Tuesday, December 6, 2011

Kata 3






Assalamualaikum WBT..



Pertama sekali jutaan terima kasih kepada Kak Fawizza atas perkongsian kek pic dalam belognya. Bagi sesiapa yang nakkan resepi tu, boleh lah merujuk belog kak eja ok.. (klik sini)



Alhamdulillah, hari ini saya dibenarkan keluar hospital tapi bersyarat oleh doktor. Sepatutnya tidak dibenarkan keluar lagi kerana keadaan diri saya yang masih kritikal.



Perkhabarkan negatif oleh doktor tengah hari tadi sedikit sebanyak meragut ketenangan jiwa saya namun dikuatkan hati untuk menerimanya. Pasti ada cahaya yang akan muncul di kemudian hari. InsyaALLAH. Saya tetap akan terus berdoa semoga akan kembali sihat seperti sedia kala, dan saya juga mengharapkan doa-doa kalian untuk saya kembali sihat. Amin.. Semoga hidup kita akan diberkati ALLAH SWT. Amin..



Kata-kata penguat hati untuk hari ini :-

Dalam Hidup pasti ada Dugaan..

Dalam Waktu pasti ada Penantian..

Dalam Doa pasti ada Pengharapan..

Dalam Kasih ALLAH pasti ada Sukacita dan Damai Sejahtera..

Percayalah.

Setiap Dugaan pasti ada Hikmahnya..

Dan, apa yang berlaku itu bukanlah satu kebetulan yang sia-sia namun merupakan aturan yang indah oleh ALLAH YANG MAHA KUASA..



Notakaki :: Kimo kedua, kimo yang paling menyakitkan. Ya ALLAH kuatkan aku. Amin.


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...