Monday, January 10, 2011

Perbezaan...

Assalamualaikum WBT…

Apa khabar semua rakan2 pembaca, harap semuanya sihat dan berada di dalam jagaan Ilahi. Alhamdulillah minggu nie da minggu ke-2 berada di IPG Ipoh nie.. pembelajaran pun da bermula dari minggu lepas lagi. Kesibukan si pendidik mencurahkan ilmu dan kesibukan si penuntut mencari ilmu mengakibatkan kekangan masa untuk berkongsi sesuatu di blog nie.. *bajet macam ramai je orang bace blog nie*..hehe..

Sepanjang 2 minggu berada di sini, tidak banyak yang dapat saya kongsi namun bagi saya ‘orang baru’ dalam bidang nie mungkin nampak perbezaannya terhadap diri saya. Haa, da jadi orang baru ye, kalau dulu PPISMP merupakan gelaran yang saya pegang, namun kini semuanya berubah. Dari PPISMP menjadi pelatih PISMP. Walaupun hanya satu perkataan “P” di buang namun perubahan dan perbezaannya teramatlah ketara. Antara perbezaan & perubahan yang berlaku ialah :-

  • Kalau dulu, waktu dapat asigment je kaki nie akan melangkah masuk ke perpustakaan, tapi sekarang nie minggu pertama da masuk ke sana & pinjam sebanyak mana buku yang boleh dipinjam.. *Haa, hati2 ketika meminjam buku, jangan bagi kad matrik anda sewenang2nya ye sebab berlaku kejadian yang kita x pinjam buku tu tapi nama kita ada dalam list peminjam yang x hanta buku & nak x nak kena banyak denda. Ingat tu!!*
  • Mula berkecimpung dengan dunia fail a.k.a folio.. dulu bila pensyarah suruh anta baru terhegeh2 nak siapakan fail, print tu print nie, fotostate tu fotostate nie.. tapi sekarang semua kena ubah. Fail da beli siap, semua bahan masukkan terus. Xada da sikap TANGGUH2 nie.. BAHAYA ye..huhu
  • Da jadi rajin berdamping dengan akak2 senior yang comel lagi baik hati.. Hehe, diaorang banyak membantu, khususnya dalam peminjaman nota2 & bahan2 yang boleh di jadikan rujukan. Terima kasih ye wahai akak2 ku..hehe
  • Kalau dulu petang2 waktu orang lain bersukan, saya & kawan2 masih berada di bilik kuliah.. sebab dulu2 kuliah sampai lewat petang & kadang2 sampai ke malam. Tapi sekarang waktu kuliah sampai tengah hari je. Jadinya waktu petang bolehlah digunakan untuk bersukan. Haa, pulako la jadi mangsanya. Petang2 riuh ngan suara kiteorang *biase ar lau orang perempuan bermain kan*.. yang paling seronok dapat main badminton, jogging & lau boring sangat main kejar2 atau main bola. Best kot, xada la terperuk dalam bilik je, tido sampai ke petang & sekurang2nya dapat keluarkan peluh, dapat hilangkan tekanan & dapat menjerit macam budak kecik.hehe..
  • Subjek2 yang dipelajari pun da makin berbeza2. Banyak benda baharu yang dipelajari dan semuanya best2.. dapat belajar mengenai perkembangan kanak2, belajar tamadun, bahasa & sebagainya. Kadang2 bila subjek nie di pelajari ia sekaligus mengembalikan memori sewaktu kita dalam kandungan ibu lagi. Dapat tahu perasaan seorang ibu, perkembangan kita waktu kecil & sebagainya. Belajar mengenai tamadun pulak, dapat mengenali sejarah2 tamadun & seoalah2 wujud pada tamadun tersebut. Pendek kata memang menyeronokkan!!

Mungkin ada lagi kot perubahan yang saya lalui, tapi kadang2 perubahan tu kita xnampak tapi orang lain yang nampak. Entah la saya pun x pasti. Tapi jalan yang dilalui semakin sukar dan berliku2.. lalui jalan itu dengan semangat dan keazaman yang tinggi serta jangan mudah berputus asa. Kerana yang pahit itu ubat dan yang manis itu kadang2 racun! Ok sampai di sini dulu kisah mengenai 2 minggu pertama berada di sini. Semoga jalan menuju kejayaan itu dipermudahkan ALLAH SWT..

**Pssttt ---> tarikh untuk final exam yang terpaksa saya tangguh sem lepas telah diketahui. InsyaAllah empat paper akan diambil pada 18 & 19 Januari 2011. dua paper dalam masa 1 hari.. 4 paper = 2 hari.. Agak cuak & takut yang teramat. Doakan saya berjaya ye.. amin.. hehe (^____^*)

Notakaki :: Imam as-Syafi’e telah berpesan : “Sesiapa yang ingin berjaya dalam kehidupan duniawi, dia harus menguasai ilmunya. Sesiapa yang ingin bahagia dalam kehidupan akhiratnya, dia harus juga menguasai ilmunya.”

2 comments:

LiLy said...

gud luck mimi!ol da best.. =)

Nur Shamimi Jamudin said...

amin...
time kasih kak lily...
(^____^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...