Assalamualaikum WBT…
Hai apa kaba semua..?? Harap semuanya sihat ye.. cuti untuk perayaan Tahun Baru Cina sudah bermula. Destinasi pertama yang saya tuju ialah rumah baba saya di Kuala Lumpur. Tiada apa yang mengembirakan melainkan dapat bersama keluarga di saat kita memerlukan mereka.
Sebuah keluarga, sinonim dengan suatu kelompok yang terdapat ibu, ayah, adik beradik, nenek, datuk, saudara mara & sebagainya. Tu dalam konteks keluarga besar atau keluarga kandung kita. Sedar x sedar kita ada satu lagi keluarga yang cukup besar.
Mereka itu adalah sahabat sekeliling kita, masyarakat yang berada di sekeliling kita dan orang yang rapat dengan kita. Betul la kan? Sama macam keluarga kita, kalau kat rumah kita kongsi masalah dengan keluarga, makan dengan diaorang & buat ape2 mesti bersama. Begitu jugak dalam kehidupan bermasyarakat kita, apa2 masalah mesti kita kongsi dengan kawan2 kita, kalau kita ada masalah, masyarakat di sekeliling kita selalu bagi sokongan & dorongan.
Tiada apa yang boleh di katakan melainkan puji-pujian kepada Allah Yang Maha Esa kerana DIA telah temukan saya pada keluarga yang cukup besar & cukup bahagia. IPG Kampus Ipoh telah menemukan saya dengan ‘keluarga ini’. Mereka sememangnya cukup memahami & cukup baik. Tiada patah kata yang sesuai untuk mengambarkan sifat yang mereka miliki. Merekalah yang memberi sokongan kepada saya saat saya lemah & terjatuh. Memberi sokongan dan semangat saat diri ini takut untuk melangkah ke hadapan. Syukur Ya Allah, semoga Engkau memberkati mereka. Amin..
Dapur sering menemukan kami. Meskipun kerja itu berat untuk dilaksanakan, namun gelak tawa tak pernah meninggalkan kami. Duka tidak pernah menimpa kami saat tugas itu dipikul bersama-sama. Mesej, fb sering menghubungkan kami. Blaja masak same2, kongsi resepi same2 & semuanya same2.. indah sungguh rasa ini.. Saya bahagia & teramat bahagia..
Itulah mereka, Lujnah Makanan…
Semoga kita kekal bersama dalam menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Syukran atas segalanya.. (^___^*)
Jutaan terima kasih buat saudara Fathul sebab amek gamba2 nie..(^___^*)
soalannya :: sape yang paling comel..??
jawapannya :: tengok anak panah tuju pada siapa..(^____^*)
3 comments:
yg comel.. yg... err errr.. hik :p
mimie!!! rindu2...
hhuhu
mimie pun rindu kat akak...
jaga diri tau...
(^_____^*)
Post a Comment