Showing posts with label i'm loving it. Show all posts
Showing posts with label i'm loving it. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

..:: Cerita - cerita ::..



Assalamualaikum W.B.T....

2.9.2010...

Hari dapat duit raya.... Kelas pagi 2 start ngan kelas BM yang diajar oleh En Isa. sebelum kelas mula, en isa tanye.. korang dapat duit raya brape ringgit sorang, emm ramai jawab, makin tua makin banyak encik.. Aiikk, tibe2 tanya sal duit raya nie nape, rupe2nya dia nak bagi duit raya.. Waaa, dapat duit raya.. Beshnye, kelas pagi tu bermula dengan penyerahan duit raya....


kira dulu brape keping sebelum bagi...^_^


duit raya...!!!!

Kul 3 petang gerak g surau untuk tolong pak cik deris masak untuk berbuka.. lepas magrib, ada senior (abg mat) bagi duit raya kat aku... Hehehe, duit raya ag & di ikuti oleh ***** pun bagi duit raya gak...tp duit raya nie lain sikit, xleh guna untuk sebarangan...^_^

3.9.2010...

Lepas perhimpunan aku ke HEP untuk amek surat kebenaran untuk rawatan pelajar.. Kuar HEP, jumpa ngan Hj Razali (lectr sem lepas)... Berbual2 ngan dia, dapat ag duit raya... Yihaaa.... duit raya lagi..Pastu ke library anta buku & g jumpe mentor... Salam2 ngan dia & dapat ag duit raya... Alhamdulillah...murah rezeki betul...x balik ag da boleh kumpul duit raya..^_^

Petang kul 3 gerak g GM teman ma & che ain cari baju raya & barang2 untuk di bawa pulang.. Bagus betul,,bawak balik adiah untuk mak ayah kat kampung..

Kul 9 malam aku & kawan2 yang lain gerak ke medan gopeng ---> nak balik kampung k... tepat jam 10 malam bas pun bergerak... naik bas ekspress macam naik bas maktab sebab bas penuh ngan budak maktab..huhu, naik bas lak terpaksa duk belakanggggggg sekali coz tiket beli lambat...haiyaakkkk pening kepala woo, rase macam tunggang kuda je, da la aircond sejukk giler, mana x ketar duk atas bas 2, nak tido pun pening....

4.9.2010

Tepat jam 4 pagi ---> Alhamdulillah selamat sampai ke Besut, rumah ku... Ok tunggu mama datang ambik & sampai umah bersahur & sambung tido....ingat nak tido lama sikit tapi last2 kul 8 da dikejut sebab kena anta azim ke sekolah.. Haiyooo, ganggu saya tido ye.... bila da start bagun, maka banyak la kerjanya.. kena g ambik nenek, kena amek azim, tolong 'proses' ayam kampung, masak untuk berbuka & semua la..


ayam kampung ---> sebelum diproses


ayam kampung ---> rebus dalam air panas...


ayam kampung ---> on the way nak 'proses'...

Haiii, anak perempuan dari 4 orang sorang je baru balik(aku) ... nak x nak kena la tolong mama.. tapi x pe, dapat upah lauk kegemaran...hehe.. kebetulan lak, ari nie family sepupu aku datang berbuka kat umah, jadi lauk kena masak banyak la.. best dapat makan ramai + teringat makan kat surau...hehe...lepas berbuka --> solat --> kemas --> main2 ngan si comel 2 orang (iris + iesha) anak sepupu saya....waaa, seronoknya hari nie...saya suke duk kat rumah...!!!

p/s :: Alhamdulillah di atas kebahagian yang dirasai nie... terus hepi bila berada di rumah... kepada semua selamat berpuasa & selamat hari raya..^_^

Sunday, July 11, 2010

..:: Kisah 5 Sahabat ..::


Assalamualaikum W.B.T



Alkisah di suatu pulau kecil, tinggallah berbagai macam benda-benda abstrak: ada CINTA, KEKAYAAN, KECANTIKAN, KESEDIHAN, KEGEMBIRAAN dan sebagainya.

Awalnya mereka hidup berdampingan dengan baik dan saling melengkapi. Namun suatu ketika, datang badai menghempas pulau kecil itu dan air laut tiba-tiba naik semakin tinggi dan akan menenggelamkan pulau itu. Semua penghuni pulau cepat-cepat berusaha menyelamatkan diri.

CINTA sangat kebingungan sebab ia tidak dapat berenang dan tak mempunyai perahu. Ia berdiri di tepi pantai mencuba mencari pertolongan. Sementara itu air makin naik membasahi kaki CINTA. Tak lama CINTA melihat KEKAYAAN sedang mengayuh perahu.

"KEKAYAAN! KEKAYAAN! Tolong saya!" teriak CINTA.

Lalu jawab KEKAYAAN, "Aduh! Maaf, CINTA!" kata KEKAYAAN.

"Perahuku telah penuh dengan harta bendaku. Saya tak dapat membawamu serta, nanti perahu ini tenggelam. Lagipula tak ada tempat lagi bagimu di perahuku ini." Lalu KEKAYAAN cepat-cepat mengayuh perahunya pergi meninggalkan CINTA tenggelam.

CINTA sedih sekali, namun kemudian dilihatnya KEGEMBIRAAN lewat dengan perahunya.

"KEGEMBIRAAN! Tolong saya!", teriak CINTA.

Namun apa yang terjadi, KEGEMBIRAAN terlalu gembira kerana ia menemukan perahu sehingga ia tuli tak mendengar teriakan CINTA. Air makin tinggi membasahi CINTA sampai ke pinggang dan CINTA semakin panik. Tak lama lewatlah KECANTIKAN.

"KECANTIKAN! Bawalah saya bersamamu!", teriak CINTA.

Lalu apa jawab KECANTIKAN, "Wah, CINTA, kamu basah dan kotor. saya tidak boleh membawamu ikut. Nanti kamu mengotori perahuku yang indah ini." sahut KECANTIKAN.

CINTA sedih sekali mendengarnya. CINTA mulai menangis teresak-esak. Apa kesalahanku, mengapa semua orang melupakan saya. Saat itu lewatlah KESEDIHAN. Lalu CINTA merayu, "Oh, KESEDIHAN, bawalah saya bersamamu", kata CINTA.

Lalu apa kata KESEDIHAN, "Maaf, CINTA. saya sedang sedih dan saya ingin sendirian saja...", kata KESEDIHAN sambil terus mengayuh perahunya.

CINTA putus asa. Ia merasakan air makin naik dan akan menenggelamkannya. CINTA terus berharap kalau dirinya dapat diselamatlkan. Lalu ia berdoa kepada Tuhannya, oh Tuhan tolonglah saya, apa jadinya dunia tanpa saya, tanpa CINTA? Pada saat kritis itulah tiba-tiba terdengar suara, "CINTA! Mari cepat naik ke perahuku!"

CINTA menoleh ke arah suara itu dan melihat seorang tua berjanggut putih panjang sedang mengayuh perahunya. Lalu Cepat-cepat CINTA naik ke perahu itu, tepat sebelum air menenggelamkannya. Kemudian di pulau terdekat, orang tua itu menurunkan CINTA dan segera pergi.

Pada saat itu barulah CINTA sedar, bahwa ia sama sekali tidak mengetahui siapa orang tua yang baik hati menyelamatkannya itu. CINTA segera menanyakannya kepada seorang penduduk tua di pulau itu, siapa sebenarnya orang tua itu.

"Oh, orang tua tadi? Dia adalah "WAKTU", kata orang itu.

Lalu CINTA bertanya "Tapi, mengapa ia menyelamatkanku? saya tak mengenalnya. Bahkan teman-teman yang mengenalku pun enggan menolongku", tanya CINTA hairan.

"Sebab", kata orang itu, "hanya WAKTU lah yang tahu berapa nilainya harga sebuah CINTA itu......"

Saturday, July 10, 2010

..:: Di Saat ::..

Assalamualaikum W.B.T...


Disaat kamu ingin melepaskan seseorang
Ingatlah pada saat kamu ingin mendapatkannya

Disaat kamu mulai tidak mencintainya
Ingatlah saat pertama kamu jatuh cinta padanya

Disaat kamu mulai bosan dengannya
Ingatlah selalu saat terindah bersamanya

Disaat kamu ingin menduakannya
Bayangkan jika dia selalu setia

Saat kamu ingin membohonginya
Ingatlah disaat dia jujur padamu

Maka kamu akan merasakan erti dia untukmu
Jangan sampai disaat dia sudah tidak disisimu,
Kamu baru menyadari semua erti dirinya untukmu

Yang indah hanya sementara
Yang abadi adalah kenangan
Yang ikhlas hanya dari hati
Yang tulus hanya dari sanubari
Tidak mudah mencari yang hilang
Tidak mudah mengejar impian

Namun yg lebih susah mempertahankan yg ada
Kerana walaupun tergenggam akan terlepas juga

Ingatlah pada pepatah,
"Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini"

Belajar menerima apa adanya dan berpikir positif

Rumah mewah bagai istana, harta benda yang tak terhitung, kedudukan, dan jabatan yg luar biasa, namun..
Ketika nafas terakhir tiba, sebatang jarum pun tak bisa dibawa pergi
Sehelai benang pun tak bisa dimiliki
Apalagi yang mau diperebutkan
Apalagi yang mau disombongkan

Maka jalanilah hidup ini dengan keinsafan nurani
Jangan terlalu perhitungan
Jangan suka sakiti sesama apalagi terhadap mereka yang berjasa bagi kita
Belajarlah tiada hari tanpa kasih
Selalu berlapang dada dan mengalah
Hidup ceria, bebas leluasa Tak ada yang tak bisa di ikhlaskan
Tak ada sakit hati yang tak bisa dimaafkan
Tak ada dendam yang tak bisa terhapus.

Remark : Untuk tatapan umum. Kata2 yang sangat menyentuh jiwa dan raga.

Thursday, July 8, 2010

..:: Pengalaman @ Keletihan ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Ape kaba wahai kawan2 sekalian, di harap anda semua berada dalam keadaan yang sihat. Alhamdulillah pada 7/7/2010 Jabatan Pengajian Melayu telah berjaya mengadakan 1 program "Malam Budaya, Santai Puisi". Program nie bertujuan untuk mengumpul dana JPM. Aku & beberapa orang kawan telah bertindak sebagai AJK & kami perlu membantu En Noor Azni B Yahya untuk menguruskan beberapa perkara supaya majlis berjalan lancar. Alhamdulillah bekerja di bawah beliau telah memberi banyak pengalaman kepada diri aku sendiri. Melalui program nie, aku sendiri dapat merasa bagaimana sesuatu perancangan itu perlu di buat secara teratur supaya perjalanan program berjalan lancar.

Letih memang la letih, segala perancangan nie di buat sebelum cuti sem ari 2 lagi, namun ape yang penting adalah pengalaman 2 sendiri. Melalui program nie, aku sendiri dapat merasa bagaimana mahu berurusan dengan orang atasan, orang luar & sebagainya. Ok berbalik pada program 2, banyak atvt yang diadakan seperti persembahan pelajar dari unti 'K', persembahan endang, pendeklamasi puisi oleh pensyarah2, kompang & sebagainya. Pada malam 2 juga aku berasa seolah2 aku berada di Sabah & Sarawak sebab pelajar unit K nie buat persembahan mengenai negeri kelahiran mereka sendiri & melalui persembahan nie la aku dapat mengenali budaya Sabah & Sarawak itu. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar & berakhir pada jam 11.00 malam. Ada beberapa gambar yang sempat di ambil..^_^


saya & mereka






mereka & senior


saya


cikgu piano kami






saya..^_^

p/s :: trimas buat sahabat yang banyak membantu.. Jasa kalian hanya mampu di balas oleh ALLAH S.W.T..

Sunday, July 4, 2010

..:: Buku ---> Part 1 ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Buku... korang semua minat membaca x..? Ok, salah satu dari minat aku ialah membaca & aku amat gile membaca. Lau g jalan2 ngan mama aku, aku akan tinggalkan mama dengan dunia pakaiannya manakala aku dengan hepinya melangkah ke kedai buku. Sama jugak lau aku jalan2 ngan adik-beradik aku & kawan2 aku, aku lebih suka ke kedai buku. Lau jalan2 ngan aku & x jumpe aku, cari kat kedai buku tau. Setakat aku hidup nie ada beberapa buah kedai yang telah berjaya memikat hati aku, kedai tu ialah 'kedai Popular, kedai buku tepi Gulatis kat Sogo, KL & kedai buku depan Sogo KL - sori xtau nama kedai ape'.. Lau aku malas kuar, aku lebih senang kirim ke baba aku je untuk beli buku sebab dia pun kenal banyak kedai buku.

Aku suka membaca sebab dalam buku 2 terkandung pelbagai ilmu & kadang2 kita x pernah tahu pun pasal sesuatu tapi melalui pembacaan kita dapat tahu kan. Selain itu juga, membaca dapat meluaskan pengetahuan, ilmu, maklumat & sebagainya. Bila banyak ilmu maka kita senang nak berinteraksi dengan seseorang. Bagi aku lak, melalui pembacaan aku dapat memberi semangat kepada kawan2 aku lau diaorang ada masalah, bagi kekuatan pada diri aku & yang paling penting aku dapat membaiki diri aku menjadi yang lebih baik. Ok, cuti baru2 nie aku ada membeli beberapa buah buku & ingin aku berkongsi buku 2 ngan kalian.


buku nie patut dijadikan koleksi para wanita kerana buku nie banyak menceritakan tentang bagaimana nak menjadi wanita yang terpuji. Kadangkala kira sering alpa dengan apa yang kita lakukan & kadangkala apa yang kita fikir benda remah itu sebenarnya banyak menyusahkan kita. Alhamdulillah banyak ilmu yang aku perolehi melalui buku nie.



'La Tahzan' gadisku..buku yang sangat2 menarik & aku jatuh cinta pada buku nie. Buku nie sesuai bagi gadis2 yang seringkali bersedih hati mengenai 'jodoh, kerjaya, keluarga' & sebagainya. Dalam buku nie jugak ada beberapa cerita yang boleh di ambil pengajaran mengenai perasaan 'cinta' si gadis.


buku nie pulak merupakan buku yang pernah menjadi buruan aku satu ketika dahulu. Di sebabkan xsempat nak beli, buku nie da ada '3' vol.. Aku baru beli yang pertama, nanti aku nak kumpul lagi. Buku nie terkandung banyak kata2 hikmah yang menjadi sumber kekuatan diri aku.

Ok, nie serba sedikit tentang buku yang aku miliki. Sebelum2 nie aku minat bace novel jiwang 'tapi time muda2 dulu', sekarang aku da berubah untuk sesuatu yang lebih menyenangkan aku.. Lau sape2 berkenan nak pinjam, gtau aku ye..huhu...

p/s ::

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:

“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...