Assalamualaikum WBT semua!
Di TFTN kami percaya setiap insan mempunyai potensi jika diberi peluang.
Alhamdulillah, berita mengenai TFTN sudah tersiar di akhbar dan beberapa
majalah.
Usaha untuk memperkenalkan TFTN kepada semua akan lebih
meluas.
Bagi saya, ia bukan mengenai popular tetapi lebih kepada
untuk memperkenalkan usaha kecil beberapa anak muda yang cakna kepada
pendidikan.
Dan saya yakin berita sebegini juga turut membantu kami
dalam mendapatkan beberapa sumbangan bagi meraikan anak-anak di bawah jagaan
TFTN.
TFTN atau Teach For The Needs merupakan sebuah organisasi yang
bergerak di sekolah-sekolah yang mempunyai Duta TFTN dan bergerak di beberapa
rumah anak yatim di bawak kelolaan sukarelawan TFTN serta bertindak untuk
memberi kelas dan tuisyen percuma kepada murid kelas corot yang memerlukan.
Melalui usaha ini, kami berharap agar semua pihak percaya
bahawa mereka yang berada di kelas corot juga ingin Berjaya seperti yang lain.
Dan bagi anda yang berminat untuk menyertai kami di TFTN,
kami sangat2 mengalu2kan kedatangan anda.
Usaha murni yang anda hulurkan hanya
mampu kami balas dengan ucapan jutaan terima kasih dan semoga ALLAH SWT
memberkati anda semua.
Maklumat lanjut mengenai TFTN boleh di dapati di sini. :-
http://teachfortheneeds.org/
https://www.facebook.com/teachfortheneeds?fref=ts
Terima kasih team TFTN.
Anda semua TERBAIKKK!!
J
Harian Metro, 25 Dis 2012, Teach For The Needs. |
Harian Metro, 25 Dis 2012, Teach For The Needs. |
Harian Metro, 25 Dis 2012, Teach For The Needs. |
Artikel mengenai TFTN tersiar dalam majalah Jom! Edisi 9 (Disember). Jemputlah baca kisah mengenai kehidupan anak yatim yang kurang kita ketahui. |
No comments:
Post a Comment