Tuesday, January 4, 2011

Langkah Bermula

Asslamualaikum WBT…

Ape kaba semua, harap2 semuanya sihat di dalam jagaan Ilahi, InsyaAllah..

Maaf la ye sebab jarang ‘mengupdate’ blog nie sebab tuan empunya blog nie sibuk dengan urusan negara sikit…hehe

Haa, ada sape2 lagi yang rindu kat keluarga, kat rumah & ape2 x.. kalau ada, bagus ar.. kita boleh jadi geng..hehe..

Saya rindu yang teramat pada mama saya, Alhamdulillah puas rasenya hampir sejam bergayut ngan mama kat telefon.. biar ar telefon tu panas ke, bateri klok2 berbunyi tanda low ke, saya x layan..yang penting saya dapat bergayut ngan mama saya! Semua berita saya gtau mama saya, pasal taklimat la, pasal ape yang saya makan & semua la, xde satu pun yang tertinggal! Owh saya rasa sungguh seronok & tenang..

Haa, lau ada sape2 ngan tension, telefon ar mak atau ayah atau ahli keluarga kita, gerenti ar ceria & gembira sampai ke pagi esok ar.. (^_____^)

Ok lupekan seketika mengenai kisah bergayut di atas, itu hanya selingan semata2..hehe..

Alhamdulillah, taklimat untuk ‘pelajar baru PISMP’ telah berakhir petang tadi..

Walaupun agak memenatkan & taklimat yang padat namun banyak sangat maklumat yang di terima! Terima kasih buat semua pensyarah..(^____^)

Perjalanan sebagai seorang mahasiswa, mahasiswi semuanya diterangkan dengan penuh jelas oleh pensyarah2 & Alhamdulillah sekurang-kurangnya nampak la perjalanan hidup yang bakal di lalui.

Kalau time ‘pra’ dulu, cume tengok & dengar cerita je pasal senior g PBS, BIG, Praktikum, join Unit Beruniform, join tu join nie.. tapi lepas dengar taklimat dua hari berturut2 nie macam x sangka lak, saya sendiri akan melalui semua itu. InsyaAllah, semoga dipermudahkan segala urusan. Amin..(^__^)

Kiranya lepas habis ‘minggu perkenalan pelajar baru’ nie, maka langkah untuk perjalanan & perjuangan itu pun sudah bermula. *mimi sudahkah anda bersedia untuk pergi berperang nie*..hehe

InsyaAllah dan berharap sangat2 semuanya akan berjalan lancar..(^___^)

Haa, bila da masuk ke alam nie, da x bole main2.. kena study betul2 & kena bermula dari awal sebab makin lame makin susah *betul ke* dengar pensyarah & senior2 cakap la…

Tu je kot untuk entry nie, xada idea nak tulis ape.. maaf ye..(^___^)

Kepada semua kawan2.. Taniah kerana telah berjaya melanjutkan pelajaran ke tahap yang di tunggu-tunggu *kalau menunggu la* hehe.. Selamat Menempuh Alam Baharu ini.. Semoga segala urusan kita semua dipermudahkan oleh Allah SWT dan semoga kita diberi kekuatan untuk menempuhi alam baharu nie.. Chaiyok, chaiyok, chaiyok.. kita pasti boleh.. Kepada senior-senior jutaan terima kasih buat kalian coz banyak membantu, jasa dan bantuan kalian hanya mampu dibalas oleh Allah SWT dan semoga kalian diberkati Allah SWT… *psstt, nanti kalau xtahu & xfaham, boleh tanye kan..hehe*…(^___^)

(T_____________T)

Notakaki :: "Belarilah terus hingga ke garisan penamat, sebab perlumbaan yang tidak sampai ke garisan penamat tidak pernah selesai." - DR. HM TUAH ISKANDAR al-HAJ-




gambar sekadar hiasan..
ihsan en google...
(^____^)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...