Friday, May 27, 2011

Alhamdulillah =)



Assalamualaikum..


Bangun pagi dengan perasaan yang tenang selepas mendapat rehat yang secukupnya, Alhamdulillah sarapan pagi ditaja, dapat kutipan semangat dan perkongsian yang menarik. Selesai sarapan pagi terus selesaikan urusan penting. Ke hulu ke hilir mencari tempat untuk menyelesaikannya urusan yang belum selesai sebelum cuti panjang!


Alhamdulillah setelah keluar masuk HEP, keluar masuk Jabatan cari tutor, keluar masuk pejabat penyelia, keluar masuk sana sini cari orang PENTING, akhirnya SEMUANYA SELESAI.. ALHAMDULILLAH, syukur Ya Allah sebab permudahkan urusan kami.


Selesai semua urusan, balik bilik kemas hingga licin, berkilat, bersinar, bercahaya dan sebagainya! Lepas kemas bilik akhirnya boleh rehat, boleh on9 FB, boleh update blog, boleh intai blog orang, boleh tido dengan lena selena-lenanya.. Alhamdulillah satu lagi urusan da selesai.. Fuhhhh, best!!!


Bukak FB, terbace status kakak saya. Katanya ‘SHOPING WITH JAMUDIN’S’…. Perghhh terus menitik air mata ku! Sedih wooo, diaorang kat sana da berkumpul satu keluarga dan siap g shopping lagi TAPI saya masih di IPOH yang tercinta, menunggu detik-detik untuk pulang. Terus telefon mama, cakap-cakap ngan mama. Adik beradik saya semua keluar g cari hadiah, shoping dan jalan-jalan. Mereka kat sana da bersedia untuk ke Senawang, Negeri Sembilan. Sepupu saya akad nikah malam nie. Okeh, fine saya menangis cakap ngan mama.. mama nak balik! Nak g jugak.. haha, dasar anak manja betul..


Cepat la 31 aribulan. Saya nak balik!!!


Akhir kata, selamat bercuti. Berhati-hati di jalan raya atau di mana sahaja. Ingatlah orang yang tersayang.. Bye.. salam..(^___^*)


Notakaki :: Ambik result exam yang sudah berkurun lamanya. Alhamdulillah di atas rezeki yang dikurniakan. (^___^)


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...