Assalamualaikum WBT..
Apa khabar semua?
Harap semuanya sihat dalam jagaan Allah SWT. Amin.
Hujan renyai-renyai di Kuala Lumpur. Tadi sangat lebat dan
kilat kuat memancar menunjukkan kuasa.
Cuti sekolah? fuh, puas pusing sana-pusing sini. Tengok sana-tengok
sini.
Buku yang ada, perlu dikhatamkan segera tapi hati memang
memberontak nak memiliki koleksi buku-buku yang lain! *tamak, memang pun*
Cuti sekolah, waktu terasa panjang jea. Kadang-kadang bosan
menghadap FB, TV, pandang luar tingkap!
Waktu yang panjang nie, sungguh indah jika kita isikan
dengan perkara terluangkan.
Ada waktu lapang, jom baca Al-Mathurat nak?
Susah. Tak ada buku Al-Mathurat. Tak reti la.
Ala, semua tu alasan jea!
Kita kan ada “telefon canggih. Da la canggih, pintar pulak
tu.”
Apa kata bukak telefon, klik dekat ‘play store dan download
Al-Mathurat’.
Dan Al-Mathurat sekarang sudah ada dalam telefon anda. Anda boleh
bacanya bila-bila masa dan di mana-mana sahaja kan?
Canggih dan pintar betul la.
Bukan Al-Mathurat je tau, surah-surah lazim, ayat-ayat
Al-Quran pun boleh kita miliki.
Jadi nanti tak ada alasan lagi da.
Kalau ada anak-anak, boleh ajarkan mereka surah-surah lazim.
Ceritakan kisah-kisah nabi atau apa sahaja yang boleh mendekatkan kita dengan Islam.
Benda macam tu, kalau kita tak kejar dia yang akan pergi
menjauh.
Jadi, jom isi masa yang terluang dengan benda-benda yang
berfaedah. *ingatan untuk diri saya juga*
Selamat mendownload aplikasi yang menarik untuk diri dan
jiwa kita.
Subhanallah, Allahuakbar indahnya Islam.
Alhamdulillah, saya da download Al-Mathurat dan sekarang
saya boleh bacanya di mana sahaja. Da tak risau kalau nak pegi jalan-jalan,
saya terpaksa tumpang beg mama untuk letak buku kecil itu.
Kawan saya cakap baca Al-Mathurat dapat sembuhkan penyakit
kanser. Dia suruh saya amalkan selalu. Insya-Allah.
Oh.sebijik macam saya punye.. ::) |
Notakaki : Dunia di hujung jari. Semua boleh kita dapatkan. Tunggu
tindakan dan amalan kita sahaja.
No comments:
Post a Comment