Thursday, January 20, 2011

Di sini ruanganku..



lihat pada gambar di atas...
meskipun hanya dia sahaja yang hidup di kawasan itu tanpa ada sahabat-sahabat yang lain namun dia mampu untuk mengeluarkan bunga yang cantik bagi mengindahkan suasana yang kelihatan agak suram. Begitulah hidup kita dalam sebuah kehidupan, meskipun tiada siapa di sisi sebenarnya kita mampu untuk hidup dan menceriakan suasanan sekeliling kerana jika tiada siapa di sisi cukuplah hanya Allah di hati..(^___^*)

Assalamualaikum WBT…

Sekali lagi aku menulis, menulis bagi meluahkan segala yang terpendam dalam hati ini. Bagi aku, di sinilah merupakan tempat luahan yang bebas aku rungkaikan semuanya. Bagi mereka yang mengenali diri ini, jika rahsia demi rahsia yang ingin kalian cari, bukalah ruangan ini kerana mulut ku susah untuk mengungkapkan segalanya wahhal kepada mama tersayang sekali pun.

Rahsia yang suatu ketika dahulu ingin ku simpan dan ingin ku sorok sedikit sebanyak telah terbuka sehinggakan mereka mengetahuinya. Kalian tidak bersalah, jangan risau kerana daku faham, beratkan nak menanggung cerita itu di dalam hati. Aku masih teringat akan saat di mana berita yang mengejutkan itu aku terima. Terima seorang diri tanpa ada kedua orang tua di sisi. Bermula saat itu telah ku sematkan dalam diri untuk kuat menghadapi segalanya. Namun sekuat mana seorang manusia itu, pasti akan tewas dek perasaan lemah yang kadangkala datang menjenguk.

Kata beliau, ubat yang aku ambil selama ini harus dihentikan untuk memberi laluan kepada rawatan yang bakal aku ambil tak lama lagi. Di samping itu juga, dikirimkan buat ku satu senarai panjang mengenai menu-menu makanan yang perlu aku elakkan supaya tiada kesan buruk yang menimpa setelah aku menjalani rawatan itu.

Aku sudah bosan untuk menipu diriku, menipu orang sekeliling namun maafkan diri ini wahai sahabat kerana aku tidak mahu kalian merasa bimbang akan diri ini. Selagi diri ini mampu bertahan, mampu melawan akan ku lawan semuanya. Kepada mama yang disayangi, maafkan diri mimi andainya diri ini sering buat mama risau. Saban malam menelefon mama mengadu mengenai kesakitan yang dialami. Mimi tak tahu pada siapa lagi ingin diceritakan semua ini tatkala sakit itu datang menjenguk. Sakit yang datang itu sungguh menyeksakan. Mimi cuba untuk kuat, cuba untuk bertahan tapi kenapa sampai suatu masa mimi terasa ingin mengalah dan berputus asa..!!

Keputusan yang perlu dibuat dalam masa 10 minit telah mengubah segalanya. Aku memilih untuk tinggal di sini namun jauh dari mereka yang disayangi. Meskipun mendapat tentangan pelbagai pihak namun keputusan ku telah muktamad. Mama saban hari menyatakan ‘susah duk jauh, nanti kamu x leh makan tu kamu nak makan ape’.. mama, biarkan mimi disini, restuilah mimi untuk berada di sini kerana mimi bimbang kekuatan itu tidak dapat mimi jana tatkala mama berada di depan mata.. Saban malam mimi berdoa, mimi berharap mimi berpeluang untuk membalas jasa mama & baba yang banyak menjaga mimi. Mimi sayangkan kalian semua..(^___^)

Buat para sahabat yang disayangi, keputusan untuk tinggal di sini ku lakukan bukan kerana dengan niat untuk meminta belas kasihan kalian, namun daku bimbang jika tiada lagi rakan yang akan membuat daku tersenyum, rakan yang memberi semangat saat aku lemah, rakan yang akan berkongsi nota saat diri tiada di dalam kelas. Semua itu ku fikir, semua itu ku tenung. Meskipun diri ini banyak menyusahkan kalian, namun kalian tidak pernah merungut. Ya Allah mulianya hati kalian. Semoga Engkau berkati mereka, amin..

Saat diri ini perlu berhenti dari semua itu, mampukah diri ini untuk kuat seperti dahulu. Maafkan diriku sahabat, kerana mulut ini tidak bisa menceritakan segala bebanan yang ditanggung. Kadang-kala ku fikir memendamkan lebih molek daripada kuceritakan kepada kalian dan kalian berasa susah hati. Namun jika didesak & dipaksa, ku luahkan juga. Tatkala menceritakan semuanya, air mata itu ku tahan dari mengalir supaya kekuatan itu jelas terpancar. Namun jika air mata itu tetap mengalir ketahuilah hati ini tidak mampu untuk menanggung segalanya dan sakit itu sedang datang menjenguk. Kata seorang sahabat, hal ini tidak perlu dirahsiakan kerana doa dari orang sekeliling akan menguatkan kita, tapi entah la.. tak mampu untuk meluahkan kepada mereka. Cukuplah sekadar melihat senyuman dan tawa di bibir kalian, cukup untuk membuat daku kembali kuat dan tenang.

Sahabat, maafkan diri ini kerana seringkali berdegil. Memang diakui diri ini terlalu degil sehinggakan tanda amaran diberi tidak dihiraukan. Saat kalian mengatakan ‘mimi, jangan buat kerja berat’, ‘mimi jangan aktif sangat’. Maafkan diri ini kerana nasihat itu hanya dipandang sepintas lalu tanpa mengikutnya. Diri ini tidak butuh untuk duduk di kerusi sahaja dan memberi arahan kepada mereka. Ini kerana daku sedang cuba untuk melupakan kesakitan itu! Kesakitan itu tidak boleh dilayan bahkan perlu dilawan, oleh itu maafkan daku wahai sahabat.

Kadangkala kesakitan itu menjadi pedamping di waktu tidur ku. Saat diri ini ingin melepaskan segala penat lelah, sakit itu datang menjenguk dan sekali lagi maafkan diri ini kerana tidak menceritakan kepada kalian. Teringat akan pesanan kakak2 yang menjagaku ‘kalau sakit, bagitahu tau’.. maafkan diri ini kerana ku rahsiakan hal itu, kerana bagiku air mata yang mengalir sudah cukup untuk menghilangkan kesakitan itu. Moga-moga tiap titisan air mata yang mengalir itu akan mengalir jua kesakitan yang ditanggung.

Akhir kalam, buat mereka semua dan sesiapa yang terbaca akan post ini maafkan diri ini kerana telah banyak menipu kalian semua. Dan ketahuilah bukan niat daku untuk meraih simpati dari kalian semua. Tidak pernah terlintas di hati ini untuk melakukannya namun semua ini terpaksa ku lakukan demi sebuah kekuatan. Kalian adalah sahabat dan keluarga yang terbaik dan tiada yang terbaik melainkan kalian. Terharu sungguh diri ini tatkala dimarah oleh kalian, dijaga oleh kalian, dan diberi semangat oleh kalian kerana daku yakin akan kasih, sayang dan semangat yang cuba dihulurkan. Secara jujurnya, ubat yang dibekalkan oleh doktor tidak mampu memberi kekuatan dan menghalang kesakitan yang dialami namun senyuman, gelak tawa, semangat dan dorongan yang kalian berikan mampu untuk menghalang kesakitan yang dialami. Mujarabnya mengalahkan ubatan yang diberi. Terima kasih, semoga kalian diberkati Allah SWT di atas segala yang telah di lakukan.

Doakan mimi kuat untuk hadapi segalanya ye.. doa kalian yang amat mimi harapkan dan jangan lupa, senyum selalu ye.. Terima Kasih..

Salam sayang : Nur Shamimi Binti Jamudin..

Notakaki :: tarikh tutup nak belanja mimi makan ais krim ialah sebelum cuti raya cina. Lepas itu da xleh makan da..hehe.. Haa, siapa yang berhutang ais krim tu cepat2 la belanja.. mood sekarang nak makan ais krim je.. yang lain xnak… hehe..(^____^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...