Saturday, February 12, 2011

Fikir-fikir Bestari


Assalamualaikum...

Sekadar perkongsian buat semua & ingatan buat diri sendiri juga..(^____^*)

Alangkah baiknya sebelum kita mengkritik tentang orang lain atau tentang sesuatu perkara, kita meneliti dan memeriksa ‘tingkap’ kita sendiri samaada bersih atau tidak. Apa yang kita pandang di luar bergantung kepada kebersihan tingkap tersebut. Kadang-kadang tingkap itu kotor sehingga apa yang kita nampak di luar tak bersih belaka di mata kita walaupun sebenarnya ia bersih. Tingkap itu ialah fikiran dan sikap kita sendiri. Fikiran dan sikap yang kita sendiri boleh kawal tahap kebersihannya. Mari kita pandang seseorang atau sesuatu dari sudut positif, mencari kebaikan sebelum melihat keburukan. Kadang-kadang sikap negative menyebabkan kita pandang semuanya negatif biarpun situasi itu positif.

Notakaki : pandanglah sikap baik yang ada pada seseorang, bukan pada sikap buruk mereka. Kerana setiap pandangan yang baik itu akan menutupi sikap buruk mereka. Dan jika kita lihat seseorang atau sesuatu benda melalui sudut positif, nescaya orang akan lihat kita dengan pandangan sebegitu..(^____^*)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...