Thursday, December 30, 2010

Kenyataan

Assalamualaikum WBT..

Ape kaba anak-anak murid sekalian.. Haa, cikgu harap kamu semua sihat.. haha, sori ye ayat poyo & perasaan di situ. Ok kawan2 ape kaba semua, semoga semuanya berada di bawah rahmat dan jagaan Allah SWT. Tik, tok, tik, tok.. waaa jam da makin berdetik da nak meninggalkan tahun 2010 kan kita nie. Xlama da nak masuk tahun 2011. Erm, tahun yang banyak memberi kenangan buat diri saya sendiri.

Ok hari nie xmau cite sal azam lama atau azam baru tapi nak berkongsi cerita mengenai sebuah “KENYATAAN”. Macam mane boleh terfikir nak buat cerita nie?? Sebabnya da ramai sangat bercerita pasal azam lama & azam baru, dalam blog & FB rata-ratanya orang bercerita pasal semua tu kan. Erm, sebuah kenyataan, sebuah cerita yang ingin saya kongsi buat semua pembaca. Semoga perkongsian ini akan meniupkan sedikit semangat untuk menyambut tahun baru yang bakal tiba x lama lagi nie. Hehe…

Pagi tadi, seharian saya berada di Hospital USM, Kubang Kerian Kota Baharu sebab saya terpaksa menjalani rawatan susulan mengenai pemedahan yang saya jalani pada bulan Oktober yang lalu. Berada di hospital telah mengembalikan segala memori yang pernah tercipta sepanjang saya berada di situ. Selepas pemedahan yang dijalankan dahulu, saya pernah menerima kunjungan dari seorang doktor yang juga merupakan sahabat baik kepada pensyarah saya. Kehadiran beliau membuatkan saya berasa seolah2 berada di samping pensyarah saya kerana mereka berdua orang yang hebat & teramat hebat dalam memberi motivasi kepada orang sekeliling. Terima kasih buat Dr Hafidzah.

Ok berbalik pada tajuk post kali ini, KENYATAAN. Pernah x anda menerima sebuah kenyataan yang x dapat anda terima dalam hidup?? Sebagai contoh putus cinta, gagal dalam peperiksaan, tekanan hidup, tekanan kerja, sakit dan sebagainya. Mesti pernahkan, semua orang pernah lalui untuk mengahadapi sebuah kenyataan yang pahit lagi perit. Sebelum saya mengulas panjang, ingin saya berkongsi cerita yang disampaikan kepada saya. “seorang pesakit telah disahkan menghidap penyakit HIV positif dan jangka hayat hidupnya hanya tinggal 3 bulan sahaja lagi. Setelah mendapat perkhabaran dari doktor, beliau amat tertekan dan takut untuk menghadapi ‘kenyataan’ yang pahit itu. Namun semuanya di atasi dengan fikiran yang tenang, aman, berfikiran positif dan ceria. Tahu x ape yang pesakit tu buat?? Haa, setiap hari dilekatkan tarikh ‘berapa lama lagi waktu hidup aku’ di tempat yang mudah di lihat. Sebagai contoh di lekatkan di peti sejuk, bilamana beliau melihat yang jangka hayatnya makin berkurang beliau hadapi hidupnya dengan gembira, membantu orang susah, mengembirakan orang sekeliling, membuat pekerjaan yang beliau inginkan & membalas jasa orang tua beliau. Pendek kata hari2nya terisi dengan perkara yang menggembirakan saje. Bila dia bersedih, dia sedar kembali dan berkata ‘mengapa aku kena sedih, hidup aku xlama da nie’. Nak tahu ape kesudahan hidup beliau, beliau terus hidup LEBIH DARI 3 BULAN seperti yang dijangkakan oleh doktor dan secara tiba2 penyakit HIVnya hilang begitu saja’.

Ajaib bukan apa yang terjadi! Lihat dia mampu meneruskan hidup dengan lebih lama hanya dengan berbekalkan semangat, sikap positif, ceria, tabah dan kuat sahaja. Yaa, kita semua boleh melakukan seperti mana pesakit itu lakukan. Kita x disahkan menghidap HIV bukan, kita hanya putus cinta saje, kita hanya gagal dalam peperiksaan je, kita hanya ditukarkan tempat keja je. Kita x disahkan akan meninggal dunia dalam masa terdekat. Oleh itu, tatkala menerima sebuah ‘KENYATAAN YANG PAHIT’ duduk sebentar, tarik nafas, bertenang dan katakan dalam hati kita bahawa orang lain lagi perit kenyataan yang diterima, aku kira biase je nie. Aku mampu hadapi semua nie, aku Kuat! Bila anda kata sebegitu, minda & badan akan memberi reaksi yang berlawanan dan anda akan melihat apa yang bakal terjadi ialah seluruh hidup anda akan berubah. Percayalah! Memang orang akan berkata alah cakap senang la, cube ko sendiri yang tanggung. Betul saya x nafikan perkara itu, kita xboleh rasa ape yang orang lain tanggung bukan. Jika ditanya pada saya, saya pernah gagal dalam peperiksaan akhir tahun & saya terpaksa mengulang paper tersebut. Pada mulanya saya amat tertekan dan susah untuk menerima kenyataan itu. Tapi lama kelamaan saya positif, saya bangkit semula dan Alhamdulillah saya berjaya hadapi peperiksaan itu dan sehingga kini saya masih boleh mengajar adik saya subjek tersebut. Saya juga pernah jatuh cinta & cinta saya di tolak, oooo kecewa kan bila cinta x dibalas! Tapi saya positif, saya hadapi juga hidup saya dan Alhamdulillah rupanya bila Allah jauhkan saya dengan cinta manusia, Dia dekatkan saya dengan cinta-Nya. Lihat semua kenyataan pahit pada mulanya menjadi benda baharu dan makin indah jika kita hadapi dengan cara yang betul…

Kalau pesakit HIV tu boleh tabah & hidup lebih lama kenapa aku x boleh jadi macam dia. Pasti boleh bukan! Cume apa yang penting ialah semangat, percaya akan Kekuasaan ALLAH SWT, percaya akan diri kita, positif dan sebagainya. Jika ada sifat dan sikap itu semua perkara boleh kita lalui!

Ingatlah setiap kali kita terpaksa menerima sebuah kenyataan yang pahit dan sukar di terima, katakan dalam hati kita bahawa ‘ye, orang lain lagi teruk kena hadapi, aku boleh hadapi semua ini. InsyaAllah dengan semangat yang kita ada, kita dapat merubah kenyataan yang pahit itu kepada sesuatu yang bermakna. Di kesempatan ini juga, saya ingin memohon ampun & maaf andainya ada kata yang menyakitkan hati pembaca, tingkah yang x elok di pandangan mata dan sebagainya. Mohon maaf kepada semua & di harap tahun baru yang bakal tiba tidak lama lagi akan mendatangkan perubahan buat kita dan makin mematangkan kita. Hadapi segala masalah dengan sikap yang postifi ye..!!

(T_____________T)

Notakaki :: kenyataan memang sesuatu perkara yang pahit, namun relakan saja kerana setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya!! Salam Tahun Baru buat semua pembaca.

Tuesday, December 28, 2010

Hadiah Akhir Tahun...:)

Assalamualaikum WBT

Alhamdulillah hari nie sempat g melawat blog2 kawan, cayalah blog korang memang menarik + cun + lawa + cute & so on..

Haa, sorilah kadang2 saya g blogwalk tapi xtinggalkan jejak.. Haa, kadang2 saje xmau tinggalkan jejak *pemalu kot*...haha...

Ok, berbalik pada tajuk entry kat atas tu, masa blogwalk tadi bukak page "Cik Arifa Roslan".. haa, dia bagi HADIAH a.k.a award pada semua follower dia..

Kadang2 keliru gak, tanye balik ‘eh aku da follow belum ea blog dia nie’..hehe. so nakkan kepastian maka cari la kat senarai follower dia, ok gambar saya ada k..haha.. jadi bolehlah kan amek hadiah nie..

Taraaanggg nie la ‘Hadiah Akhir Tahun’




Opppss, sebelum tu ada syarat2 nya k…

Jom intai ape syarat dia..

Syarat pertama – wajib follow blog Cik Arifa

Ok I’m done!

Syarat kedua – buat 1 entry tentabg award nie, sertakan award & linkkan ke blog tersebut

Yes, I’m done!

Syarat ketiga – Jawab soalan2 kat bawah nie.. :-

a) Nama penuh dalam Ic/surat beranak

Nur Shamimi binti Jamudin

b) Letak sekeping gambar kegemaran anda



suke sangat gamba nie...saya sayang keluarga saya..(^__*)

c) Buat satu perenggan, mengapa anda berblogging

Saya suke berblogging sebab suke menulis, tapi xsuke menulis kat kertas @ buku sebab tulisan buruk, hehe. Suke melahirkan ape yang dirasa, ape yang dipelajari dari orang sekeliling, boleh tambah kenalan, boleh timba ilmu & entah la..suke kot..

d) Mengapa anda follow blog pemberi award

Follow blog beliau kerana blog yang amat menarik, simple tapi penyampaian tu sampai kepada pembaca! Taniah keep blogging..(^____^*)

e) Pendapat anda tentang blog Cik Arifa

Simple + cun + menarik + tertarik = da dombb ar..!!

f) Wajib tag 10 rakan anda

10 orang, errr..nak bagi kat semua boleh x…

Sape yang bertuah akan dapat nanti ye..(^__^*)

Akhir kata, trimasss buat CIK ARIFA ROSLAN atas pemberian hadiah akhir tahun nie.. semoga anda terus berblogging & nice to meet u in blog world..(^___^*)

notakaki :: trimass buat semua, kadang2 dapat award mcm nie boleh menaikkan semangat untuk terus berblog.. InsyaAllah my follower also will get it 'soon'..(^__^)

Bertatih....

Sinar Kebangkitan.

Aku adalah seorang insan yang pernah bertarung nyawa untuk terus mencari sinar dalam kehidupan yang dikatakan sungguh indah ini. Alhamdulillah sinar itu telah aku peroleh setelah segala ombak dan ranjau telah aku tempuhi.

Aku merupakan seorang insan yang masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi. Perjalanan sebagai seorang pelajar banyak mengajar aku mengenai erti kehidupan, ketabahan dan kecekalan. Melalui pelajaran-pelajaran inilah aku terus berdiri menempuhi hidup ini.

Kita mungkin tidak pernah mengimpikan untuk jatuh sakit. Fitrah seorang manusia, kita pasti mahukan hidup kita sempurna, sihat tanpa ada kesakitan, kaya tanpa ada papa kedana dan sebagainya. Namun kita hanya mampu merancang tapi Allah Yang Maha Berkuasa yang menentukan segalanya.

Kehidupan yang sungguh bahagia dan tenang telah aku lalui hampir sedekad lamanya. Namun ketika usiaku mencecah 14 tahun, aku sering ditimpa sakit. Sakit yang aku rasakan kadang-kadang ada dan kadang-kadang tiada. Sakit ini juga kadang kala mengganggu hidupku sebagai seorang penuntut ilmu. Sakit ini berlarutan sehingga bertahun lamanya dan sehinggalah pada suatu ketika mamaku mendapati terdapat perubahan pada tengkukku.

Aku yang pada ketika itu sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi terus ke hospital berdekatan untuk menjalani pemeriksaan doktor. Terasa dunia ini gelap apabila mendapat perkhabaran dari doktor mengenai sakit yang dialami. Kata doktor aku disyaki menghidap sakit tiriod di sebelah kanan tengkukku dan ia sudah mencapai saiz yang besar serta berjangkit ke sebelah kiri. Subhanallah, aku tidak tahu bagaimana harus aku hadapi berita itu seorang diri tanpa ada keluarga di sisi. Namun ku gagahi tangan ku ini untuk menghubungi keluarga menyatakan perkhabaran yang baru diterima.

Hari demi hari aku lalui dengan penuh keazaman. Solat hajat, bacaan Yassin dan doa memohon keampunan tidak pernah kutinggalkan kerana aku yakin dengan kekuasaan Allah SWT, DIA akan menyembuhkan aku. Bertahun-tahun aku bertarung melawan kesakitan ini meskipun banyak perkara yang menghalang seperti kekeliruan dari pihak hospital, kekangan dari diri aku sendiri yang telah berpindah tempat belajar dan sebagainya. Sehingga pada suatu tahap aku telah berhenti berjumpa doktor kerana tertekan dengan sikap main tarik tali yang mereka lakukan.

Namun, setelah berbulan-bulan hingga bertahun-tahun aku bersabar dengan sakit yang dialami, sakit itu datang menjenguk kembali. Datang dengan harapan mahu dirinya dihalau keluar dari badanku. Kali ini dengan tekad yang tinggi aku menjenguk klinik swasta dengan harapan semuanya berakhir dengan cepat. Namun aku pulang dengan perasaan hampa kerana kata doktor bengkak aku sudah semakin membesar dan perlu mendapat rawatan pakar kerana doktor seperti mereka sudah tidak mampu merawatku lagi. Doktor itu turut menyarankan kepadaku seorang doktor pakar di sebuah hospital swasta yang terkenal.

Dengan menantikan elaun bulanan dari pihak institut untuk dibuat kos pembayaran, aku melangkah memasuki hospital swasta itu. Alhamdulillah segala urusanku dipermudahkan oleh Allah SWT. Dalam masa dua hari sahaja aku telah mendapat keputusan pemeriksaan. Satu lagi berita yang amat berat untuk aku terima, sakitku itu telah teruk dan tiada jalan lain melainkan melalui pemedahan, dan sekali lagi berita itu aku terima tanpa ada ahli keluargaku di sisi.

Setelah perbincangan antara ahli keluarga, suatu tarikh telah dipersetujui untuk pemedahanku, namun tarikh pemedahan itu terpaksa ditunda kerana keluargaku tidak mahu mengambil sebarang risiko untuk pemedahanku berikutan tarikh hari raya Aidilfitri sangat hampir dengan tarikh pemedahanku. Sekali lagi sakit itu aku kandung untuk beberapa bulan. Namun solat hajat, bacaan Yassin dan keyakinan yang tinggi terhadap kekuasaan Allah SWT tidak pernah aku lupakan.

Alhamdulillah semua urusanku dipermudahkan, dengan bantuan saudaraku yang seorang doktor pakar di salah sebuah hospital di Kelantan telah memudahkan segalanya. Dari situ, rawatan kepadaku dijalankan semula dengan menggunakan segala keputusan pemeriksaan yang didapati di hospital swasta. Setelah beberapa kali berjumpa dengan doktor, akhirnya suatu tarikh pemedahanku telah berjaya diperoleh. Urusan ditempat aku menuntut ilmu telah disempurnakan sebelum menjalani pemedahan. Penangguhan peperiksaan akhir telah dibuat, surat memaklumkan sudah dibuat dan segala-galanya berjalan lancar.

Tarikh yang dinanti-nantikan telah tiba, aku dikehendaki masuk ke hospital dua hari dari tarikh aku dibedah. Pelbagai jenis perasaan bermain di hatiku, takut, resah, berdebar, sedih, gembira semuanya berlawanan antara satu sama lain. Setelah masuk ke hospital aku ditempatkan di dalam wad dan terpaksa menjalani beberapa pemeriksaan sebelum pemedahan.

Malam aku dibedah, perasaan itu semakin kuat mencengkam diriku. Solat hajat dan bacaan Yassin tidak pernah aku tinggalkan dengan harapan kekuatan itu akan terus berada disisiku. Syukur Alhamdulillah, kekuatan dari keluarga dan sahabat handai tidak pernah lekang dari sisiku. Aku juga diminta untuk ‘berpuasa’ beberapa jam sebelum dibedah.

Keesokkan harinya, tepat jam 12.30 tengah hari, aku ditolak ke bilik bedah. Dengan diiringi oleh ahli keluarga aku masuk ke bilik yang pertama kali aku jejaki. Setelah bertarung nyawa dalam tempoh masa tujuh jam, pemedahan itu berjaya. Tiada apa yang boleh aku katakan melainkan ucapan syukur pada Yang Maha Esa atas kesihatan yang diberikan. Suara aku masih ada seperti sedia kala dan tiada masalah yang menganggu kesihatanku lagi. Kata doktor, hormon tiriodku telah dibuang sepenuhnya kerana jangkitan pada kedua-dua belah tengkukku. Setelah berada di wad selama lapan hari aku dibenarkan pulang ke rumah.

Menghadapi hari-hari kesembuhan amatlah memenatkan kerana aku terpaksa ‘berpantang’ dari makan makanan yang boleh membahaykan kesihatanku. Namun berkat kesabaran aku dan berkat kesungguhan ahli keluarga yang tidak pernah jemu menjaga diri ini akhirnya aku sihat seperti sedia kala. Alhamdulillah, meskipun banyak onak dan duri terpaksa dilalui untuk menghadapi kesembuhan itu, akhirnya diri ini sembuh semula. Benar kata orang, yakinlah dengan kekuasaan Allah SWT kerana DIA yang mendatangkan sesuatu penyakit dan DIA lah yang Maha Menyembuhkan penyakit itu. Sekian, Wasallam.

notakaki : Anda pernah merasa kecewa? semua pernah merasainya, oleh itu jangan biarkan perasaan itu menguasai anda. Bangkit segera & terus maju ke hadapan. Jalan di hadapan lebih luas & banyak ruang kosong yang menanti ketibaan anda!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...