Wednesday, February 2, 2011

K.A.M.I

One happy family at home..

Assalamualaikum WBT..

Hai semua, ape kaba? Cuti ni macam mane, seronok tak?? Harap cuti2 cinta korang semua berada dalam situasi yang seronok & harap semuanya berada dalam keadaan yang sihat. Kalau saya, walaweh cuti nie paling seronok skali sebabnya semua cuti & semua kumpul kat rumah..

(^_____________^*)

Keluarga saya ada 7 orang semuanya. Saya ada seorang baba, seorang mama & saya terdiri daripada 5 orang adik beradik.. Haissh ayat boleh buat karangan nie.. hehe..

Saya suka bila waktu cuti perayaan macam nie, sebab kakak2 saya & baba saya akan amek cuti. Mama sah2 la dapat cuti sebab cikgu kan. Bila semua cuti maka rumah kami akan jadi riuh rendah. Kalah pasar tani Kuala Besut. Hehe..

Kalau cuti sekolah biase, selalunya baba & kakak saya xleh cuti so kami akan ke Kuala Lumpur rumah baba saya.. errmm time tu rumah kat Besut nie kosong sebab rumah kat KL lak penuh.. saya sungguh suka suasana nie.. Saat semua berkumpul, xkira kat rumah mane pun asalkan kami semua BERSAMA..

Bila semua berkumpul kami akan makan sama-sama, masak sama-sama, borak sama-sama, bergado sama-sama, solat berjemaah sama-sama.. Semuanya bersama-sama. Time yang paling syok skali time baba panggil semua ‘Jom solat sama-sama ngan baba’.. Best rasa time tu, lepas solat dapat borak sama-sama. Time nie la boleh luah perasaan, *boleh mintak ape yang nak* sebab mood tengah tenang…hehe…

Cuti raya cina nie kiteorang adik beradik g Pantai Bukit Keluang. Photoshoot kat sana, best raseny. Da la dapat kuar ramai2, amek gamba & makan ais krim.. Haha, macam budak2.. bila semua da besar teringat memori zaman kecik-kecik dulu..

Saya sayang keluarga saya..!!!


nie la wajah2 adik beradik saya..
ptg tadi sempat rembat ais krim..
ais krim terakhir sehingga rawatan itu dijalankan..(^____^*)

Malam hari pulak, baba akan bawak kami sekeluarga kuar makan kat luar. Ayat baba, skali skala je makan kat luar. Tunggu semua balik baru boleh makan kat luar & kadang-kadang bagi peluang untuk mama rehat dari masak untuk kami sekeluarga. Selalunya lepas g makan, baba bawak kami g jalan-jalan. Time nie mesti baba bawak keta slow sangat sebab nak amek fell bawak anak2 kan..

Bila kiteorang bersama, mama akan cite kisah kiteorang zaman kecik2 dulu. Perangai sorang2 dari mula lahir sampai sekarang. Pastu masing2 bukak cite zaman kecik. Best sangat suasana nie.. saya xtahu nak cakap ape lagi, tapi saat yang paling tenang & mengembirakan ialah bersama dalam sebuah keluarga.

Terima kasih buat baba & mama kerana menjaga kami sejak kecil lagi. Dan kami bersyukur sangat2 sebab baba & mama xpernah ajar kami semua erti kemewahan sebab baba & mama ajar kami erti kesederhanaan. Bila hidup secara sederhana, keluarga kita lebih bahagia.

Syukur Ya Allah di atas limpahan rahmat Mu.

Semoga keluarga kami akan terus bersama & bahagia bersama. Amin..

(^____________^*)

Notakaki :: Selamat bercuti & manfaatkan segala cuti yang ada bersama keluarga yang tercinta. Ibu Bapa tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. (^___^)

2 comments:

Siti Azlin Iris said...

selamat bercuti mimi..
jge dri..jage kesihatan..;-)

Nur Shamimi Jamudin said...

selamat bercuti jugak kak alin comel...
InsyaAllah kesihatan terjaga...
akak pun jaga diri ye...
(^______^*)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...