Sunday, May 15, 2011

Macam-macam =)



*gambar sekadar hiasan*
*kredit to bando*


Assalamualaikum WBT…


Ape khabar semua?? Harap semua berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berada dalam jagaan Ilahi.. Fuuhh, rase macam lame x mengupdate blog nie.. Maaf la ye semua, penulis sibuk menguruskan rumah tangganya!! Eh tak, tak, sibuk menguruskan rumah sewanya..


Mula dari lepas balik jamuan hi-tea sampai petang tadi baru selesai hal rumah sewa. Haaa, bermula semester depan, saya & the geng kena duk rumah sewa.. Mula dengan packing barang-barang, cari perabot, survey barang-barang, kemas rumah, cuci rumah, angkut barang & semualah.. Fuuhhh baru terasa penatnya.. keluar awal pagi, balik asrama balik lewat petang. Malam da jadi tak larat. Tapi Alhamdulillah semuanya berjalan lancar & selesai sudah.. Hal rumah sewa da selesai dan sekarang boleh tumpu pada FINAL EXAM….


Peperiksaan akhir sudah hampir tiba. Kertas pertama saya pada 19 MEI 2011. Tak lama da tu, doakan saya berjaya ye..(^____^*)


Bukan setakat peperiksaan je yang hampir tapi HARI GURU pun makin menghampiri. Oleh itu, SELAMAT HARI GURU buat saya ~lalalala~, buat mama saya, buat kawan-kawan saya, buat guru-guru di Sekolah Kebangsaan Taman Bukit Maluri Kepong KL, guru-guru Sekolah Kebangsaan Kuala Besut, guru-guru Sekolah Kebangsaan Seri Besut, pensyarah-pensyarah UiTM Dungun, pensyarah-pensyarah IPG Kampus Ipoh, guru-guru SK Kuala Besut 2 , buat semua guru di dunia, buat semua bakal guru & siapa-siapa yang bercita-cita nak jadi cikgu.

“Cikgu… Akulah yang kau pimpin dahulu. Melangkah dari teratak jahil itu. Meniti di titian ilmu. Belum puasku menghirup pengetahuan. Biarpun kini mendakap kejayaan. Sungguh…. Tanpamu Cikgu siapalah aku. Justeru.. kata ikhlasku TERIMA KASIH CIKGU


Okeh sampai sini sahaja, masa untuk topup balik tenaga yang semakin kering. Jaga diri, jaga iman..(^___^*)


Notakaki :: Kadang-kadang nikmat yang kita peroleh tak setimpal dengan ucapan Alhamdulillah. So let says Alhamdulillah, thank you ALLAH..(^___^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...