Tuesday, October 5, 2010

Alhamdulillah

Assalamualaikum W.B.T

Alhamdulillah kerana pada hari nie, saya diberi ruang & peluang untuk berkongsi sesuatu dengan anda semua.. Apa kaba, harap2 anda semua berada dalam keadaan yang sihat sejahtera.. *maaf ayat mula2 agak skema*..

Hari nie banyak sangat benda yang saya ingin ceritakan.. Banyak ke x saya pun xtahu.. Kalau nak tahu teruskan membaca post ini.. Emm cerita saya dimulakan dengan kisah pilihan raya.. Haa, saya xmau cerita panjang cume saya nak kongsi yang saya jadi pemerhati undi, fuhh agak letih untuk tengok mereka yang bertugas membahagikan undian tersebut.. saya memang tabikk la kepada mereka yang bertugas untuk SPR.. taniah buat kalian kerana bekerja dengan bersungguh2 & taniah buat pemenang, jalankan tugas anda dengan penuh dedikasi & bertanggungjawab!!!...

Selepas mendengar keputusan pilihan raya, saya pulang ke bilik.. Seharian berada di bangunan akademik membuatkan kepala saya jadi 'x stabil'.. saya pening & yang teramat serta ditambah lagi dengan tugasan yang perlu disiapkan segera *bukan kerja last minit ye, tapi baru diberitahu*.. semasa mengisi perut yang sememangnya perlu diisi saya mendapat msg mengenai madah siswa di PIAH.. emm, ALHAMDULILLAH xsia2 pergi ke sana.. persembahan yang cukup mantappp & terbaik.. Taniah J17..^___^

Ok, kehidupan saya diteruskan lagi dengan ke kelas seperti biasa & pening yang dialami semakin teruk & x kurang2.. pening nie telah menganggu tumpuan saya dalam kelas PN tadi.. haissh saya x suka keadaan sebegini, sebab sakit yang teramat.. selepas kelas tamat, En Haris berjumpa dengan saya & memberi ubat homopathy untuk saya makan.. err saya agak FOBIA dengan perkataan UBAT...!!!... sebab saya x suka ubat, tp pesan en haris ubat nie manis macam gula2.. haa, memang betul, manis macam gula2..^____^.. best.. Alhamdulillah terima kasih En Haris & terima kasih buat sahabat2 yang memberi sumbangan..


susunan ubat yang perlu dimakan


kena makan ikut turutan..
habiskan satu botol, satu botol..
nasib baik manis macam gula2...^__^

Kelas saya seterusnya bermula jam 3.30 petang di blok pentadbiran, kelas MATH itu dimulakan dengan sesi pembentangan oleh kami semua.. Selepas tamat kelas iaitu pada jam 4.30 petang, saya & 3 orang rakan saya iaitu Anith, sue & intan g 'berdating' dengan cik yati.. pensyarah KBF saya sem lepas.. bersembang secara santai nie sungguh mengembirakan saya, beliau banyak memberi kata2 semangat kepada saya serta 'menghadiahkan' beberapa buah buku sebagai motivasi buat saya *terima kasih cik yati, macam tahu2 je saya suka membaca*. berkongsi pengalaman yang pernah beliau lalui menyebabkan saya semakin bersemangat untuk teruskan hidup ini dengan sebuah senyuman.. teringat akan kata2 beliau sebentar tadi 'mengapa harus berpantang, apa yang kita nak, kegembiraan @ kesedihan, makan apa yang awak rasa nak makan'...hehe...bestnya kalau saya boleh buat macam 2..


buku yang menarik..
wajib dibaca


buku yang sangat menarik..
banyak kata2 semangat...

Justify Full
himpunan doa2 & kata semangat...

Alhamdulillah..saya gembira dengan perasaan ini & saya gembira dengan hari yang sungguh mengembirakan ini.. huhhuuu, terima kasih buat sahabat2, pensayarah & keluarga yang x putus2 bagi kata2 semangat... jasa kalian sangat la dikenang..!!!

Mutiara kata ---> "Banyak pohon menggugurkan daunnya pada sebahagian hari-hari dalam setahun. Sebagaimana juga sakit menjadikan dosa-dosa berguguran dari diri orang yang sakit sehingga ia terbebas dari dosa-dosa"

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...