Showing posts with label Bulan Mulia. Show all posts
Showing posts with label Bulan Mulia. Show all posts

Thursday, January 24, 2013

Kata 51

Assalamualaikum..


Salam Maulidur Rasul
12 Rabiulawal 1434H.




Allahumma salli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.

Berselawatlah kepada Baginda Muhammad dan ahli keluarganya.


Alhamdulillah.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita masih dipanjangkan usia untuk meniti kehidupan ini. 

Hidayah milik Allah, meskipun ia milik Allah tetapi kita perlu berdoa dan berusaha untuk mendapatkannya.

Bilamana hidayah Allah menyapa diri manusia, maka tiada siapa yang dapat menyesatkan seseorang itu. 

Allahuakbar.

Hari yang mulia, siapa sangka berlaku peristiwa yang luar biasa.

Hati saya diruntun pilu, sedih, gembira dan bahagia tatkala melihat sahabat saya yang tiada agama dan tidak pernah percaya pada agama tetapi diberi pilihan untuk menganut apa-apa agama apabila cukup umur; mendirikan solat asar satu saf bersama saya di surau semalam.

Allahuakbar.

Satu surau saya yakin tergamam dengan tindakannya. Namun kami hanya mampu mengangkat tangan mengucap syukur kepada Allah Yang Maha Esa atas peristiwa itu. Sesungguhnya hidayah sedang menyapa hati dan jiwanya.

Alhamdulillah Ya Allah.

Islam agama yang indah.

Islam agama yang mudah.

Islam merangkumi semua aspek kehidupan.

Sesungguhnya beruntunglah kita kerana telah dilahirkan sebagai seorang muslim.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar.




notakaki :: Alhamdulillah. kami akan sentiasa mendoakan anda dimudahkan segala urusan dan mendapat redha dan rahmat dari Allah SWT. :)

Wednesday, November 14, 2012

1434 Hijrah

Assalamualaikum wbt..

Salam Maal Hijrah 1434 semua..

Mohon maaf andai ada salah dan silap ;

semoga kita semua dipanjangkan umur ;
semoga kita semua dimurahkan rezeki ;
semoga kita semua diberkati ALLAH SWT ;
semoga kita semua ditetapkan iman.



* Sebaik-baik orang yang berHIJRAH adalah orang yang meninggalkan apa yang diLARANG oleh ALLAH SWT. (HR Muslim) 


notakaki : penulis baru mula bercuti, InsyaAllah blog akan mula beroperasi.. ;)

Sunday, August 12, 2012

Allahuakbar ;)



Ramadhan yang mulia bakal meninggalkan kita tidak lama lagi!!

Ayuh sama-sama kita kejar 10 malam terakhir..
Moga peroleh sesuatu yang bernilai untuk diri kita..
Salam Ramadhan penuh mulia.. (^___^*)

kredit gambar : Facebook.

Tuesday, November 29, 2011

Tika Nafasku Berwirid...











Assalamualaikum WBT..


Bismillahhirahmanirahim..



Wahai penjaga nyawaku..

Aku hanyalah insan kerdil yang berpijak di alamu

Tanpamu siapalah aku di dunia ini..

Kau memberi cahaya tikaku kegelapan..

Kau memberiku ilham tika kebuntuan..

Cahayamu ibarat kilauan yang tak tergambar..

Terima kasih Ya ALLAH kerana memberiku waktu hari ini

Kerana esok belum pasti menjadi milikku..



Wahai Pemberi Nafasku..

Ampunilah segala dosa-dosaku ini..

Kerana aku sentiasa melakukan kemungkaran kepadamu..

Moga Kau berkati kehidupan ini..

Amin.



Salam Maal Hijrah 1433. Semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan dan lebih istiqamah dalam segala ibadat.. InsyaALLAH.. (^___^*)



notakaki
:: semoga sentiasa diberi kekuatan.. amin. (^__^*)

Thursday, December 16, 2010

Muharram


credit to google..
(^____^)


Asslamalualikum WBT..

Hari nie merupakan hari bersejarah dalam bulan Islam di mana terdapat banyak peristiwa sejarah Islam yang terjadi pada hari nie atau disebut 10 Muharram. Sama-sama kita baca dan amalkan.

Sumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam ; Muharram - Zulhijah.
: Amalan & Ibadat Seharian.
: Terbitan Darulnuman.

A. Pengertian Muharram

Muharram ertinya "yang diharamkan" atau "yang dipantangkan". Dinamakan Muharram kerana pada bulan ini dilarang berperang atau menumpahkan darah. Larangan ini berlansung terus sampai pada masa permulaan Islam.

B. Penetapan Satu Muharram Sebagai Tahun Baru Hijrah

Sebelum Rasulullah SAW berhijrah ke Madinah, tahun dihitung mulai baginda diangkat menjadi Rasul, umpamanya disebut tahun ke 5 atau tahun ke 6 kerasulan.

Kerana pada waktu itu umat Islam masih belum mempunyai tahun yang pasti, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut Tahun Gajah. Sebab dinamakan Tahun Gajah, kerana tentera Abrahah dari Ethiopia menyerang kota Makkah dengan maksud untuk meruntuhkan Kaabah. Abrahah dan pasukannya datang ke Makkah dengan mengenderai gajah. Akan tetapi usahanya ini gagal kerana dihancurkan Allah dengan mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi, sehingga tubuh mereka hancur seperti kayu yang dimakan ulat.

Untuk menentukan hitungan dan nama-nama tahun yang pasti di dalam Islam, maka khalifah Umar bin Al-Khattan berpendapat dan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.

Khalifah Umar bin Al-Khattab beralasan, bahawa dengan berhijrahnya Nabi Muhammad SAW, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari penganiayaan kaum Musyrikin Makkah dan di tempat baru lebih terbuka kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran Islam ke tengah masyarakat. Di samping itu hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dengan Madinah.

Usulan khalifah Umar bin Khattan diterima oleh para sahabat pada waktu itu, maka ditetapkanlah satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.

C. Peristiwa Yang Terjadi Pada Sepuluh Muharram.

Terdapat pelbagai peristiwa penting yang berlaku pada tarikh ini. Namun di sini dapat diringkaslan sahaja peristiwanya. -mohon maaf ye-

1. Taubat Nabi Adam as, diterima oleh Allah SWT.
2. Nabi Idris as. diangkat ke Syurga.
3. Nabi Nuh as. diselamatkan dalam pelayarannya.
4. Nabi Ibrahim as. diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
5. Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan nun.
6. Kesalahan Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.
7. Nabi Yusuf as. dibebaskan dari penjara.
8. Nabi Ya'kub as. dapat melihat kembali.
9. Nabi Ayub as. disihatkan dari penyakit kulit.
10. Laut merah terbelah dua.

D. Amal Ibadah Yang Dianjurkan Pada Bulan Muharram.

1. Puasa sunat Muharram dan keutamaanya.
10 Muharram adalah merupakan hari yang sangat bersejarah di dalam Islam sebagaimana sangat banyak peristiwa2 penting yang terjadi. Memandangkan sangat mulianya hari tersebut, maka Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita mengerjakan ibadah puasa. Bagi yang mengerjakan ibadah puasa pada hari ke 10 dari bulan Muharram itu akan memperoleh pahala sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud :

"Seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat di waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadhan adalah pada bulan Allah, iaitu Muharram."
(HR. Muslim)

"Rasulullah SAW ditanya berkenaan puasa hari Asyura (hari ke 10 dari bulan Muharram), maka baginda menjawab : "Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu."

(HR. Muslim)

"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Muharram maka baginya setiap hari mendapat 30 kebajikan."
(HR. Muslim)


Imam Syafi'e di dalam kitabnya "Al-Um menyatakan bahawa sunnah hukumnya berpuasa pada hari itu, iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.


credit to google...
gambar sekadar hiasan..(^__^)


2. Bersedekah, Mandi Sunat, Menyatuni Anak Yatim dan Melihat Orang Sakit.

Di samping berpuasa, dianjurkan pula supaya memperbanyak sedekah pada hari tersebut, kerana dalam suatu riwayat dikatakan ; barangsiapa bersedekah pada hari itu seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya dan barangsiapa yang mandi sunat diniatkan mandi menyambut 10 Muharram nescaya tidak akan terkena sakit pada tahun itu, kecuali mati.

Barangsiapa menyantuni atau menyapu kepala anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia menyantuni seluruh anak yatim di muka bumi dan barangsiapa melihat seorang sakit pada hari itu, seolah-olah ia melihat seluruh orang sakit.

**************

Semoga sama-sama dapat kita lakukan amalan di atas.(ingatan buat diri sendiri juga).

Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kami meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.

Teguran yang membina amat dialu-alukan.

Sekian, Wassalam..
(^_______^*)

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum WBT...

Dikesempatan nie saya ingin mengucapkan Salam Maal Hijrah buat semua umat Islam, rakan-rakan, saudara mara, rakan2 blogger & semua yang mengenali diri nie..

Sekejap je masa berlalu, meninggalkan bulan2 yang telah terisi.

Alhamdulillah tadi lepas solat asar umat Islam beramai2 mengaminkan doa akhir tahun & lepas solat magrib tadi sekali lagi umah Islam beramai2 mengaminkan doa awal tahun.

Sekali lagi, Salam Maal Hijrah buat semua. Semoga hijrah kita sempurna, hakikatnya seharum cendana, i'tikadnya seagung singgahsana, makrifatnya seiring kejujuran dan dipayungi keikhlasan..

Tiada ungkapan mampu diluahkan melainkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar tatkala kita masih bisa bernafas pada tahun baru Islam hari ini. Moga tahun ini menjadi titik tolak pada perubahan yang besar dalam hidup kita. Maaf atas segala khilaf. Semoga sentiasa di bawah rahmat Allah. kalau kita mahukan kehidupan yang lebih baik, ayuh ubah diri kita..(^_^*)

Sunday, August 15, 2010

..:: -- Tanpa Wang -- ..::




Assalamualaikum W.B.T..

Hai ape kaba semua.. Macam mane ngan puasa korang,, harap2 semuanya ok.. Maaf ye kawan2 sebab da lame x update blog coz 'sibuk' sikit.. Okey hari nie aku nak share sesuatu mengenai 'sedekah'.. Korang pernah dengar cerita pasal 'Bersedekah' x..??.. Bersedekah nie xsemesinya kita mengeluarkan duit @ wang, tanpa wang pun kita boleh bersedekah tau.. Haaa, nak tahu macam mane, ok jom kita baca kisah kat bawah nie..


**************************

Assalamualaikum w.b.t.
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi : “Setiap yang baik itu sedekah.”
Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan untuk bersedekah. Sedekah bukannya dikira berdasarkan nilai wang semata-mata, bahkan skopnya lebih luas. Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah. Setiap langkah menuju solat itu sedekah. Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah. Nah, terbuka luas jalan untuk kita melakukan sedekah. Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar. Ketika solat, kebanyakan orang akan memakai songkok atau kopiah. Ada segelintir yang tak memakainya. Pemakaian songkok atau kopiah pun dikira sebagai perkara ma'ruf jika dilakukan. Terkadang kita selalu memandang remeh akan hal ini. Solat tanpa kopiah atau songkok pun dikira sah. Namun, lagilah cantik kalau kita sempurnakan zahir kita dengan amalan ma'ruf ini agar kita mendapat ganjaran sedekah yang dijanjikan. Selain itu, mendahulukan kaki kanan ketika memakai kasut. Ini juga dikira sebagai yang ma'ruf. Nampak memang sangat mudah. Mulakan kaki kanan dahulu ketika memakai kasut. Apabila nak menanggalkan kasut pula, keluarkan kaki kiri dahulu. Sebabnya ? Supaya kaki kanan berada lagi lama di dalam kasut berbanding kaki kiri. Ini sebagai satu bentuk penghormatan kepada kaki kanan. Persoalannya, pernahkah kita fikirkan ini semua dan melakukannya ? Bahkan masuk ke masjid dengan kaki kanan dahulu disertai doa masuk masjid, juga antara adab yang harus menjadi amalan yang boleh menambah sedekah kita. Kalau difikir-fikirkan, segala aktiviti harian dalam hidup ini, semuanya dikira sebagai sedekah sekiranya kena cara dan aturannya. Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda tu nampaknya kecil dan remeh. Tapi di sisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah. Kerana setiap yang baik itu, dianggap satu bentuk sedekah yang ternyata sangat menguntungkan kita jika diamalkan. Sekecil-kecil amalan itu, mungkin sebesar-sebesarnya di sisi Allah. Jadi, janganlah kita memandang mudah pada segala bentuk amalan yang baik itu. Selagi dikurniakan kesihatan yang baik, berlumbalah melakukan amal kebaikan. InsyaAllah ada sahamnya di akhirat kelak.

p/s : Ramadan da tiba kan..jom kita pakat2 tingkatkan amalan sedekah kita..yg kurang, kita tambah2kan.. ('',)

Thursday, August 12, 2010

..:: Ahlan Ya Ramadhan ::..



Assalamualaikum W.B.T..

Ape kaba semua, harap2 semuanya berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja.. Haa, ari nie merupakan 2 Ramadhan, da 2 ari kita berpuasa.. Orang2 kat luar 2 puasa x..? Puasa tau jangan tinggal lak.. Ok, berbalik pada bulan Ramadhan, sebut je bulan nie apa yang tergambar dalam fikiran kita ialah 'bulan yang mulia, bulan penuh keberkatan, bulan keampunan & sebagainya'.. Selain itu juga, kawan2 kita x pernah lupa masukkan bahan2 menarik dalam note & tag kita untuk membaca.. Ok, ari nie saya cume ingin berkongsi dengan anda semua mengenai kelebihan bulan Ramdhan..

********************************

KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

4. Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-

5. Daripada Abi Soleh Az-zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah berkata: Rassullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri(bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara.Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya. -Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi-

p/s :: x terlambat lagi rasenya untuk saya mengucapkan Hepi Ramadhan buat semua muslimin & muslimat.. Semoga puasa kita pada tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya & semoga kita sentiasa di beri kekuatan untuk menghadapi cabaran2 & semoga kita semua diberkati ALLAH S.W.T...^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...