Monday, June 27, 2011

(^___^)




Assalamualaikum WBT..


Alhamdulillah, syukur atas rezeki kurniaan Ilahi. Syukur sangat-sangat. Terima kasih buat mama, baba, kakak, kak amal, aina, azzim (keluargku), pensyarah-pensyarah yang mengajar, sahabat-sahabat seperjuangan & semuanya. Terima kasih banyak2 sebab selalu berada di sisi setiap saat dan ketika. Arinie result exam kuar. Bersungguh nak tahu sampai saya dan classmate sanggup ke SUP untuk tanye pukul brape result keluar. Katanya pukul 12 tengah hari.


Duduk dalam kelas, mata asyik mengerling ke jam tangan je. Menunggu saat pensyarah mahu melepaskan kami keluar. Tepat jam 11.30 pagi, kuliah pertama minggu kedua tamat. Kerja kumpulan bermula, mulalah pujuk pensyarah untuk ke perpustakaan, kononnya nak cari bahan. Tapi sebenarnya nak tengok keputusan peperiksaan. Lepas berkemas, kami sekelas bergegas ke perpustakaan, tengok2 semua pelatih dah membanjiri kawasan tu. Fuhhh, debaran makin dirasai.. Tengok-tengok… *aaaaaaaaaaaaaaa, menjerit dalam hati* serius tak percaya dengan apa yang saya tengok. 10 kali tengok baru percaya. Alhamdulillah syukur sangat-sangat. Saya terus ambik telefon dalam beg & telefon mama!



Tut..tut..tut..tut..tut..tut..tut..

Mama :: Hello Assalamualaikum *duduk kat tempat masing-masing, marah mama saya kepada anak muridnya*. Ok mama saya dalam kelas. Maaf ma, wrong timing *monolog dalam hati*!

Saya :: Ma, result keluar da. Mimi Alhamdulillah dapat 3.**… *sambil mengalirkan air mata*, sebak weii, gtau result kat mak..

Mama :: Alhamdulillah syukur, taniah. Seketika kemudian mama saya *aaaaaa, turut menjerit* Kekalkan prestasi dan jangan lupa buat sujud syukur..

Saya :: Tak mampu kata apa-apa. Cukuplah sekadar mendengar suara riang mama saya.. *terasa mahu pulang ke rumah dan peluk mama*


Alhamdulillah, berkat usaha semua kita mampu berjaya hingga ke saat nie. Harap dapat kekalkan hingga ke akhirnya. InsyaALLAH. Taniah buat semua, biar berapa pun kita dapat jangan lupa ucapkan syukur pada ALLAH SWT.. Tinggi rendah bukan ukurannya, yang penting usaha kita untuk terus bangkit menuju ke hadapan. Gagal sekarang bukan bererti gagal selamanya tapi ia merupakan titik pertama ke arah sebuah kejayaan..


Notakaki :: Roda akan sentiasa berputar ketika ada pengayuh yang menggerakkan. Ketika mana ia berputar, maka sudah lumrah posisi sesuatu kawasan roda akan terus berubah kedudukan samada berada di atas, hadapan, bawah mahupun belakang. Sepertimana roda kehidupan yang kita lalui, ada ketika kita berada di puncak kejayaan, menara kegemilangan dan gading kegembiraan. Namun ada juga ketika kita berada di jurang kegagalan, gaung kenistaan dan curam kesedihan. Namun roda tetap juga perlu digerakkan putarannya.


4 comments:

LiLy said...

congrats!tp nk tau gk dpt brp pointer tu?hehe..

Nur Shamimi Jamudin said...

time kasih kak lily..
Alhamdulillah dapat 3.80..
akak lak?
(^___^)

nhmy1303 said...

thniah2..
keep it up..
=)

Nur Shamimi Jamudin said...

time kasih kak wanie..
InsyaALLAH i'will..
(^_____^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...