Assalamualaikum WBT…
Apa khabar semua, harap semuanya sihat ye.. lau ada sape2 yang sakit tu sila cepat2 makan ubat untuk mengelakkan dari sakit teruk..hehe
Alhamdulillah ari nie berbeza dengan semalam. Hari nie saya jadi seorang yang berbeza dengan semalam. Semalam hari saya penuh dengan air mata sebab dari malam hingga ke petang semua jadi serba x kena..
Semalam, mula cakap telefon dengan mama.. Biase ar, banjir kelopak mata tatkala mama tanya ‘mimi sihat x’.. Part nie memang langsung xleh nak tipu mama, meskipun 4 kali saya cube ubah topic tapi mama akhirnya berjaya tangkap & tanya soalan sama.. Jawapannya *biarlah saya dan Dia yang mengetahui…*
Paginya pulak lewat bangun & tergopoh gapah nak bersiap.. melangkah dengan seluas yang boleh untuk ke kelas. Speed 120 km perjam nak ke Mini Teater tu.. fuhh penat ooo, saya x suka berada dalam keadaan tergesa-gesa!! *lain kali jangan bangun lewat ye*.. Kelas berjalan seperti biasa & berlaku suatu insiden & sekali lagi air mata itu mengalir.. Ooo nooo, makin sensitive sekarang!!
Itu semalam, dari pagi hingga ke malam penuh dengan deraian air mata..
Tapi hari nie saya BERBEZA….!!!!
Saya bangun awal, bersiap macam biase & melangkah ke kelas dengan bersemangat dan senyuman yang lebar.. *mulakan hari anda dengan senyuman, anda pasti akan tersenyum sampai ke malam*..
Paginya dimulai dengan kelas Bahasa Melayu, Puan Puteh.. sungguh bersemangat di dalam kelasnya, meskipun agak kepeningan dengan Huraian Sukatan Pelajaran. Tapi pengajarannya seronok, ada je aktiviti pengukuhan supaya apa yang baru kami pelajari mudah difahami.. haa sebelum Puan meninggalkan kelas, beliau x lupa untuk tinggalkan KERJA KHUSUS untuk kami..
Ulang penguguman, KERJA KHUSUS… ok kerja khusus pertama untuk musim ijazah sudah diterima.. Jeng.. jeng..jeng.. Setelah penerangan diberi, terus serbu perpustakaan untuk ‘mencuri buku-buku’ yang boleh dijadikan rujukan. Semoga segalanya dipermudahkan Allah. Amin… Tarikh anta ialah 7.3.2011 emm sama tarikh dengan ‘date’ saya…(^____^*)
Lepas tamat kelas jam 10 pagi, gerak ke Mart untuk fotostate & cari makanan untuk alas perut. Da siap makan gerak nak masuk kelas tapi tiba2 hati ditarik untuk ke suatu tempat.. tengok ramai orang, rupe2nya ada orang JUAL BUKU… check duit dalam beg, ok x cukup tapi gatal nak beli jugak sebuah. Saya x boleh tengok orang jual buku, saya nak beli.. Tertarik akan sebuah buku, tanye harga & katanya dapat 15% diskaun, pe lagi.. nak rembat ar.. Last skali buku itu dibayar oleh ‘seseorang’. Terima kasih puan.. Jasamu akan ku kenang.. hehe… Semoga puan diberkati Allah SWT… saya sayang puan..(^____^)
Kelas seterusnya pada jam 10.30 iaitu kelas EDU.. macam biasa kelas macam ‘tin ikan sardin’ sebab kongsi kelas ngan J1 tapi ape2 pun best sebab meriah sikit.. bila ramai2 nie lau duk berbual pun lecture x perasaan.. hehe.. *niat da x baik da*… Kelas En Nordin dimulai dengan penyerahan tajuk Kerja Khusus.. Ok kerja khusus kedua untuk arinie.. KKBI mengenai FPK & ada perkaitan ngan KKBI Bm tadi.. so rujukan boleh guna yang sama..
Kelas terakhir ari nie ialah kelas BIK. Walaupun pada waktu tengah hari, namun Alhamdulillah x ngantuk pun.. Lecture best, kelako je.. Lecture sama yang ngajar kiteorang dari sem 1 Pra hingga lah sekarang.. ermm, blaja buat ayat, belajar tu belajar nie tapi ape2 pun memang seronok hari nie..
Saya tak tahu sama ada cerita nie sampai motifnya atau tak. Tapi ape2 pun hari nie saya gembira, tenang & suka sangat2.. Syukur Alhamdulillah & harap akan kekal untuk hari esok dan selamanya.. Amin.. Haa, kepada semua yang da dapat asgment tu, semoga berjaya la.. Jom pakat buat ramai2 ye.. Bawak asgment balik skali masa cuti nanti, jangan tinggalkan dia sorang2 kat IPG nie.. cian kat dia nak balik skali..hehe..
Ape2 pun mulakan hari anda dengan senyuman, nescaya hidup anda akan bahagia… Orang cakap kalau orang yang malas senyum tu maknanya dia nak ‘control ayu’.. haa, lau xmau dituduh sebagai control ayu baik senyum sekarang..!!
(T___________T)
Notakaki :: meskipun hari nie lengkap dengan senyuman, namun jauh di sudut hati ada kisah sedih bertandang. Moga dikuatkan hati.. (^___^*)
Senyum seindah suria yang membawa cahaya, dengan senyuman duniamu kan bererti…(^___^*)
No comments:
Post a Comment