Assalamualaikum WBT semua!
Tajuk : Berdasarkan kisah orang lain pun mampu menyedarkan
kita.
Tips : Cara didik anak-anak di rumah.
Kakak Nurul sepupu saya.
Mempunyai 3 orang anak gadis yang comel-jelita dan menawan.
Situasi satu :-
Iris : Ayah Zim jom main nak? *sambil mengeluarkan dog mainannye.*
Ayah Zim : Ok, jom.
*tiba-tiba Tok Ba keluar dari bilik menuju ke ruang tamu.
Tok Ba : Ish, mane boleh main dog. Kan Tok Ba da pesan dog
tak boleh main. *sambil gosok kepala*
Iris : Tok Ba ni dog tipu. Mainan je.
Tok Ba : Mainan pun tak boleh, tak elok. Nanti pesan kat
bapak jangan beli mainan dog lagi yea.
Iris : Ok.
# wowww! Adalah First impression saya terhadap situasi yang
berlaku depan saya.
Lembutkan cara teguran tok ba tu.
Bila kita bgtau dengan lembut, InsyaAllah mereka yang
mendengar pun boleh terima apa yang ingin di sampaikan.
Dan saya suka cara kakak menguruskan anak-anak gadis dia. Walaupun
nampak sukar tetapi ia berjalan dengan lancar. *heii, ini bukan post bodek
yea.. kihkihkih*
Dan Iris yang akan membaca doa makan serta maknanya sekali
dengan lancar. Bijakkan. Dia baru 4 tahun..
Dan teguran demi teguran-kesilapan demi kesilapan ditegur
terus berserta dengan alasan yang munasabah!
Macam melentur buluh dari
rebungnya la kan.
Mungkin dalam situasi lain, kita boleh menegur tapi tegurlah
dengan cara berhikmah. Baru orang boleh terimakan. J
Firman Allah dalam surah
An-Nahl ayat 125 bermaksud:
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan
hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih
baik.”
Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun
pahit dan baginda juga menegaskan,
‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat
kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu,
maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan
hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.
Iris gadis yang memakai cekak & peace. di sebelah tu adiknya, Iesha. tengok comel-jelita-menawan kan mereka. |
Dan saya rasa anda-anda
semua mungkin banyak lagi pengalaman dari saya kan. Mula-mula bila kita tengok,
kita akan biarkan je. Tetapi lama-lama perkara tu pasti akan menguasai diri
kita. Bergerak ke hadapan dengan hidup yang lebih positif dan ceria. Jangan anggap
masalah sebagai penghalang tetapi anggap masalah sebagai batu loncatan untuk
kita.
Peace .. J
Banyak lagi cerita
menarik tentang 3 gadis comel ini di blog Kakak Nurul. Blog yang sungguh fun. Jemput singgah ke blog beliau untuk membaca entry yang best-best.
http://mummyshe.blogspot.com/
Notakaki : Banyak
perkara dalam hidup kita boleh dijadikan panduan dan guru kita. Sentiasa catat
apa sahaja perkara yang boleh kita ambil iktibar kerana suatu hari nanti,
catatan itu akan kita semak kembali. J.
nota 1 : Ayah Zim (adik saya), Tok Ba (ayah kakak nurul,datuk Iris & ayah long saya), Iris (anak sulung kakak nurul, cucu tok ba & anak sepupu saya & ayah zim)
No comments:
Post a Comment