Assalamualaikum W.B.T
Alhamdulillah selesai sudah 1 majlis yang cukup istimewa anjuran Biro Agama & Kerohanian Institut Pendidikan Guru Kampus Ipoh..
Majlis kenangan bersama Timbalan Pengarah & akak serta abang Unit E serta KPLI berjalan dengan lancar dengan adanya bantuan & kerjasama dari semua pihak.
Majlis nie bermula sejak petang lagi iaitu Majlis Iftar Jami’e anjuran Lujnah Tarbiah & diikuti dengan majlis kenangan bersama nie.
Dimulai dengan solat magrib berjemaah, bacaan yassin & doa selamat, ucapan VVIP, solat isyak berjemaah sehinggalah ke jamuan akhir.
Alhamdulillah majlis berjalan seperti yang dirancang serta mendapat bantuan & kerjasama dari semua pihak bermula dari majlis berbuka puasa sehingga ke akhir iaitu mengemas.
Majlis nie berakhir pada jam 10.30 malam..
*xtahu nak tulis ape da sebenarnya*..
Terima kasih buat semua yang membantu menjayakan majlis ini, terima kasih atas segala bantuan yang diberi. Semoga jasa & penat lelah kalian dibalas oleh Allah S.W.T.. dan semoga kalian diberkati Allah S.W.T..
*********
Mutiara Kata :
"Terpaku matanya melihat harta yang bertimbun setinggi gunung, sungai yang mengalir susu, tapi milik siapakah? Tiba-tiba datang seseorang memberitahu itulah balasan amalan mu di dunia. Lantas dia menyatakan, aku tak buat apa2 di dunia kerana aku letih & hampir putus asa. Orang itu menjawab itulah harga bagi keletihanmu & kesabaranmu untuk terus menggerakkan dakwah. Sebuah analogi untuk para daie kerana janji ALLAH melebihi segalanya. Jika kamu bantu agama ALLAH, kelak kamu dibantu dan diperkukuhkan kedudukan kamu"…
Sekian, Terima Kasih..(^_^*)
~mimi~
1 comment:
salam ziarah
Post a Comment