Sunday, March 13, 2011

K A H W I N

Assalamualaikum WBT…

Cuti sekolah da 2 ari berlalu & cuti sekolah nie memang sinonim ngan kenduri kawin..

Alkisahnya cuti saya bermula dengan majlis perkahwinan abang sepupu saya *haaa, cucu lelaki sebelah che do yang pertama melangsungkan perkahwinan*..

Bertemu jodoh ngan orang Pulau Pinang, maka berombongan cik kiah la kami satu keluarga ke Pulau Pinang nie haaa… *Che ton saya dapat menantu orang sebelah utara lagi*..

Saya sekeluarga bertolak ke Penang jam 12.30 tengah malam ari Jumaat yang lepas.. nie kes tunggu baba, kakak2 saya balik kerja & tunggu mama saya tiba dari Besut.. *saya sampai dulu ke KL kes dapat MC*

Selamat tiba di Pulau Pinang jam 6.00 pagi setelah meredah jalan yang sesak dengan kenderaan.. haisshh lenguh pinggang, krem kaki wooo naik keta jalan jauh nie..

Sampai homestay jam 7.30 pagi & sambung tido jap.. lepas tu kena kerah bangun.. *bangun laa, gosok baju, mandi & siap2..* ---> bebelan yang diterima pagi itu..hehe

Lepas semua siap, kami sekeluarga besar kumpul kat rumah homestay pertama, ambik barang hantaran & gerak ke masjid untuk majlis akad nikah..

….

….



….

….

Tepat jam 11.30 pagi, dengan sekali lafaz sepupu saya a.k.a abang wan a.k.a Mohd Ikhwan bin Salahim selamat menjadi suami orang.. *syahdu je dengar dia lafaz akad nikah tue*



Selesai akad nikah macam biasa la kan, upacara membatalkan air sembahyang pun bermula & acara bergambar pun mengambil tempat..*time nie baru semua orang tak kalut sebab semuanya berjalan lancar*.. Alhamdulillah..(^____^)




….

Lepas sesi di masjid, kami bergerak ke rumah pengantin perempuan untuk majlis bersanding, makan makanan orang Penang *sedap sangat tambah lagi duk kat meja VIP, fuhhh*



...

...

Beberapa jam menghabiskan masa di sana maka kami singgah semula ke masjid untuk solat & rehat..

Jam 4 petang semua pakat bertolak balik.. keluarga ayah long saya ke Kelantan, keluarga cik chah saya ke Kulim & keluarga saya ke Ipoh *IPG ipoh untuk mengemas barang2 saya*..

Sampai Ipoh jam 7.30 malam, kemas barang & bertolak ke KL.. tiba di KL jam 12 tengah malam.. balik terus tido..

********

Arinie lak, jam 10 pagi bertolak pula ke Raub sempena majlis pertunangan sepupu saya.. yang nie sebelah baba pulak..

Haaa, kalau semalam makan masakan orang Penang, arinie makan gulai tempoyak pulak.. *masakan orang Pahang ---> sedap tapi pedas*

Lepas majlis tu kami balik semula ke KL.. sekali lagi berjalan jauh.. tapi ape2 pun seronok sebab dapat jumpe dengan sepupu sepapat yang da lamaaaaa x jumpe.. semua x berubah *muka dari kecik sampai sekarang, sama je*..(^____^*)

Notakaki :: Selamat menjadi suami orang buat Abang Wan & selamat menjadi tunangan orang buat Along.. semoga bahagia hingga ke akhirnya & semoga kalian diberkati Allah SWT..

:: cuti sekolah akan datang pulak sepupu yang lain akan kawin.. *bile giliran saya ye, hihihi*..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...