Bismillahhirahmanirahim..
Assalamualaikum w.b.t.
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapatlah aku menulis sesuatu di ruangan ini.. Pertamanya aku bersyukur kerana telah mendapat mesej dari kakak usrahku yang berbunyi 'perhatian kepada semua pelatih muslim IPG Kampus Ipoh, pada malam ini akan diadakan 1 pembentangan isu semasa mengenai "GAZA diserang kembali"anjuran Lujnah Tarbiah dan Alhamdulillah sebentar tadi aku telah berjaya untuk menempatkan diri ku di Pusat Islam Al-Hidayah IPG Kampus Ipoh. Tahukah anda pada saat ini bumi GAZA telah diserang oleh ISRAEL dan cubaan pejuang-pejuang Islam untuk memberi bantuan ke GAZA telah ditumpaskan oleh mereka. Hati saya begitu tersentuh melihat mereka-mereka yang sanggup mengadaikan nyawa untuk memberi bantuan, mereka-mereka yang ditahan, anak-anak yang tidak berdosa dijadikan mangsa dan sebagainya. Semua ini terjadi kerana kebijaksanaan yang ada pada Israel.
Kita sebagai seorang Islam apakah yang dapat kita lakukan, mampukah @ sanggupkah kita pergi berjuang bersama-sama mereka..?usah tunding jari pada orang lain, tanya diri kita 'APA YANG PATUT AKU LAKUKAN'..persoalan yang sama ditanya oleh Ustaz Zakaria di surau sebentar tadi. Lantas hati kecil aku berkata, 'APA YANG MAMPU AKU LAKUKAN', aku yakin aku tidak mampu untuk pergi berjuang tetapi aku YAKIN aku boleh berdoa semoga pejuang-pejuang Islam itu selamat dan diberikan kekuatan serta Israel itu dimusnahkan ALLAH S.W.T., aku boleh memboikot barangan Israel, aku boleh mengupdate berita mengenai isu ini. Ya, aku boleh namun haruslah apa yang boleh itu disertakan dengan tindakan. Tiada guna sesuatu cadangan itu tidak disertakan dengan niat bukan.
Alhamdulillah sebentar tadi juga aku telah berjaya mempelajari suatu doa iaitu 'Doa Rabitah' doa yang sangat sesuai untuk dibaca..
"Ya ALLAH, Engkau mengetahui bahawa hati2 ini telah berkumpul krna MengasihiMU, bertemu utk mematuhi perintahMU, bersatu memikul beban dakwahMU, hati2 ini telah mengikat janji setia utk mendaulat dan menyokong syariatMU, maka eratkanlah Ya ALLAH akan ikatannya.
Kekalkan kemesraan antara hati2 ini akan jlnNYA yg sebenar, Penuhkan piala hati ini dgn cahaya RabbaniMU yg xkunjung malap. Lapangkan hati2 ini dgn limpahan iman/keyakinan dan keindahan tawakkal kpdaMU, Hidup suburkan hati2 ini dgn ma'rifat pengetahuan sebenar ttgMU..
Jika Engkau mentaqdirkan mati maka matikanlah pemilik hati2 ini sbagai para syuhada dlm perjuangan agamaMU. Engkaulah sebaik2 sandaran dan sebaik2 penolong.
"Ya ALLAH perkenankanlah permintaan ini."
Ya ALLAH semoga pejuang-pejuang Islam itu selamat dan gugurkan lah mereka dalam syahid mu, semoga Kau berikan aku kekuatan untuk beribadat kepada Mu..Amin..

3 comments:
selamatkan Gaza..Ya Allah SWT
amin...
amin....selamatkan la umat Islam di seluruh dunia khususnya di Gaza Ya ALLAH...
Post a Comment