Sunday, April 22, 2012

Kata Semangat








Assalamualaikum WBT..




Pesanan dan amanat yang baba berikan sebelum berpisah :-

Dik, dua doa utama yang baba nak berdoa depan Kaabah nanti ialah 'baba nak berdoa anak-anak baba cepat dapat jodoh dan yang kedua baba nak berdoa semoga anak baba iaitu Mimi cepat sembuh dan diberi kekuatan untuk menghadapi kesakitan."

tapi dik..

walaupun baba dan mama berdoa untuk kamu, kekuatan tu datang dari diri kamu sendiri. Kamu kena kuat untuk hadapi sakit tu. abaikan apa kata orang sekeliling. banyakkan berdoa, minum air kosong, sentiasa positif, senyum, jangan banyak menangis, dan yang paling penting jangan putus asa.. Kekuatan tu kamu yang kena bina sebab itulah sebenar-benarnya terapi kepada kesembuhan..

bermula saat itu, saya berjanji kepada diri saya untuk kuat dan terus kuat hadapi semuanya ujian yang mendatang. 

Ya Allah Engkau berkatilah kedua ibu bapa ku. kasihanilah mereka sebagaimana mereka mengasihani aku semasa aku kecil. lindungilah baba dan mamaku walau dimana sahaja mereka berada. semoga mereka diberkati ALLAH SWT.. (^_____^*)



notakaki :: motivasi-anak-ayah..:)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...