Thursday, November 25, 2010

Bahagia & Ceria

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah akhirnya sampai jugak ke KL... sampai pagi tadi jam 5.30 pagi & baba kesayangan yang menjemput saya, mama & adik2 dia Hentian Putra. Tiada ape yang lebih membahagiakan melainkan berkumpul satu keluarga. Sekarang kakak2 & baba saya keluar bekerja & ape2 pun tak saba nak tunggu semua balik kerja.. Mama saya sibuk kemas rumah, adik saya masih tido..*letih lagi kot*...

Ok, di sini ada beberapa benda yang nak di kongsi.. enjoy reading..:-

*********************

7 tips bagaimana mengelak dari dikuasai fikiran negatif adalah:

1. Maafkan semua orang sebelum Anda tidur.

Lupakan kesalahan mereka yang menyakitkan hati Anda. Maafkan dan beritahu diri sendiri jangan ingat lagi.

2. Membantu dengan penuh minat, bukan sekadar ikhlas.

Jadi membantu orang lain sesuatu yang menyeronokkan untuk dibuat. Be helpful! Dalam erti kata lain jadikan sikap suka membantu sebagai ‘passion’ Anda. Jangan membantu kerana ‘ada udang disebalik batu’.

3. Hormati sesiapa saja.

Walau siapapun dia, hormati dia. Jangan nilai orang dari jawatan, harta dan pangkat. Anda pula jangan hanya mahu dihormati, sebaliknya biarlah Anda hormati semua orang.

4. Jadilah diri sendiri, jangan jadi seseorang yang Anda nampak ‘perfect’.

Mungkin Anda kenal dengan seeorang yang Anda nampak sempurna – popular, bergaji besar, berkereta mewah, rumah mewah, bergaya, nampak serba lengkap. Nak jadikan dia sebagai contoh ikutan boleh tapi janganlah jadi perfect sangat macam dia sebab Anda akan hilang jatidiri, akhirnya Anda hilang semangat nak memajukan diri. Contohi apa yang positif pada dirinya, kemudian amalkan.

5. Elak dari menyertai perbincangan negatif.

Orang berjaya suka bercakap pasal idea. Orang yang tak nak berjaya suka bercakap pasal orang lain. Sekarang Anda sudah dapat bezakan mana satu orang yang nak berjaya dan mana satu orang yang cuma mahu kekal di tempat biasa.

6. Elak megomel-mengomen, mengata dan mencaci.

Elak fikiran negatif dengan berhenti mengomplen, megomel untuk menyatakan rasa tidak puas hati. Stop complaining! Elak bercakap pasal keburukan orang.

7. Bersyukur atas segala apa yang Anda ada.

Bersyukur sebab Anda masih hidup hari ini. Anda tak akan tahu bila Anda mati.

Syukuri rezeki Anda tiap kali Anda makan dan tiap kali Anda minum, walaupun Anda cuma minum air kosong!.

Amalkan berterima kasih pada Tuhan start dari sekecil-kecil nikmat hinggalah sebesar-besar nikmat.

Walaupun hidup Anda bermasalah, sikap rajin bersyukur akan membuat masalah tu hilang sedikit demi sedikit.

Anda kekal dalam masalah sebab Anda berfikiran negatif.

Renungan buat diri sendiri juga... Kadang2 kita yang akan jadi sakit hati kalau sentiasa berfikiran negatif kan.. Ape2 pun ceria2 la selalu & semoga hidup kita terus ceria..

*Teringat kat satu pepatah :- Lihatlah seseorang dengan memandang perkara positif yang ada pada dirinya bukan sikap negatif yang ada padanya, pasti hidup kita akan tenang..(^_^)*

4 comments:

NurIkin(",) said...

insyaAllah ore jdknnyo sbgai pegangan.. smoga bbhgia slalu ngan famili..hehehe

Nur Shamimi Jamudin said...

amin....sama2 kita jadikan sebagai pegangan kita...
semoga ikin pun bahagia selalu ngan family...hehe..
selamat bercuti..(^_^*)

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

waa.. nice one mimi... thanks for da advice.. kawe do bule kecek klate lo ni.. agaga

Nur Shamimi Jamudin said...

hehe..welcome...

*waaa ganah ar.. x sapa seminggu g klate buleh kecek klate doh.. biso molek ar..* -faham ke x nie, lau x sila ke kelantan balik-.kih3x..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...