Saturday, January 1, 2011

Lembaran Baru

Assalamualaikum WBT…

Selamat Tahun Baru semua!! Maaf ye kalau ucapan nie agak terlambat yela, baru boleh beron9 kerana bil brokban baru dibayar.. haha, xperasan lak kena potong.. Ok ape kaba semua, sihat x? Macam mane sambutan tahun baru ok x, azam baru da start belum..?? hah, belum start lagi, laa nape? Awal sangat ke, baik mulakan azam tahun baru tu nanti x sempat lak nak tunaikan.

Tahun baru, azam baru, hidup baru, lembaran baru & semua baru la. Kadang-kadang ape yang saya lalui same je dengan semalam! Semalam 31 Disember 2010, arinie 1 Januari 2011, xada perbezaan pun tapi entah la.. xtahu nak cakap ape & macam mane. Tapi mungkin perubahan perlu saya lakukan, xkan nak berada di tempat yang sama bukan. Minda kena semakin positif, sikap yang x betul tu kena betulkan balik, perangai yang x elok tu kena elokkan. Haa, tu yang akan saya lakukan. InsyaAllah.

Sedar x sedar cuti pun da habis, InsyaAllah malam nie akan berangkat ke Ipoh terchinta dan meninggalkan keluarga terchinta.*mood sedih sudah datang*. Malas rasenya nak balik tapi apekan daya di situ la hala tujuku. Erm mungkin esok akan berubah segalanya, yela esok da x ada mama nak kejut solat subuh, x ada da mama nak sediakan makanan, x ada da adik2 yang boleh hiburkan hati, x ada da tv nak tengok cite2 kartun sebab esok semua kena buat sendiri da, esok bersama kawan2, kelas pun akan bermula, pelajaran baru, kisah hidup baru, cabaran baru, dugaan baru dan semuanya baru. Err, agak seram memikirkan semua itu namun harap-harap semuanya dapat dilalui dengan tenang. Amin..

Bila da masuk tahun 2011 nie, teringat balik kisah2 yang berlaku pada tahun 2010. Macam2 yang berlaku ada yang manis, pahit, tawar, kelat, masam & banyak ag ar. Tapi dalam banyak2 kenangan tu, kenangan manis pasti susah untuk dilupakan & kenangan pahit pun sama tapi apa yang penting ialah apa saja kenangan pahit tu jadikan iktibar & guru untuk mencapai kenangan yang paling manis bagi tahun 2011 nie..

Ok lah rasenya da banyak merapu di sini. Ape2 pun Selamat Tahun Baru buat semua, ayuh buat anjakan paradigma yang baru supaya hidup akan sentiasa maju ke hadapan! InsyaAllah…

(T_____________T)

Ipoh here I come………….!!!!!!!!!!!!

Notakaki :: semoga tahun baru nie akan membawa lebih banyak kecemerlangan dan kebahagian kepada kita semua. Terus mengorak langkah menuju ke hadapan..(^_______^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...