Assalamualaikum WBT.
Doa.
Doa senjata orang mukmin.
Allah SWT berfirman ;
“Tuhanmu semua berfirman : Berdoalah engkau semua kepadaKu,
pasti Aku mengabulkan doamu semua itu.”
(Ghafir : 60)
Allah SWT berfirman lagi ;
“Apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu – hai Muhammad –
tentang Aku, maka katakanlah bahawa sesungguhnya Aku ini dekat. Aku dapat
mengabulkan permohonan orang yang berdoa kepadaKu jikalau ia telah memohon
kepadaKu.”
(Al-Baqarah : 186)
Allahuakbar, betapa mulianya Pencipta kitakan.
Tahu tak kenapa kita perlu berdoa kepada Allah, meminta
kepada Allah?
Ibaratnya beginilah, apabila peti sejuk kita rosak, kita
hantar kepada pembaiki peti sejuk bukan? Sebab apa, sebabnya pembaiki peti
sejuk yang membina dan mencipta peti sejuk, jadi mereka tahulah apa yang rosak
dan apa yang perlu dibaiki.
Haa, sama dengan kita. Kita hamba Allah. Allah yang mencipta
kita. Ibarat bila berlaku kerosakan pada jiwa dan hati kita, kita rujuk kepada
Allah sebab Allah tahu apa kelebihan dan kekurangan kita. Allah tahu bahagian
mana yang perlu dibaiki. J
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar.
Mohonlah apa sahaja kepadaNya, nescaya Allah akan
perkenankan.
Bila hati gelisah – berdoalah kepadaNya semoga hati kita
sentiasa tenang.
Bila hati sedih dan pilu – berdoalah kepadaNya, semoga hati
kita menjadi tenang.
Apabila teringinkan sesuatu – berdoalah kepadaNya, semoga
sampai rezeki kita.
Apa sahaja yang kita rasa saat itu, teruslah mohon kepadaNya
dengan sesungguh-sungguhnya. Usah menunggu untuk berdoa selepas solat lima
waktu – usah tunggu untuk solat hajat. Tetapi memohonlah tatkala kita berasa
sesuatu. Angkatlah kedua tanganmu memohon kepada ALLAH SWT.
Allah Maha Mengetahui – Maha Mengasihani. Dia tahu apa yang
terdapat dalam hati kecil kita.
Kakak usrah saya pernah berpesan ; bila kita nak sesuatu tu
mohon terus kepada Allah. Terus terang dengan apa yang kita nak.
Kalau kita nak keputusan peperiksaan sekian-sekian, mohon
pada Allah banyak mana kita nak.
Kalau kita sukakan seseorang, mohon pada Allah, sebut nama
dia sekali.
Dan lain-lain.
Indahkan! Berdoa je.
Tetapi kita kena ingat ; Bila Allah tak makbulkan doa kita,
jangan menyerah kerana Allah sedang merencanakan sesuatu yang lebih baik untuk
kita.
Cikgu saya pernah sharekan doa ini kepada saya dan semoga
kita semua dapat amalkan bersama-sama.
“Ya Allah, seandainya sesuatu urusan itu baik untuk diriku,
baik untuk keturunanku, baik untuk agamaku dan baik untuk masa hadapanku maka
kau permudahkanlah urusanku, dekatkanlah ia dan berkatikanlah urusan itu.
Tetapi seandainya sesuatu urusan itu buruk untuk diriku, buruk untuk
keturunanku, buruk untuk agamaku dan buruk untuk masa hadapanku maka kau
jauhkanlah sejauh-jauhnya urusan itu daripadaku. Sesungguhnya Engkaulah Yang
Maha Mengetahui segalanya. Amin”
Notakaki : “Di setiap udara
yang kau temukan, Di sana akan kau jumpai Allah yang senantiasa mendengar
doamu”
No comments:
Post a Comment