Majlis : Menghantar dan menyambut menantu sebelah lelaki.
Lokasi : Besut Terengganu.
Ucapan : Maaf, gambar semalam memang sikit. jadi sudah diganti dengan gambar yang hari ini..(^__^)
Assalamualaikum WBT..
Selepas majlis pertunangan kak atiq selesai, kami sekeluarga terus balik Kepong, nak hantar keta untuk servis, rehat-rehat dan lepas Isyak terus bertolak ke Kuantan.
Ke Kuantan untuk menghadiri majlis perkahwinan Kak Tiah juga sepupu saya. Ye, aritu saya terlepas ke majlisnya di Senawang dan Putrajaya. Saya ke majlis belah lelaki. Kami konvoi dengan Cik Ton dan sepupu saya Ayih.
Tempat pertemuan di Gombak! Sementara tunggu mereka, perut terisi dengan MCD, air kelapa dan celup-celup! Sedap..(^___^*). Mereka sampai, terus gerak dan kami bermalam di rumah Kak an di Kuantan. Time kasih kak an sebab sudi tumpangkan kami..(^__^)
Jam 11 pagi kami ke rumah homestay keluarga Cik Chah saya, berkumpul di sana dan terus ke rumah pengantin lelaki. Jom tengok gambar.

macam biase! anak2 dara kena pegang dulang hantaran.