Wednesday, February 9, 2011

. Mampu ke .


Saya takut !!

Assalamualaikum WBT..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dikurniakan kesihatan yang masih lagi baik untuk meneruskan kehidupan ini..

Hari nie cukup 3 hari berpantang seperti yang disuruh oleh doktor. Pantang yang teramat berbeza semasa pantang selepas pemedahan hari tu.

Kalau cik perut nie boleh bercakap, mesti da berjuta patah perkataan yang diungkapkan. Mana tak nya, bila sampai waktunya untuk menerima makanan, saya x mampu untuk memberinya makan. Hanya otak dan hati yang mampu memujuk cik perut.

Kata cik otak dan cik hati ‘maaf ye perut, kita semua kena kuat untuk satu tempoh masa sebab tuan kita nie sakit, dia xleh makan ape2 untuk bagi kita tenaga. Kita sama2 kuat ye’.. Terima kasih cik otak dan cik hati kerana sudi memujuk cik perut nie…hahaha

Untuk 3 hari sehingga hari2 seterusnya saya SUNGGUH TAKUT untuk melangkah ke koperasi dan kantin!!!

Saya takut sebab saya takut melanggar apa yang terpaksa saya lakukan walaupun hari pertama pantang saya da terlanggar pantangnya.

Agak kekok & lain apabila tiba waktu rehat, saya ke koperasi untuk menghantar kertas @ buku untuk difotostate tapi saya xdapat membeli roti, pau & apa sahaja yang dijual di sana. Kerana semua itu dilarang buat saya..

Lain kot, sebab selalunya saya akan cekau roti ‘red bean’ tu pastu makan bawah pokok ngan kawan2. Xpun saya beli pau pas tu Tanya kawan2 ‘korang nak pau ape’..tapi semua tu tinggal kenangan. Xada da cakap macam tu & xda da tangan nie ambik roti untuk dibuat alas perut.

Nasib baik air mineral peneman sejati. Dialah yang mengenyangkan perut nie ketika minta diisi!!

Saya takut untuk ke kantin..

Saya takut x tahan akan dugaan tu. Susah bukan apabila mengenangkan perkara yang biasa kita buat tapi dalam masa yang sama kita kena berhenti buat semua tu!! Moga dikuatkan hati..

Baru tiga hari, saya berharap saya mampu bertahan untuk hari-hari seterusnya. Mind set selalu kena betul, hati kena kuat, fizikal & mental perlu bersedia..!!

Saya takut, saya x kuat nak hadapi semua nie..

Saya takut saya jadi makin lemah..

Xmau lemah2 ye, banyak lagi program yang akan datang nie.. Kerja kursus, BIG, lujnah, PBS & sebagainya amat memerlukan kekuatan saya! Saya harap saya akan kuat dan mampu hadapi semua nie..hoho

Notakaki :: Bersyukur kerana dugaan menimpa tatkala elaun masuk. Orang lain boleh makan apa yang diidamkan tapi saya terpaksa bertahan. Ape2 pun boleh jimat duit..hehe..(^___^)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...