Thursday, January 24, 2013
Kata 51
Wednesday, January 26, 2011
Dialog Rasulullah SAW dengan Iblis Laknatullah
Diriwayatkan oleh Muaz bin Jabal daripada Ibu Abbas r.a : “Ketika kami sedang duduk dan berbincang bersama-sama Rasulullah SAW di kediaman seorang sahabat Ansyar, terdengar suatu panggilan seseorang dari luar rumah : “Wahai penghuni rumah, bolehkah aku masuk?
Rasulullah bersabda: “Tahukah kalian siapa yang memanggil?” Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.” Baginda menjelaskan bahawa yang di luar itu adalah iblis laknatullah. Umar bin Khattab mencelah: “Izinkan aku membunuhnya wahai Rasulullah!” Nabi menahannya sambil mengatakan bahawa Allah memberinya (iblis) kesempatan terus hidup sehingga hari kiamat.
“Lebih baik bukakan pintu untuknya, sebab dia telah diperintahkan untuk itu. Fahamilah apa yang hendak dikatakannya dan dengar baik-baik!” sabda Nabi Muhammad.
Ibnu Abbas r.a berkata: “Apabila pintu dibuka, ternyata dia kelihatan seperti seorang lelaki tua yang cacat sebelah matanya. Di janggutnya terdapat tujuh helai rambut seperti rambut kuda, taringnya seperti taring babi dan bibirnya seperti bibir lembu.
Iblis berkata: “Salam untukmu Muhammad. Salam untukmu para hadirin.” Rasulullah SAW lalu menjawab: “Salam hanya milik Allah SWT. Sebagai makhluk terlaknat, apa yang kamu mahu?”
Iblis menjawab: ”Wahai Muhammad, aku datang ke sini bukan atas kehendakku, namun kerana terpaksa”. “Siapa yang memaksamu? Tanya Rasulullah. “Seorang malaikat utusan Allah menemuiku sambil berpesan: “Allah SWT memerintahkan untuk mendatangi Muhammad sambil menundukkan diri. Beritahu Muhammad tentang caramu menggoda manusia. Jawablah dengan jujur semua pertanyaannya. Demi kebesaran Allah, andai kau berdusta satu kali saja, maka Allah akan jadikan dirimu bagai debu yang ditiup angin”.
“Aku sekarang sudah di hadapanmu, tanyalah apa yang hendak kau tanyakan. Jika aku berdusta, aku akan dicaci oleh setiap musuhku. Tidak ada sesuatu pun yang paling besar menimpaku selain dairpada cacian musuh”.
*Orang yang paling dibenci iblis*
Rasulullah SAW lalu bertanya kepada iblis: “Kalau kau benar-benar jujur, siapakah manusia yang paling kau benci?” Iblis segera menjawab: “Kamu, kamu dan orang seperti kamu adalah makhluk Allah yang paling aku benci.”
“siapa selepas itu?” Tanya Rasulullah.
“Pemuda yang bertakwa yang mengabdikan diri kepada Allah SWT.”
“Lalu siapa lagi?”
“Orang alim dan warak.”
“Selepas itu siapa lagi?”
“Orang yang selalu bersuci (dalam keadaan ada air sembahyang).”
“Siapa lagi?”
“Seorang fakir yang sabar dan tak pernah mengeluhkan kerana kemiskinannya kepada orang lain.”
“Apa tanda kesabarannya?”
“Wahai Muhammad, jika ia tidak mengeluh kerana kedaifannya kepada orang lain selama tiga hari, Allah akan memberi pahala orang-orang yang sabar”.
“Selanjutnya siapa yang engkau benci?”
“Orang yang bersyukur.”
“Apa tanda kesyukurannya?”
“Ia mengambil kekayaan dari tempatnya dan mengeluarkan juga dari tempatnya”.
*Amalan yang menyakiti iblis*
Rasulullah SAW kemudian bertanya apa perasaan iblis ketika melihat umat Baginda hendak mendirikan solat.
“Aku merasa seram sejuk dan gementar.”
“Kenapa?” Tanya Rasulullah.
“Sebab, setiap seorang hamba yang bersujud sekali kepada Allah, maka Allah akan mengangatnya satu darjat.”
“Jika seorang umatku berpuasa?”
“Tubuhku terasa terikat.”
“Jika ia menunaikan fardi haji?”
“Aku seperti orang gila.”
“Jika ia membaca al-Quran?”
“Aku merasa meleleh laksana timah di atas api.”
“Jika ia bersedekah?”
“Laksana orang itu membelah tubuhku dengan gergaji.”
“Mengapa jadi begitu?”
“Sebab dalam sedekah ada empat keuntungan baginya iaitu keberkatan dalam hartanya, hidupnya disukai, sedekah itu kelak akan menjadi hijab antara dirinya dengan api neraka dan segala macam musibah akan terhalau daripada dirinya.”
“Apa yang dapat memukul kepalamu?”
“Orang yang solat berjemaah.”
“Apa yang mengganggumu?”
“Majlis para ulama.”
“Bagaimana cara makanmu?”
“Dengan tangan kiri dan jariku.”
“Di manakah kau menaungi anak-anakmu pada musim panas?”
“Di bawah kuku manusia.”
*Manusia yang menjadi teman iblis*
Rasulullah SAW kemudian bertanya kepada iblis siapa yang menjadi teman-temannya. Lalu iblis menjawab: “Pemakan riba.”
“Siapa sahabat karibmu?”
“Orang yang melakukan zina.”
“Siapa teman tidurmu?”
“Pemabuk.”
“Siapa utusanmu?”
“Tukang sihir.”
“Apa yang membuatkan kamu gembira?”
“Bersumpah dengan cerai.”
“Siapa kekasihmu?”
“Orang yang meninggalkan solat Jumaat.”
“Siapa manusia yang paling membahagiakan kamu?”
“Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja.”
Demikianlah sebahagian daripada dialog Nabi Muhammad SAW dengan iblis yang boleh dijadikan iktibar, pedoman dan renungan kita semua.
Sumber : Akhirul Kalam “Milenia Muslim”.
Friday, January 21, 2011
Sejarah Solat 5 Waktu
Assalamualaikum WBT…
Alhamdulillah bertemu lagi dalam ruangan nie.. Pertama sekali, terima kasih la buat anda yang sudi lagi membaca di ruangan nie.. Semoga apa yang dicoretkan dalam nie dapat dikongsi dan dapat dijadikan ingatan buat diri saya & kita semua. Alhamdulillah Program Karnival Solat anjuran Lujnah Tarbiah berjalan dengan lancar dan sebentar tadi telah tamat suatu slot bengkel ‘Smart Solat 1’.. Ceramah yang disampaikan oleh Ustaz Syed Mohd Bakri Bin Syed Ishak melalui gaya penyampaiannya yang cukup santai dan bersahajanya membuatkan intipati ceramah sampai kepada pendengar. Haa apa yang menarik tentang ceramah tadi ialah salah satunya mengenai “Sejarah Solat 5 Waktu”.. Kalau korang da tahu pasal nie ok la,bagus la. Lau yang belum tahu jom bace kisah kat bawah nie.. :-
Sejarah Solat 5 Waktu :-
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi terakhir yang diutuskan oleh Allah SWT untuk membimbing manusia ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang lain, umat nabi Muhammad telah diperintahkan untuk mengerjakan solat 5 waktu setiap hari. Ini merupakan kelebihan dan anugerah Allah SWT terhadap umat nabi Muhammad dimana solat tersebut akan memberikan perlindungan ketika di hari pembalasan kelak. Berikut merupakan asal-usul bagaimana setiap solat mula dikerjakan.
SUBUH
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi Adam a.s. iaitu ketika baginda keluar dari syurga lalu diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat. Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam a.s. pun bersembahyang dua rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur kerana baginda terlepas dari kegelapan malam.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana siang telah menjelma.
ZOHOR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi Ibrahim a.s. iaitu tatkala Allah SWT telah memerintahkan padanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s.. Seruan itu datang pada waktu tergelincir matahari, lalu sujudlah Nabi Ibrahim sebanyak empat rakaat.
i) Rakaat pertama: Tanda bersyukur bagi penebusan.
ii) Rakaat kedua: Tanda bersyukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya.
iii) Rakaat ketiga: Tanda bersyukur dan memohon akan keredhaan Allah SWT.
iv) Rakaat keempat: Tanda bersyukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas.
ASAR
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi Yunus a.s. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah SWT daripada 4 kegelapan iaitu:
i) Rakaat pertama: Kelam dengan kesalahan.
ii) Rakaat kedua: Kelam dengan air laut.
iii) Rakaat ketiga: Kelam dengan malam.
iv) Rakaat keempat: Kelam dengan perut ikan Nun.
MAGHRIB
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah Nabi Isa a.s. iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah SWT dari kejahilan dan kebodohan kaumnya, sedang waktu itu telah terbenamnya matahari. Bersyukur Nabi Isa, lalu bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan dari kejahilan tersebut iaitu:
i) Rakaat pertama: Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa.
ii) Rakaat kedua: Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang.
iii) Rakaat ketiga: Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu iaitu Allah SWT semata-mata, tiada dua atau tiganya.
ISYAK
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi Musa a.s.. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat mencari jalan keluar dari negeri Madyan, sedang dalam dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah SWT menghilangkan semua perasaan dukacitanya itu pada waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa empat rakaat sebagai tanda bersyukur.
i) Rakaat pertama: Tanda dukacita terhadap isterinya.
ii) Rakaat kedua: Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun.
iii) Rakaat ketiga: Tanda dukacita terhadap Firaun.
iv) Rakaat keempat: Tanda dukacita terhadap anak Firaun
Sungguh unik dan menarikkan. Rupa-rupanya solat kita nie pun ada sejarahnya.. Haa, bukan dunia nie je ada sejarahnya. Kalau dilihat dengan jelas semua perkara itu ada sejarah masing-masing, cume kadang-kadang kita tahu ataupun tidak.. Syukur Alhamdulillah kerana berpeluang untuk mengetahui mengenai sejarah ini..
Thursday, December 16, 2010
Muharram
Hari nie merupakan hari bersejarah dalam bulan Islam di mana terdapat banyak peristiwa sejarah Islam yang terjadi pada hari nie atau disebut 10 Muharram. Sama-sama kita baca dan amalkan.
Sumber : Rahsia & Amalan Bulan Islam ; Muharram - Zulhijah.
: Amalan & Ibadat Seharian.
: Terbitan Darulnuman.
Kerana pada waktu itu umat Islam masih belum mempunyai tahun yang pasti, maka tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW disebut Tahun Gajah. Sebab dinamakan Tahun Gajah, kerana tentera Abrahah dari Ethiopia menyerang kota Makkah dengan maksud untuk meruntuhkan Kaabah. Abrahah dan pasukannya datang ke Makkah dengan mengenderai gajah. Akan tetapi usahanya ini gagal kerana dihancurkan Allah dengan mengirim burung Ababil yang menjatuhkan batu-batu berapi, sehingga tubuh mereka hancur seperti kayu yang dimakan ulat.
Untuk menentukan hitungan dan nama-nama tahun yang pasti di dalam Islam, maka khalifah Umar bin Al-Khattan berpendapat dan menilai bahawa peristiwa hijrah Rasulullah SAW adalah merupakan peristiwa sangat penting untuk dijadikan hitungan permulaan tahun dalam Islam.
Khalifah Umar bin Al-Khattab beralasan, bahawa dengan berhijrahnya Nabi Muhammad SAW, telah membuatkan baginda terhindar dari ancaman maut, selamat dari penganiayaan kaum Musyrikin Makkah dan di tempat baru lebih terbuka kesempatan untuk menyebarluaskan ajaran Islam ke tengah masyarakat. Di samping itu hijrah merupakan peristiwa bersejarah yang memisahkan antara Makkah dengan Madinah.
Usulan khalifah Umar bin Khattan diterima oleh para sahabat pada waktu itu, maka ditetapkanlah satu Muharram sebagai permulaan tahun baru dalam Islam atau disebut dengan permulaan tahun Hijrah.
1. Taubat Nabi Adam as, diterima oleh Allah SWT.
2. Nabi Idris as. diangkat ke Syurga.
3. Nabi Nuh as. diselamatkan dalam pelayarannya.
4. Nabi Ibrahim as. diselamatkan Allah dari dibakar Raja Namrud.
5. Nabi Yunus as. dikeluarkan dari perut ikan nun.
6. Kesalahan Nabi Daud as. diampuni oleh Allah.
7. Nabi Yusuf as. dibebaskan dari penjara.
8. Nabi Ya'kub as. dapat melihat kembali.
9. Nabi Ayub as. disihatkan dari penyakit kulit.
10. Laut merah terbelah dua.
1. Puasa sunat Muharram dan keutamaanya.
10 Muharram adalah merupakan hari yang sangat bersejarah di dalam Islam sebagaimana sangat banyak peristiwa2 penting yang terjadi. Memandangkan sangat mulianya hari tersebut, maka Rasulullah SAW menganjurkan supaya kita mengerjakan ibadah puasa. Bagi yang mengerjakan ibadah puasa pada hari ke 10 dari bulan Muharram itu akan memperoleh pahala sebagaimana yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam hadithnya yang bermaksud :
"Seutama-utama solat selepas solat fardhu adalah solat di waktu malam dan seutama-utama puasa selain puasa bulan Ramadhan adalah pada bulan Allah, iaitu Muharram."
(HR. Muslim)
"Rasulullah SAW ditanya berkenaan puasa hari Asyura (hari ke 10 dari bulan Muharram), maka baginda menjawab : "Dapat menghapuskan dosa setahun yang lalu."
(HR. Muslim)
"Barangsiapa berpuasa satu hari dari bulan Muharram maka baginya setiap hari mendapat 30 kebajikan."
(HR. Muslim)
Imam Syafi'e di dalam kitabnya "Al-Um menyatakan bahawa sunnah hukumnya berpuasa pada hari itu, iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
2. Bersedekah, Mandi Sunat, Menyatuni Anak Yatim dan Melihat Orang Sakit.
Di samping berpuasa, dianjurkan pula supaya memperbanyak sedekah pada hari tersebut, kerana dalam suatu riwayat dikatakan ; barangsiapa bersedekah pada hari itu seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang yang meminta selama hidupnya dan barangsiapa yang mandi sunat diniatkan mandi menyambut 10 Muharram nescaya tidak akan terkena sakit pada tahun itu, kecuali mati.
Barangsiapa menyantuni atau menyapu kepala anak yatim pada hari Asyura, seolah-olah ia menyantuni seluruh anak yatim di muka bumi dan barangsiapa melihat seorang sakit pada hari itu, seolah-olah ia melihat seluruh orang sakit.
Semoga sama-sama dapat kita lakukan amalan di atas.(ingatan buat diri sendiri juga).
Sebarang kesilapan harap dimaafkan dan kami meminta keampunan Allah SWT atas yang sedemikian itu kerana tiadalah upaya melainkan dengan pimpinan dan pertolongan-Nya.
Teguran yang membina amat dialu-alukan.
Sekian, Wassalam..
(^_______^*)
Wednesday, December 15, 2010
Membuah Sabar
Assalamualaikum WBT..
Sabar ---> satu perasaan, tindakan yang tidak dapat didefinasikan.
Ramai yang mudah berkata "sabar ye?" apabila orang lain ditimpa masalah, tapi apabila diri sendiri diuji dengan ujian yang amat dahsyat, masihkah lagi perkatan sabar dapat bertahan dalam diri?
Ayuh! kita belajar bagaimana ingin membuah sabar.
Meminjam peribahasa "lain lubuk lain ikan" disamakan dengan "lain orang lain ujiannya".
Setiap ujian yang ALLAH beri berbeza-beza tertakluk pada kemampuan hamba-Nya. Lupakah kita pada firmannya?
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo'a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri maaflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." - Surah Al-Baqarah, 286
Lihat! Allah itu Maha Penyayang lagi Maha Pengasih, Dia tidak akan timpakan kita dengan sesuatu yang kita tak mampu. Dia juga tidak akan jadikan suatu ujian itu sia-sia tanpa ada hikmah disebaliknya.
Ujian Rasulullah
Kita singkap kembali sirah, baginda Nabi Muhammad s.a.w, ujian yang menimpa baginda sangat hebat.
Bermula semasa lahir, baginda sudah kehilangan ayahnya, kemudian ibunya, datuknya, disusuli bapa saudaranya, sehinggalah isterinya yang tercinta, Siti Khadijah.
Orang-orang yang baginda kasihi sudah mengadap Illahi.
Ini belum lagi termasuk ujian dalam menyebarkan Islam untuk sampai kepada kita pada hari ini, bermacam-macam ujiannya.
Dibaling najis, gigi baginda patah dalam satu peperangan, dipulau dan bermacam-macam lagi tekanan yang baginda hadapi.
Tapi ujian itu tidak pernah menghalang baginda supaya menjadi orang sabar.
Cuba kita renungkan kembali di zaman baginda s.a.w dahulu tiada handphone, tiada facebook, tiada yahoo messenger dan tiada kemudahan internet seperti yang kita ada pada hari ini, tapi lihatlah kerana kecekalan, kesabaran baginda dan para sahabat, Islam sampai kepada kita hari ini dan kita mengenal Allah dan merasa indahnya iman.
Mungkin ada sesetengah mengatakan bahawa baginda dapat menghadapi ujian-ujian tersebut kerana baginda merupakan seorang Rasulullah.
Mengapa pula begitu, baginda juga manusia biasa seperti kita, apa yang membezakan ialah baginda mempunyai keimanan yang benar-benar mantap.
Begitu juga dengan ujian yang baginda hadapi sesuai dengan kemampuan baginda.
Ujian yang hebat untuk manusia yang hebat! Kita bagaimana?
Bicara tentang iman
Iman itu ialah ketaqwaan kepada Allah, penuh khauf dan raja'. Jadi apabila kita ditimpa ditimpa sesuatu musibah atau ujian pintalah kepada Allah agar dibesarkan iman untuk kita hadapinya bukan diminta dikecilkan masalah yang kita hadapi.
Kita boleh mengatasi segala ujian yang Allah berikan dengan tenang jika kita punyai pergantungan yang tinggi kepadaNYA.
Oleh itu apa jua masalah yang ada, muhasabah kembali hubungan kita dengan Allah, renungkanlah kembali.
Adakah kita telah menjaga sebaik-baiknya hubungan kita dengan-Nya?
InsyaAllah jika kita jaga hubungan kita dengan Allah, Allah akan jaga hubungan kita dengan yag lain. Allah akan bantu kita dari segenap sudut yang kita tak sangka-sangka.
Tapi kalau saya dah jaga hubungan dengan Allah sebaiknya macammana pula?
Jika begitu, kita perlu muhasabah kembali, mungkin tanpa kita sedari ada hak-hak dengan Allah kita tak tunaikan, begitu juga dengan hubungan sesama manusia.
Dan jika dah jaga semuanya, itulah dinamakan ujian sama ada kifarah dosa-dosa lepas atau peluang kita merebut pahala dan meningkatkan iman. Bukankah kita ini hanya manusia?
Jangan pernah lupa bahawa kita adalah hamba Allah s.w.t. Jadi, kita layak diuji kerana kita hanyalah hamba-Nya.
Jadilah hamba yang bersyukur.
Apa jua yang ada dalam hidup, syukurilah, belajarlah jadi orang yang sentiasa bersyukur. InsyaAllah masalah-masalah yang kecil tidak akan timbul, dan kita akan miliki sifat sabar.
Rasulullah s.a.w, walaupun dijamin syurga tapi Baginda s.a.w, tetap menunaikan solat dan ibadah malam sampai kakinya bengkak-bengkak.
Dalam satu hadis, apabila ditanya Aisyah r.a, mengapa Baginda beribadah malam sehingga kakinya bengkak sedangkan baginda sudah dijamin syurga, Baginda menjawab dengan tenang, "Aku ingin jadi hamba yang bersyukur".
Salam mujahadah membuah sabar.
(ingatan buat diri sendiri juga, semoga dikuatkan hati)
Thursday, December 9, 2010
Tika Nafas Berwirid
Wahai penjaga nyawaku..
Aku hanyalah insan kerdil yang berpijak di alamMu
Tanpamu siapakah aku di dunia ini..
Kau memberi cahaya tikaku kegelapan..
Kau memberiku ilham tika kebuntuan..
CahayaMu ibarat kilauan yang tak tergambar..
Terima kasih Ya Allah kerana masih memberiku waktu hari ini..
Kerana esok belum pasti menjadi milikku..
Wahai pemberi nafasku..
Ampunilah segala dosa-dosaku ini..
Kerna aku senantiasa melakukan kemungkaran kepadamu..
Moga kau berkati kehidupan ini…
Amin





