Tuesday, November 2, 2010

Buku vs Study..



Assalamualaikum W.B.T..

Lau orang lain sibuk duk baca duku BM, BI, PJ, KS @ ape2 buku pun untuk final..

Tapi saya lak sibuk mengkhatamkan buku di atas nie..

Demi menghilangkan rasa bosan saya ketika di rumah..

Buku yang da lamaaaaaaa saya beli, tapi ambik masa yang lamaaaaaaa untuk saya habiskan bacaannya..

Err, sebab lambat habis baca biarlah rahsia.. hihi

Buku nie saya beli masa ada jualan buku kat IPG baru2 nie.. *baru2 nie pun da agak lama la*

Banyak cite menarik yang boleh diambik iktibar..

Terlalu banyak yang ingin saya kongsi..

Tapi macam x terlarat je nak tulis semua..

Banyak kisah yang best2..

Tapi saya masuk yang menarik minat saya je..hihi

Lau nak tahu yang lain2 boleh la pinjam..*lau nak pinjam ar*..

Lau x, mungkin kat kedia ada jual..hihi

Eh jap…

PERHATIAN, PERHATIAN, PERHATIAN!!!!!!

Sebelum ke kata2 seterusnya saya nak cakap..

Post pasal cerita nie xada kena mengena dengan yang hidup @ yang telah meninggal dunia. Cerita nie hanya untuk suka2 & hanya untuk perkongsian buat semua.. harap anda-anda semua x salah faham ye..

Ok Sekian, Terima Kasih.. (^_^*)

Bila seseorang itu kerap jatuh cinta, ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri”…

Tidak ada siapa pun yang dapat melarikan diri daripada mencintai dan dicintai. Ia adalah fitrah semua manusia terdorong untuk menikmati cinta. Cinta adalah satu rasa paling asyik yang bertandang dalam hati manusia. Kemuncak cinta – ada yang masuk syurga kerana cintanya. Dan tidak kurang ramai juga yang akan dihumbankan ke dalam neraka gara-gara cintanya.

Datangnya cinta dari 2 sumber. Pertama dari hawa nafsu dan kedua dari Allah. Cinta yang diilhamkan oleh nafsu terjadi bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak mahu bertaubat. Cinta nafsu walaupun kurang ‘asyiknya’ tetapi ia tidak berkekalan dan hanya akan menyusahkan manusia di dunia, lebih-lebih lagi di akhirat.

Firman Allah : “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan”..

Anda telah sedia untuk bercouple jika…

Niat anda memang untuk berkahwin dengan ‘si dia’ demi menjaga agama & akhlak agar sentiasa terpelihara.

Sudah punya kekuatan dan ketahanan diri untuk tidak terlibat dengan perkara-perkara yang diharamkan oleh agama seperti berdua-duaan di tempat sunyi, berpegangan tangan dan melakukan tindakan-tindakan yang membawa kepada “muqaddimah” zina.

Sudah “lepas” ilmu fardhu Ain dan mempunyai tahap pencapaian akademik yang baik dalam pengajian anda. Atau sebaik-baiknya sudah mempunyai pekerjaan yang tetap.

Sudah istiqamah menjaga solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan dan sedang berusaha sedaya upaya menjadi muslim dalam ertikata yang sebenar.

Sebaliknya anda belum bersedia untuk bercouple jika..

Masih sukar mengawal nafsu dan tidak punya keyakinan untuk menahan diri daripada melakukan perbuatan-perbuatan negative seperti berpegangan tangan, menyentuh dan ..dot..dot..

Masih kandas ilmu fardu Ain. Mengaji Quran pun lintang-pukang dan punya masalah besar dalam pelajaran. Atau anda adalah penganggur yang masih tercari-cari pekerjaan…

Mengucap dua kalimah syahadah pun belum fasih, solat jarang-jarang, puasa kadang-kadang…aduhai!!

“Cinta yang sejati ialah cinta yang tidak bertambah kerana kebaikan dan tidak berkurang kerana kesalahan”..

BISIKAN NURANI

Telah tepatlah panduan syariat

Disitulah noktah segala sangsi

Terciptalah kata putusku yang muktamad

Tak kan ku rela berundur lagi

Pada sebuah sabda yang menjernihkan

Terkuburlah segala keruh di fikiran

Terbinalah sebuah tenteram di perasaan

Kebangsawanan, hartawan dan rupawan

Hanyalah nilaian mata

Yang usianya sementara

Tetapi bila pilihan lantaran agama..

Pasti kekal setia buat selama-lamanya.

Sesungguhnya pada wanita yang bertaqwa itu

Terkumpullah segala keindahan dan kebenaran

Kekayaan pada lapangan hati

Rupawan pada indahnya budi

Bangsawan pada kerendahan hati..

Yang sering sujud di telapak Ilahi

Ya, kaulah jawapan bisikan nuraniku

Pada “istikarah” yang kuaju sejak dulu!

Bila jiwa bersedia, kekasih akan tiba”…!!

Cinta pertama, cinta utama”…

Cinta.. sesuatu perkara yang indah jika ingin diperkatakan. Siapa yang x mahu dicintai & mencintai. Fitrah manusia, kita semua mahukan perasaan itu. Namun jika kita sudah bersedia apa lagi yang ditunggu, sucikan cinta kita mengikut jalan yang betul & diredhai..

Selamat berbahagia (^_^)




No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...