Showing posts with label ape-ape saje... Show all posts
Showing posts with label ape-ape saje... Show all posts

Saturday, January 7, 2012

Kata 15









Assalamualaikum WBT..





Dekat tapi jauh..


vs


Jauh tapi dekat..






notakaki :: semoga semuanya sihat dan berada dalam jagaan Allah SWT serta diberkati Allah SWT. Rindu mereka..

Monday, January 2, 2012

Kata 12








Assalamualaikum WBT..




Alhamdulillah syukur Ya Allah kerana semuanya dipermudahkan.

Akhirnya selamat sampai ke rumah sewa di Ipoh, biarpun lewat kerana kenderaan yang berpusu-pusu melintasi saya, namun akhirnya sampai..

Alhamdulillah kereta tak brokna *buat masalah*, cuaca baik dan kesihatan pun baik. Alhamdulillah..



Tapi agak Penatttt...

Mungkin letih naik bas dari Besut ke Kuala Lumpur tak hilang lagi dan sampai Kuala Lumpur rehat sekejap dan terus balik Ipoh..


Dan sekarang sudah mula rindukan mama, baba, che dan semua.. *adoi, ini lah padahnya cuti sebulan lebih tak ingat dunia..*


Ok, selamat membuat persiapan fizikal dan mental untuk masuk kelas kawan-kawan dan saya sendiri!


Semoga selamat sampai kepada mereka yang baru hendak berangkat ke tempat yang ingin ditujui..


Notakaki :: sekarang sudah ada dekat Ipoh mimi, bukan dekat rumah.. Bangkit mimi, bangkit..!!


Tuesday, November 1, 2011

Diari November =)




Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera..


Selamat datang bulan November.



Diari November :-




Minggu Belajar

: Tarikh – sepanjang sebelum bermulanya peperiksaan.

: Masa – bila ada masa terluang & bila ada “Mood

: Tempat – sudah tentu di bumi Ipoh, Perak. Teruk kalau buat keputusan nak belajar di rumah sebab “godaan” tv, katil dan buku2 cerita di rak sungguh KUAT.

: Nota – errrr, datang la mood belajar.. =,=



Hari Raya Korban

: Tarikh – 6 November 2011.

: Masa – 12.00-12.00

: Tempat – Ipoh. Raya di perantauan..HAHA

: Nota – pasti akan rindukan keluarga.



Minggu Peperiksaan

: Tarikh – 10, 15, 16 dan 17 NOVEMBER 2011..

: Masa – tertakhluk kepada syarat dan terma.

: Tempat – tempat saya belajar laa..

: Nota – silalah bersungguh2 menjawabnya.. =,=



Majlis perkahwinan

: Tarikh – 27 November 2011

: Masa – sepanjang majlis berjalan

: Tempat – di mana-mana majlis itu diadakan...

: Nota – nak kahwin jugak... HAHA


notakaki :: macam x penuh sangat pun. Alhamdulillah hari pertama berjalan lancar..(^___^*)

Friday, October 28, 2011

Perubahan

Assalamualaikum WBT & selamat sejahtera...




Orang cakap dalam hidup kadang-kadang kena la buat perubahan kan..
Tak kan nak duduk kat takuk lama je..




Ok,
sekarang...
Saya da lakukan perubahan pada blog SAYA...
Ala setakat 'background' je..





notakaki :: Pensyarah pernah cakap warna hitam warna yang suram, jangan selalu guna warna hitam. kalau pakai tudung pun elakkan tudung hitam sebab nanti tak berseri. Oke, nasib baik pensyarah suruh elakkan pakai tudung hitam bukan elakkan buat blog warna hitam.. hehe.. Hitam nampak kemas..(^____^*)

Tuesday, September 27, 2011

= , =





Assalamualaikum..



Sorry for the silence..



Terjumpa kata-kata ini..


" Sesekali ditegur janganlah berasa hati.. Rendah diri dan berlapang dadalah kerananya.. Siapa tahu berubah yang tidak baik menjadi lebih baik dari sebelumnya.. Dan tentu ia jauh lebih bernilai daripada membiarkan tanpa sesekali menerimanya..."


notakaki :: Selamat Menjalani Kehidupan yang kadangkala makin mencabar serta ada turun naiknya.. (^__^)

Friday, August 19, 2011

:(((








Assalamualaikum WBT..

Tiada ruangan lantunan semangat untuk minggu ini..

Terpaksa memberi komitmen pada tugasan yang perlu diselesaikan..

Menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan..

Cepat la cuti..

Nak balik kampong, nak balik rumah..

Rindu suasana membantu mama di dapur,

Rindu nak bawak adik-adik ke bazaar ramadhan,

Rindu nak mintak mama masak lauk kegemaran,

Rindu nak hantar lauk kat rumah nenek,

Rindu nak terawih bersama-sama mereka,

Rindu nak tolong nenek tangkap ayam kampong, sembelih & carik bulu ayam!

Rindu nak jaga kedai, lepas tu mak cik2 ramai datang cari ‘ragi’ nak buat tapai!

Rindu nak tengok pak cik2 lepak depan kedai untuk tunggu waktu berbuka..

Rindu nak tengok orang bukak kedai..

Rindu nak g rumah tukang jahit, amek baju raya..

Rindu nak cuba baju raya, lepas tu g cari tudung raya..

Rindu nak tunggu mama kejut, teman dia masak untuk sahur..

Rindu nak dengar tazkirah mama..

Rindu nak dengar bebelan mama..

Rindu nak dengar kata-kata semangat mama..

Rindu nak bercerita dengan semua..

Rindu nak tengok cerita2 best dengan adik-adik..

Rindu nak basuh baju raya, lepas tu bergaduh nak jemur *sebab semua malas*..hahaha

Rindu nak gosok baju raya, kain telekung..

Rindu nak masak rendang dengan mama, pilih menu untuk raya pertama..

Rindu nak g masjid kat rumah, jumpa orang kampong..

Rindu nak g jalan-jalan, kutip duit raya..

Rindu suasana raya...

Rindu serindu-rindunya tanpa menyedari Ramadhan hampir meninggalkan kita. Berpuas hati atau tidak dengan amalan yang telah dilakukan.. hanya tinggal beberapa hari sahaja, ayuh rebut peluang yang ada. *ingatan buat diri ini juga*..


Notakaki :: Kita tidak mengetahui sama ada kita berkesempatan atau tidak untuk ramadhan akan datang..:((

Saturday, June 25, 2011

Kita Pun Tak Pasti =)






Assalamualaikum WBT.


Ape khabar, harap anda semua sihat sejahtera. Haa, sapa-sapa yang sakit atau demam silalah makan ubat ye. *cakap orang je, tapi saya x makan pun. Xsuka ubat!*. Macam mana perjalanan kuliah dan kerja seharian, harap semuanya baik-baik saje ye. Saya Alhamdulillah walaupun tiap hari makin penat tapi semuanya masih terkawal.


Perbentangan setiap hari diberi, tugasan sampingan serta benda yang remeh tapi wajib dibuat semuanya perlu diselesaikan dalam masa satu minggu, sampai demam saya dibuatnya. Bermula minggu akhir sebelum cuti, membawa si hijau ke PUSPAKOM dan bawak dari KL ke Ipoh. Selesaikan ke JPJ dan pejabat insurans. Fuhh, sesat jalan wooo! Tapi best, banyak benda saya belajar dan dari tak tahu jadi tahu. Berulang alik ke pejabat JPJ selama tiga hari berturut-turut membuatkan saya jadi tertekan tapi ayah saya yang duk jauh tu lagi tertekan jadinya selesaikan saje. Ape2 pun, Alhamdulillah semua selesai.


Musim kuliah, musim saya bersama rakan-rakan saya! Musim bergosip dan musim untuk mengetahui cerita terbaru dari mereka. Seronok, banyak berita gembira saya dengar dari mereka. Tumpang gembira sekaki. Banyak sangat cerita sampai saya naik gila, hehe. Ape2 pun semoga urusan kalian dipermudahkan oleh ALLAH SWT. Amin.


Minggu pertama di IPG, setiap hari yang dilalui pasti ada pengajaran di sebaliknya. Apa yang saya dapat ialah saya berjaya merungkai persoalan mengapa kadang-kadang benda tu kita teringin sangat nak tapi kita tak dapat pun. (^__^)


Situasi pertama : Kali pertama saya ke pejabat JPJ Ipoh untuk selesaikan hal kereta. Hari pertama pergi, memecut laju sebab kelas mula balik jam 2.30 petang. Sampai ke JPJ jam 1.00 tengah hari, cuai naik tangga dan hampir jatuh tangga! Masuk nak uruskan hal kereta tapi malangnya kaunter da tutup! Pulang dengan perasaan hampa, sebab ingat nak siapkan semuanya. Hari kedua pergi semula ke sana, membawa segala dokumen & sedang ralit saya mengisi borang datang la seorang pak cik menegur saya. Berbual-bual dengan dia dan dia bagitahu macam mane nak buat semua nie. Rupanya banyak benda yang saya tertinggal dan belum uruskan. Pulang lagi sekali. Hari ketiga datang balik ke JPJ dan bawak semua benda yang saya tertinggal, Alhamdulillah selesai semuanya. Agak-agaknya kalau hari pertama saya pergi tanpa tahu apa-apa tu mesti saya lagi tertekan. Tu maksudnya ALLAH tak nak bagi benda yang kita teringin sangat nak sebab nanti kita boleh belajar benda baharu.


Situasi kedua : Saya pada mulanya perlu menemani rakan serumah untuk pulang ke KL amek kereta. Di saat-saat akhir saya x boleh ikut sebab saya demam. X larat sangat-sangat. Rancangan itu terpaksa dibatalkan. Saya nak balik KL dan singgah rumah baba untuk ambil barang-barang saya, tapi keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Saya hanya mampu menghantar mereka ke medan gopeng je. Balik rumah terus mesej baba cakap tak dapat ke KL sebab demam. Baba balas, kamu rehat la, makan ubat dan lagipun kalau kamu datang tak ada orang kat rumah. Baba dan kak ama nak balik Besut, kakak ke Johor. Tengok, mesti ada sebab kenapa benda yang kita nak sangat tapi kita tak dapat sebab kalau saya ke KL pun xada orang kat rumah..


Situasi ketiga : Saya jeles dengan kawan-kawan saya sebab diaorang semua da ada *****! Saya bagi gelaran 11/12 sebab saya sorang dari semua bdk perempuan kelas saya yang masih ******. Haha, *ape pun x ada*!! Tapi kadang-kadang saya terfikir mungkin saya belum jumpa yang betul-betul sesuai untuk saya dan mungkin ALLAH nak bagi peluang kepada saya untuk terus menimba ilmu. Ape2 pun saya kena kuat, bertahan dan terus bersabar! Agaknya kalau saya da ada ****** mesti saya jadi cepat perasan, cepat lupa diri, lupa buku & lupa semuanya, saya tahu diri saya macam mana dan ALLAH sebagai pemilik mesti lagi Mengetahui. (^____^*)


Tiga situasi tapi mampu menjawab beribu persoalan. Terimalah sesuatu dengan hati terbuka. Setiap hari adalah pelajaran, kadang-kadang kita sedar dan kadang-kadang kita tak sedar. Sekian saje, selamat berhujung minggu. Jangan lupa, jaga diri, jaga iman..!


Notakaki :: Saya perlu lebih bertenang dan bersabar. Semuanya sudah tertulis, hanya doa dan harapan yang tinggal. Mimi, semoga cepat sembuh dari demam!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...