Tuesday, November 16, 2010

Menjelang Hari Raya & Sepasang Telekung

Assalamualaikum W.B.T..

Penat, letih.. tu je yang mampu diungkapkan dengan kata-kata..

Penat terkejar ke rumah tukang jahit, amek baju kakak saya..

Penat terkejar ke supermarket & kedai beli barang untuk esok..

Penat ke sana, penat ke sini…

Penat rasanya jadi anak perempuan.. dari 4 orang tinggal 2 orang.. *kakak saya 2 orang dalam perjalanan pulang dari KL*

Time kasih buat adik tercinta kerana sentiasa menemani walau ke mana jua..

Tapi sepenat2 kami, penat lagi mama.. mama yang dari pagi bersungguh2 menyiapkan apa yang patut untuk menyambut ketibaan Hari Raya esok & menyambut ketibaan tetamu kehormat.. *baba, kakak2 saya & saudara mara saya*..

Kami bangga mempunyai mama yang kuat & tabah hadapi semua nie..

Sepenat2 mama, sempat lagi mama siapkan sekuali rendang untuk santapan kami & tetamu kehormat nanti..

Mama da ready untuk hari raya esok.. Alhamdulillah perjalanan semua berjalan lancar..

Untuk pengetahuan semua, sambutan raya di sini sungguh meriah.. Macam sambut raya aidilfitri.. masak macam2, buat baju raya & so on..(^_^*)

Begitulah cerita Menjelang Hari Raya

***************

Tengah hari tadi, lepas balik dari kedai, mama panggil saya masuk ke biliknya…

mie, mari sini jap…”…

Saya pun mendekati mama.. Kata mama, cuba pakai kain telekung nie..

Saya tanpa banyak soal terus mencuba telekung baru itu..

Kata mama, ambik la.. hadiah telekung untuk mimi…

Waaaa.. Mama, terima kasih.. Da lama tunggu & mencari sepasang telekung baru..

Dan akhirnya petang raya saya dihadiahkan dengan sepasang telekung..

Terharu & gembira rasanya..

Ohhh mama, terima kasih banyak2 ye…

Boleh pakai buat solat hari raya esok pagi…(^_^*)

Begitulah cerita Sepasang Telekung..
(^_^)

gambar di atas sekadar hiasan semata2..(^_^)

*********************

Ok..sampai di sini sahaja entry malam nie..

Banyak ag keja kena buat…

Tapi sempat ag curi2 duk depan laptop…

Haaa, yang duk on9 tu ape lagi, silalah tolong mak2 anda di dapur…

kepada semua ---> Selamat Hari Raya Aidiladha @ Hari Raya Korban.. maaf atas segala salah & silap sepanjang perkenalan kita.. semoga raya nie mendatangkan 1001 keinsafan buat kita semua.. jaga diri anda, jangan biar kita yang terkorban..hehe...

Jumpe lagi, Assalamualaikum..(^_^*)

~mimi~

2 comments:

Mohd Wakiyuddin Rosnan said...

hepi aidiladha mimi...

Nur Shamimi Jamudin said...

ma kasih...hepi aidiladha jugak..(^_^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...