Sunday, July 4, 2010

..:: Buku ---> Part 1 ::..

Assalamualaikum W.B.T...

Buku... korang semua minat membaca x..? Ok, salah satu dari minat aku ialah membaca & aku amat gile membaca. Lau g jalan2 ngan mama aku, aku akan tinggalkan mama dengan dunia pakaiannya manakala aku dengan hepinya melangkah ke kedai buku. Sama jugak lau aku jalan2 ngan adik-beradik aku & kawan2 aku, aku lebih suka ke kedai buku. Lau jalan2 ngan aku & x jumpe aku, cari kat kedai buku tau. Setakat aku hidup nie ada beberapa buah kedai yang telah berjaya memikat hati aku, kedai tu ialah 'kedai Popular, kedai buku tepi Gulatis kat Sogo, KL & kedai buku depan Sogo KL - sori xtau nama kedai ape'.. Lau aku malas kuar, aku lebih senang kirim ke baba aku je untuk beli buku sebab dia pun kenal banyak kedai buku.

Aku suka membaca sebab dalam buku 2 terkandung pelbagai ilmu & kadang2 kita x pernah tahu pun pasal sesuatu tapi melalui pembacaan kita dapat tahu kan. Selain itu juga, membaca dapat meluaskan pengetahuan, ilmu, maklumat & sebagainya. Bila banyak ilmu maka kita senang nak berinteraksi dengan seseorang. Bagi aku lak, melalui pembacaan aku dapat memberi semangat kepada kawan2 aku lau diaorang ada masalah, bagi kekuatan pada diri aku & yang paling penting aku dapat membaiki diri aku menjadi yang lebih baik. Ok, cuti baru2 nie aku ada membeli beberapa buah buku & ingin aku berkongsi buku 2 ngan kalian.


buku nie patut dijadikan koleksi para wanita kerana buku nie banyak menceritakan tentang bagaimana nak menjadi wanita yang terpuji. Kadangkala kira sering alpa dengan apa yang kita lakukan & kadangkala apa yang kita fikir benda remah itu sebenarnya banyak menyusahkan kita. Alhamdulillah banyak ilmu yang aku perolehi melalui buku nie.



'La Tahzan' gadisku..buku yang sangat2 menarik & aku jatuh cinta pada buku nie. Buku nie sesuai bagi gadis2 yang seringkali bersedih hati mengenai 'jodoh, kerjaya, keluarga' & sebagainya. Dalam buku nie jugak ada beberapa cerita yang boleh di ambil pengajaran mengenai perasaan 'cinta' si gadis.


buku nie pulak merupakan buku yang pernah menjadi buruan aku satu ketika dahulu. Di sebabkan xsempat nak beli, buku nie da ada '3' vol.. Aku baru beli yang pertama, nanti aku nak kumpul lagi. Buku nie terkandung banyak kata2 hikmah yang menjadi sumber kekuatan diri aku.

Ok, nie serba sedikit tentang buku yang aku miliki. Sebelum2 nie aku minat bace novel jiwang 'tapi time muda2 dulu', sekarang aku da berubah untuk sesuatu yang lebih menyenangkan aku.. Lau sape2 berkenan nak pinjam, gtau aku ye..huhu...

p/s ::

Di samping itu terdapat juga hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat-fadhilat menuntut ilmu itu yang menjadi lebih baik daripada ibadah kita (ibadah sunat) sebagaimana yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w ertinya :

“Demi Tuhan bahawa jika kamu pergi menuntut ilmu daripada sesuatu bab terlebih baik daripada kamu sembahyang seratus rakaat,”

Di samping itu, banyak hadis yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w tentang kematian bagi orang-orang yang sedang menuntut ilmu antaranya:

“Barangsiapa yang mati di dalam keadaan menuntut ilmu untuk menghidupkan agama Islam, maka dia berada di dalam Syurga kelak satu darjat dengan para nabi.”



2 comments:

˙·٠•●♥ ǷȈmɪ ♥●•٠·˙ said...

yes~ucu komen first.,
ucu suka baca buku gak
tapi mostly thriller la
n BI punya :)

Nur Shamimi Binti Jamudin said...

owh yeke...xpe2 buku ape2 pun xkisah..asalkan kita membaca..^_^

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...