Tuesday, June 22, 2010

..:: Pesanan Buat Wanita Cantik ::..



Assalamualaikum W.B.T.

Ape kaba semua? Harap semuanya sihat ye.. Untuk post kali nie kita bersantai dengan satu artikel Islamic yang aku jumpe kat FB, untuk itu kite renung same2 ye..

PESANAN BUAT WANITA CANTIK

Petikan karya Motivasi: Dr HM Tuah Iskandar Al-
Haj (siri:160)

Setiap orang adalah unik. Setiap orang ada
kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu.
Tidak ada manusia yang sempurna kecuali
Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan
maksum. Selebihnya tidak terkecuali daripada
sifat lemah, buruk, hina, sakit dan bermacam-
macam perkara lagi.

Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran
gemuk, tidak menarik, terlalu rendah malah cacat.
Biar bagaimana keadaan anda, anda tetap unik
dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.


Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai
rupa dan gaya. Disitulah berkuasanya ALLAH. Dia
berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut
kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan
untuk mempersoal itu ini, mempertikai itu ini.


Anda mungkin berasa rendah hati melihat
kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.
Nah, anggap ia satu kelebihan. Jika anda sangka
anda buruk, ia satu kelebihan yang tiada pada
orang cantik. Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung? Tidak, tidak selalunya begitu.
Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.
Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan
anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika
anda semulajadinya buruk.


Orang cantik fobia menjadi buruk. Setiap kedutan
di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu
menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba, bagaimanakah perasan si cantik meghadapi
hari tua mereka. Bukankah rasa susah yang tiada
kesudahan?


Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap
oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan
menerjah api. Samalah halnya, kadang-kadang
seseorang manusia itu diberikan kecantikan
supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan
balasan setimpal di Akhirat.


Tontonlah filem atau drama-drama di TV. Kisah
hidup orang cantik selalunya penuh duri. Jika anda
buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan
takbur.


Penghuni neraka kebanyakkannya wanita
sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita
itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk
apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.
Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk
sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan
kerja TUHAN.


Siapakah wanita penghuni syurga itu, barangkali
yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu
ukuran manusia. Cantik pada pandangan ALLAH
adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan
laragan ALLAH. Barangkali juga yang buruk tapi
dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras
tapi apa yang ada di dalam hatinya.


Wahai orang cantik, orang buruk, orang rendah,
orang cacat, semuanya itu hanyalah ukuran
manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar.
Hargai diri anda sebab kewujudan anda
mambuktikan kekuasaan ALLAH!


p/s :: semoga kata2 di atas dapat dijadikan pedoman untuk kita semua. Biarlah x cantik pada pandangan manusia asalkan cantik pada pandangan ALLAH S.W.T. & jangan pulak sebaliknya..^_^


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...