Showing posts with label entah la... Show all posts
Showing posts with label entah la... Show all posts

Saturday, March 19, 2011

Selamat Berjaya..

Assalamualaikum WBT…

Ape khabar semua, harap2 semua sihat ye..

Haa sepatutnya sabtu malam memang waktu saya naik bas balik ke rumah satu lagi iaitu kat IPOH..

Tetapi, memandangkan minggu nie saya & kawan2 ditugaskan untuk buat PBS..

Ala Pengalaman Berasaskan Sekolah tu..

Haaa, seminggu kami kena duk kat sekolah..

Errrr, agak cuak + takut la untuk PBS nie, sebab nie merupakan PBS pertama saya dan kawan2 yang lain.

Untuk PBS pertama nie saya akan menjalankan PBS dengan Anith & Basirah dan kami akan melakukannya di Sekolah Kebangsaan Kuala Besut 2…

Harap-harap semuanya akan berjalan lancar..amin..

Haaaa, buat kawan-kawan semua yang berada di Utara, Timur, Barat, Selatan & di mana2 sahaja, selamat berPBS buat anda semua. Semoga segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT & semoga semuanya berjalan lancar. Buat sehabis baik ye & soalan tugasan tu jangan lupe la untuk disiapkan je.. (^______^*)

Dan x lupa buat akak-akak & abang-abang senior yang bakal berPRAKTIKUM.. nak2 untuk mereka2 yang pertama kali nie.. selamat berPRAKTIKUM ye. Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH SWT & semoga semuanya berjalan lancar. Selamat menjadi cikgu & selamat mengajar..

Wish all of you, THE BEST OF LUCK…

(^_______^*)


Notakaki :: mesti kosong sikit IPG sebab unit F, G & J xada…. Fuhhh jadi anak emas la senior unit H dan junior unit K…(^____^)

Tuesday, March 15, 2011

Dulu & Kini...

Assalamualaikum WBT…

Holaaa ape khabar semua??

Harap semuanya sihat, ceria & gembira selalu..

Cuti cuti sekarang nie, cepat je rasa bosan. Padahal asgment banyak lagi yang perlu disiapkan.. pastu bila nak mula, mesti salahkan mood sebab x datang2.. *kecian kat mood asyik dipersalahkan*…

Menghadap asgment tu x sampai 30 minit, tangan nie mesti melilau bukak FB.. ishh kuat betul penangan FB nie..haissshhh!!!!

Haaa, petang tadi ubah selera.. rasa malas nak bukak FB.. bukak pun untuk hantar mesej ke Anith pasal kerja kursus, pastu tiba-tiba teringat kat “kawan lama”.. teringat sebabnya besday dia bulan Mac tapi x ingat brape ari bulan..

Pastu terus bukak FS = Friendster *dia xada FB, bgus betul..bangga dengan dia* (^____^*).. check FS dia xada lak pasal tarikh lahir dia.. alternative kedua check e-mail..

Bukak e-mail ada dekat 4000++, nie la akibatnya x bukak selalu.. cari satu2 sampai berpinar mata2, akhirnya jumpe jugak.. kan da cakap besday dia bulan Mac tapi saya lewat 10 hari..hehe.. maaf ye..

*********

Cerita kat atas nie masuk dalam topik ke tak ea..???

Maaf la kalau x masuk..

Haaa, korang ada akaun Friendster x??

Dulu-dulu nak komen ke, nak kenal orang ke mesti guna Friendster kan..

Ingat lagi FS nie, saya buat lepas SPM..pastu masuk UITM pakat duk add kawan2 kat UITM..

Lepas kat UiTM, masuk IPG lak.. haaa mula la add kawan-kawan kat IPG.. add sape2 yang dikenali.. add senior2 *kalau kenal & jumpe*..

Zaman dulu kala, FS la tempat segalanya.. komen ngan kawan lama, masuk segala jenis gambar, post tu post nie..


Pastu alam maya nie da makin maju.. dari Friendster ke Fecebook lak.. Haa, xmahu ketinggalan zaman, buat la jugak akaun FB nie..

Da ada FB, terus tinggal FS.. *aissshhh, memang dasar kacang lupakan kulit betul*…hehe

Bila da ada FB nie, FS mesti bukak setahun 2 kali je. Xpun bukak setahun sekali je.. haiyyaaa ape nak jadi laaa…

Tadi untuk tidak mengecewakan FS, saya bukak la FS..bila tengok balik komen-komen, gambar-gambar & semuanya jadi gelak sorang-sorang..

Gambar dulu-dulu & sekarang sungguh amat berbeza..!!! *dulu comel, sekarang lagi comel*..haha

Tapi tu dulu…..

Da ada FB nie, bergerak ke Blog pulak.. macam mane blog saya boleh wujud…

Ermm, dulu malas betul nak menulis..saya menulis pun dalam buku @ simpan dalam word je..pastu ada orang cakap buat la blog, tulis semuanya kat situ..

Ermmm betul gak kan, haaa sekarang nie memang saya da ada BLOG & semua saya sumbat kat sini.. tapi x semua la.. ada benda boleh kongsi saya kongsi.. (^_____^*)

Lepas blog & segala macam tu, rase-rasenya ape lak ea.. ermm kita tunggu dan lihat ye..

Ape-ape sahaja yang boleh menghubungkan anda & sesiapa pun, gunakannya dengan sebaik mungkin.. jangan biarkan benda itu menguasai diri anda..*ingatan untuk diri sendiri jugak*..

Okey, semoga berjumpa lagi..

Jaga diri, jaga iman, jaga sanubari..

(^________^*)

Notakaki :: kalau anda nampak saya ‘add’ anda di FS, itu jelas menunjukkan saya baru jumpe FS anda.. cepat tengok akaun FS masing-masing, siapa yang bertuah itu.. hehe..(^_____^*)

: kalau nak ‘add’ FS saya, cari la nama ‘mimi-shamimi @ shamimi.jamudin@yahoo.com’ *bajet macam ada orang nak add kan*huhu.. Sekian terima kasih.. ^^

Monday, March 14, 2011

A N D A I ...

Andai ku tahu…

Rasa itu menyakitkan pasti aku akan…

Andai ku tahu…

Rasa itu akan menjatuhkan, pasti aku akan..

Andai ku tahu…

Rasa itu akan membuahkan benci, pasti aku akan..

Andai ku tahu…

Rasa itu membuatkan aku semakin alpa, pasti aku akan..

Andai ku tahu..

Rasa itu semakin mencengkam, pasti aku akan..

Andai ku tahu…

Rasa itu membunuhku, pasti aku akan..

Mood :: lagu Andai Ku Tahu sayup2 di telinga…

(^_____^*)

Namun…

Semua itu tak aku ketahui..

Perjalanan menceritakan pengalaman..

Pengalaman menjadikan kita semakin dewasa..

Jika aku tak lalui semua itu pasti aku x pernah tahu & rasa semua itu..


Notakaki :: semoga semuanya kembali normal.. saya betul2 berharap.. amin..

Monday, February 7, 2011

Hari Pertama

Assalamualaikum WBT…

Alhamdulillah selepas menempuh perjalanan yang sungguh jauh akhirnya tepat jam 2.45 pagi tadi saya & rakan-rakan selamat sampai ke bumi Ipoh nie..

Perjalanan bermula awal pagi dari Besut ke Kuala Lumpur.. Menempuh jalan yang teramat sesak di Karak menyebabkan perjalanan tidak sampai pada masanya.

Sekali lagi di uji dengan terlepas train ke Ipoh, tiket yang kehabisan ‘stok’, telefon yang baterinya nyawa-nyawa ikan dan keletihan mengendong beg yang sarat dengan muatan!!

Tapi nasib baik ada rezeki dapat naik keta merah balik Ipoh. Terima Kasih banyak2.. jasa anda akan kami kenang. Alhamdulillah walaupun terpaksa mengharungi semua itu namun inilah yang dikatakan tarbiah dari Allah.

Syukur Alhamdulillah selamat sampai & berjaya menghilangkan keresahan yang bersarang di hati mama dan baba..(^_____^*)

********

Senarai panjang yang diberikan oleh doktor akan berkuatkuasa pada 7.2.2011 iaitu hari ini. Xtahu la sampai bila akan digunakan, mungkin sehingga rawatan itu selesai dijalankan..

Bermula pantang dari hari ini..

Antara makanan yang xboleh diambil ialah :-

  • Garam beriodin & garam laut (kurangkan makan diluar dalam tempoh yang ditetapkan)
  • susu, hasil tenusu & telur.
  • makanan laut termasuk ikan , semua jenis makanan yang bercengkerang, rumpai laut, lumut laut dll.
  • Makanan yang mengandungi bahan tambahan seperti carragenin, agar2, algin, alginate & semua yang terhasil dari rumpai laut.
  • Makanan yang diawet & diasingkan seperti daging & jeruk.
  • Roti.
  • Makanan & ubatan yang mengandungi pewarna merah.
  • Coklat
  • Molasses
  • Hasil soya (sos soya, susu soya, taufu & sebagainya)
Semoga diberi secebis kekuatan untuk menghadapi hari-hari yang mendatang..

Hari nie merupakan hari pertama saya & Alhamdulillah semuanya berjalan lancar walaupun mind set terpaksa diubah beribu kali!!

Doakan saya terus kuat & cepat sembuh ye.. Terima Kasih..

(^_____^*)

notakaki :: Kesabaran dan perancangan yang teliti dapat mengelak daripada kekecewaan dan kesulitan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...