Assalamualaikum WBT..
Apa khabar semua? Harap semuanya sihat dalam jagaan ALLAH SWT. Perjalanan kuliah yang begitu padat serta tugasan yang berterusan menyebabkan jemari ini tidak mampu untuk mencuri waktu untuk menulis sesuatu. Alhamdulillah ALLAH SWT memberi kesempatan buat saya walaupun seketika.
Beberapa hari yang lalu, saya berpeluang untuk ke rumah anak yatim di Sungai Itik. Perjalanan jauh itu memberi 1001 makna buat saya. Atas dasar urusan BIG saya dan beberapa orang rakan telah ke sana. Semasa perjalanan ke sana, saya dan dua orang sahabat menaiki kereta pensyarah manakala kereta saya dipandu oleh rakan saya yang lain. Perjalanan yang jauh itu telah mengisi kekosongan hati yang telah lama mintak diisi.
Berpeluang menimba ilmu dengan orang yang cukup hebat motivasinya membuatkan diri yang lemah ini seolah-olah telah bangkit semangatnya untuk terus bangkit tanpa berpaling ke belakang. Pengisiannya cukup ringkas, hanya dengan kata-kata “Ingatlah, saat kita fikir akan kesusahan diri kita, ada lagi orang yang susah dari kita.” Betul kan frasa ini. Jika dulu mama saya sering jadikan kata-kata ini sebagai pegangan hidup supaya tidak mudah patah semangat.
Sekarang tiba masa untuk saya berpegang pada kata-kata ini. Perjalanan menuju ke Sungai Itik akhirnya sampai, sayu hati tatkala melihat anak-anak kecil bermain beramai-ramai di padang. Meskipun riak wajah mereka ceria dan gembira dengan permainan yang sedang berlangsung namun hati kecil mereka tak siapa pun tahu melainkan ALLAH Yang Maha Mengetahui. Anak-anak kecil itu ditinggalkan tanpa kasih sayang ibu ataupun bapa. Sungguh saya merasa simpati, jauh di lubuk hati saya terfikir, saat berpisah jauh beribu batu dengan mama dan baba hati saya sering merindui mereka namun apakah perasaan anak kecil itu jika mereka dibiarkan di situ tanpa kasih sayang seorang ibu mahupun bapa. Ya ALLAH kuatnya anak kecil itu menghadapi dugaan yang dihadapi..
Kita sering memikirkan kesusahan yang kita hadapi, terkadang kita fikir kita tidak mampu untuk membayar sesuatu. Namun pernahkah kita terfikir akan orang lain yang begitu susah untuk mendapatkan wang meskipun RM1. Kita sering merungut kerana tidak berpeluang untuk makan di tempat yang kita idamkan, namun pernahkah kita terfikir akan kesusahan orang lain yang perlu kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
Ingatlah, saat kita terfikir akan kesusahan yang kita alami, rupanya ada lagi orang yang lebih susah dari kita. Saat kita merindui keluarga kita, ada lagi mereka yang menanti sinar bahagia buat mereka. Saat kita merasa gembira, bersyukurlah kepada ALLAH SWT kerana memberi kita peluang untuk tersenyum pada hari itu..(^____^)
Notakaki :: Semoga ALLAH SWT sentiasa memberi kebahagian kepada kita dan memberi kekuatan kepada kita saat kita lemah dan hampir terjatuh.. Amin..(^__^)
2 comments:
btul tu kak mimi..tatkala kita susah, sbenarnya ada org len yg jauh lbih susah..
betul...(^__^)
Post a Comment