereka kepada sebahagian yang lain:

“Berfikirlah tentang amal shalih yang pernah kalian lakukan semata-mata kerana Allah, kemudian berdoalah kepada Allah dengan bertawasul melalui amal tersebut, semoga Allah memberi jalan keluar dengannya.”

Maka berkata salah seorang daripada mereka:

“Ya Allah! Sesunguhnya aku mempunyai ibubapa yang sudah sangat lanjut usia,

seorang isteri dan anak-anak kecil yang masih aku pelihara.

Saat aku pulang ke rumah pada waktu petang sambil membawa ternakanku kepada mereka,

aku memerah susu. Aku biasanya memberi minum ibubapaku sebelum anak-anakku.

Suatu hari, tempat aku mengembala amat jauh sehingga aku hanya sempat pulang ketika hari sudah amat lewat petang. Aku dapati ibubapaku sudah tidur.

Aku memerah susu seperti biasa, membawa bekas berisi susu dan berdiri di samping ibubapaku.

Aku tidak suka membangunkan kedua-duanya dan aku pula tidak suka memberi minum anak-anakku sebelum kedua-duanya, sekalipun anak-anakku menangis di kakiku kerana kelaparan. K

eadaanku dan anak-anakku berterusan sehingga fajar menyinsing.

Jika Engkau mengetahui bahawa aku melakukan hal itu semata-mata kerana mencari Wajah-Mu, maka berilah kami satu bukaan untuk melihat langit (dari dalam gua tersebut).”

Maka Allah memberikan bukaan pada batu tersebut sehingga mereka dapat melihat langit.[1]

Demikianlah besarnya nilai amalan berbuat baik kepada ibubapa sehingga ia menjadi satu amalan yang dapat membantu seorang anak ketika dia ditimpa musibah. Selain itu terdapat dua pengajaran tambahan dalam hadis di atas:

Pengajaran Pertama:

Hendaklah kita memberi prioriti kepada ibubapa di atas anak isteri sendiri. Secara lebih luas, kita hendaklah mencurahkan perhatian, kasih sayang dan pemberian yang lebih kepada ibubapa daripada anak isterinya sendiri. Kita hendaklah sedia berkorban untuk ibubapa melebihi pengorbanan terhadap anak isterinya sendiri.

Pengajaran Kedua:

Prioriti tidak sahaja dari sudut berbanding anak isteri sendiri tetapi dari sudut segala tingkah lakunya. Sebagai contoh, Abu Hurairah radhiallahu 'anh pernah melihat dua orang, lalu dia bertanya: “Apakah hubungan dia dengan kamu?” Orang itu menjawab: “(Dia adalah) ayahku.” Lalu Abu Hurairah berpesan: “Janganlah engkau memanggil dia dengan namanya, janganlah berjalan di hadapannya dan janganlah duduk sebelumnya.”



p/s :: Selamat Hari Bapa kepada baba 'JAMUDIN BIN IDRIS' terima kasih atas segala-galanya..semoga baba & mama sentiasa diberkati Allah S.W.T. & I LUV U SO MUCH.. x dilupe buat insan2 yang bergelar bapa diluar sana, Happy fathers day k..^_^

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...