Saturday, November 20, 2010

Menangani Stress

Menangani stress dengan cara lalu dan buat

Assalamualaikum W.B.T...

Haaa, korang pernah rasa stress x dalam hidup.. sape yang xpernah rasa, sila angkat tangan!! Cepat cikgu nak kira nie.. Haai, pelik betul kalau seorang manusia 2 x pernah LANGSUNG stress dalam hidup dia.. ok, dalam korang menghadapi stress 2, macam mane cara korang semua tangani stress 2..??

Ada setengah orang dengar muzik, buat something yang boleh hilangkan stress 2 & macam2 la sampaikan ada yang sanggup bunuh diri untuk hilangkan stress 2..*kes bahaya, jangan buat aksi sebegitu*.. ok, kat sini saya nak share cara2 yang boleh digunakan lau kita stress.. lau pernah baca, maka abaikan saja post di bawah nie..huhu..

Salah satu cara menangani stress adalah dengan melalui (get trough) perkara yang membuat kita stress.

Contohnya, jika kita stress sebab kita banyak kerja, cara untuk menangani stress adalah dengan buat saja kerja tu. Usah tidak berbuat apa-apa simply sebab kita stress, itu akan membinasakan kita.

Kunci untuk menangani stress adalah dengan “get trough it”. Lalu dan buat.

Usah melawan stress, tapi fokuslah pada melaluinya dengan emosi yang ditenangkan.

Damaikan jiwa, tenangkan hati, teruskan bekerja.

Lama-kelamaan stress berkurang dengan sendirinya sebab fikiran kita tidak lagi terfokus pada stress.

Jika kita stress sebab tekanan hidup, masalah keluarga, masalah kewangan, masalah rumah tangga, masalah cinta, fokuslah pada penyelesaian, bukan pada perkara-perkara yang membuat kita stress.

Makin kita fokus fikiran pada perkara yang men’stress‘kan kita, makin tertekan kita jadinya.

Jangan lawan satu perkara dengan perkara yang sama, akibatnya kita akan kalah jua.

Apabila kita selalu memikir stress, kesannya kita akan dapat lebih banyak stress.

Sebaiknya, lawan satu perkara dengan perkara lain.

Jika stress, lawan stress dengan memfokuskan pada ketenangan. Ibarat melawan api dengan menyimbah air.

Apabila merasa tertekan, bawak bertenang, latih diri supaya berada di dalam zon ketenangan.

Kesannya, kita akan menemui ketenangan lantas membuat stress menghilang sedikit demi sedikit.

*Kadang2 orang cakap, bila kita stress maka berkawan la dengan dia bukan berlawan dengan dia sebab bila kita berkawan dengan dia, dia sebenarnya banyak membantu kita bukan untuk masa sekarang TAPI suatu masa nanti pabila kita hadapi masalah yang sama* (ayat macam pelik ye) -xcaya ea, silalah cuba-

Sekian, terima kasih (^_^*)

~Pemilik Blog~



sila buat PILIHAN BIJAK...
mane satu pilihan anda...
hehe..(^_^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...